Sunday, November 29, 2015

JAMU JUS ASAM KUNYIT

With Love May at 5:55 PM 0 comments

Hari ni rajin sikit nak buat jamu jus asam kunyit ni bagus untuk kempiskan perut, kecutkan rahim, melancarkan period dan darah nifas. Jamu ini dapat mengharumkan tubuh, menyegarkan dan menghaluskan serta merampingkan tubuh badan jika rajin mengamalkannya.

bahan

1. kunyit besar ibu jari. saya buat double sbb nak simpan utk 3 hari

2. halia besar ibu jari. ni pun saya doublekan. tapi kalau x suka rasa pedas, x payah masukkan. saya masukkan sebab nak buang angin dlm badan

3. 1 genggam asam jawa. bancuh dgn 4 gelas air

4. gula melaka sesedap rasa

Cara

blend halus kunyit, halia dgn air asam jawa. tapis. masak atas dapur dari 4 gelas sampai jadi 2 gelas. masuk gula melaka sesedap rasa. sejukkan. tapis lagi sekali. blh minum suam atau simpan sejuk.

By the way, jamu ni tak boleh minum setiap hari ye. Nanti cepat menopous. Kunyit tu boleh mengeringkan rahim. Seeloknya minum 2 ke 3 hari berturut lepa period atau lepas habis nifas bagi mengeluarkan darah-darah yang tertinggal. Lepas tu ulang selepas 2 minggu.

Ada yg nak tambah manjakani tu. Letak je sebiji manjakani tanpa perlu pecahkan masa memasak jamu ni tadi.

Saya tak letak sebab tak nak pahit. Lagipun manjakani saya guna serbuk untuk luaran. Pakai manjakani banyak-banyak pun nanti akan mengeringkan miss v kita

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting