Showing posts with label Akma. Show all posts
Showing posts with label Akma. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

daddy's girl

With Love Ied @ May at 12:24 PM 0 comments
cliche kan tajuk.
mostly tau yang i ada anak dara sorang.
oh. dia sekarang ni sangat manja dengan papa okay.
dalam kereta mau duduk depan sebelah papa.
pergi nursery mau aje didukung papa.
siap hulur tangan mintak tu..tu..tu.. katanya
kenapa i story mory pasal anak dara i ni pulak?



i tengah kemaruk nak gigit her lips.
comel tau.
especially bila dia buat muncung kecik dia tu.


p/s: i have to protect my tweets lately pasal i nak privacy talking about things around me. mostly untuk luahkan my sadness on something or to someone


Wednesday, January 26, 2011

Budak comel bila kena makeover jadi semakin comel

With Love Ied @ May at 2:12 PM 0 comments
Satu hari di kedai makan

Suami : Kita potong je la rambut diorg ni. Jadi macam budak tak terurus lak dengan rambut macam ni. 
Isteri : Takmo la. Nanti da tak comel. Org nak rambut akma panjang
Suami : Ala. Nanti panjang la balik.
Isteri : Ermmmm...

Sessi melantak masih lagi diteruskan...
 
Isteri : Jom la. Bawak diorg potong rambut. Tapi org nak buat rambut akma gini, gini, gini...
Suami : Aryff lak no. 4


So, off they went to kedaiamoicantekpotongrambut. Hasilnya?



p/s : i left my hp at home today. so segala urusan mok nenek sume ditangguh pada esok hari. ingatkan nak blk jap amek hp td tapi x jadi pulak. otw jln2 pegi bank ai terpikir
kalau ai buat contest hadiah dia serbuk manjakani aleppo/mekah ni, agak2 ada org nak join tak?

Friday, November 12, 2010

1st Sports Day for them

With Love Ied @ May at 1:34 PM 0 comments
Sports Day that we've been waiting for. Early birthday celebration for Aryff. Yes. He will be 2 on the 15th.

Suda pandai mengajuk cakap org. Maknanya dia sedang belajat untuk bercakap. Makan pula dah pandai nak suap sendiri. Aduss. Anak saya sudah besar. Tak lama lagi sekolah, masuk Uni, kerja & kawen. Tak dapatla mama nak gomol dia macam sekarang. Balik nanti nak gomol korang puas-puas.

Aryff masuk acara KUTIP MAINAN. Dia dapat no 3 je. Good job, sayang. Mana tak nya. Tengok bakul kawan-kawan yang lain kosong, dia masukkan mainan yang dia da kutip ke dalam bakul kawan-kawan dia pula. Baik sungguh anakku. Sape yang ajar? Mestilah kami. Kata nak anak yang baik-baik.

Akma lak. Masih duduk dalam buggy. Tak dapat involve denga sports. Tunggu ye sayang. Awak da boleh berjalan, jenuh semua nak kejar.

Nampak gambar saya pegang akma sambil ambil hadiah tak? hehehe... Ni nak bagitahu ni. Nak share kegembiraan. Saya dapat anugerah khas dari pihak Taska sebab EBF pada akma. Seronok lak rasa bila diberi penghargaan macam tu!

Enjoice!

Tuesday, August 24, 2010

Malas Pam

With Love Ied @ May at 2:03 PM 0 comments
huhuhu

kalau ikutkan hati saya ni, memang saya malas dah nak pam susu.
tapi mengenangkan betapa kasihannya anak-anak saya jika saya tak dapat beri segala kebaikkan susu ibu, saya gagahkan juga.
mengenangkan betapa sayunya hati saya bila tak dapat menyusukan anak, saya gagahkan juga
mengenangkan betapa desperate nya hati ni nak kuruskan badan, saya gagahkan juga.
alasan nak kuruskan badan ni, alasan tak boleh blah sekali.
tapi, okay what. memang bf boleh kuruskan badan apa
walaupun saya tak kurus sgt pun sekarang ni
tapi takde la sebesar gerabak keretapi
saya boleh makan pastu saya pam susu dapat banyak gak
huhuhu...best betul bila pam dapat 9-12oz
tapi bukan alasan utk saya leka 
kalau tak rajin 12oz tu boleh bertukar jadi 1oz je tau!
ni la yang terjadi kat saya last week
disebabkan saya cuti jaga baby akma kena chicken pox
sepanjang cuti saya tak pam langsung!
hanya direct bf aryff dan akma
sebelum pergi kerja pagi isnin semalam, saya pam sebab nak stimulate susu lagi
saya dapat 2oz je tau tak!
padahal double pumping tu
sedih ada, bengang lagi banyak
macam dah menyesal sebab tak pam sepanjang cuti seminggu tu
kalau 4oz ke, akal saya ni boleh terima gak
ni sume angkara MALAS
kalau saya kerja sendiri, takpe la jugak
diorg nak minum, sumbat je terus ke mulut2 comel tu
ni pengajaran ni untuk diri sendiri ni
nasib baik hari ni dah normal balik

Tuesday, July 20, 2010

tak update la

With Love Ied @ May at 3:38 PM 0 comments
Sori tak update blog

Facebook & Twitter are my new blog

Takde idea nak berkarang

Akma will turn 6 months in few days

She will have her first real food

I hope she remembers her milk

I love her to death

Same goes to Aryff

Mamam byk2 ye sayang

Friday, June 11, 2010

Hari ni hari jumaat

With Love Ied @ May at 4:39 PM 2 comments
........saya tak ada apa-apa yang nak diceritakan except for tadi saya pam susu dapat 12oz wooooo!!!! Suka hati saya. Walaupun sedang "cuti-cuti jepun" dapat gak banyak. Melalui pembacaan saya di forum-forum, ikutkan boleh effected kalo sedang "cuti-cuti jepun" nih. Pil kalsium mungkin membantu. Saya makan pil kalsium ni time-time macam ni je. Time biasa tak amek. Saya amek Permata Suri. Pil kasium tu saya dapat dari klinik kesihatan masa pregnantkan baby Akma. Sebab masa pregnant, tak lalu langsung telan susu. Air soya atau seangkatan dengannya.

So, ibu-ibu yang menyusukan anak, boleh la cuba ambil pil kalsium time period untuk menstabilkan pengeluaran susu badan. Apa-apa brand pun boleh cuba. Saya amek yang 300mg. Saya makan 2 biji sehari. Cubalah...

Monday, June 07, 2010

Saya Sedang Rindu

With Love Ied @ May at 4:36 PM 0 comments
.......suami saya yg berada jauh di Sabah ba... Esok cepat-cepat balik ye. Takde mood dah ni nak kerja

Monday, May 31, 2010

Berapa banyak EBM saya simpan

With Love Ied @ May at 3:37 PM 2 comments
..........dalam satu botol? 3-4 oz sahaja. Kenapa? Sebab saya ada terbaca satu artikel dalam internet, yang ditulis oleh member forum. Ibu-ibu harus mencuba memberi anak EBM dalam sukatan yang lebih kecil dahulu kerana

1. Stok susu dapat dijimatkan dan ianya tidak membazir
2. Susu boleh ditingkatkan kepada sukatan yang lebih setelah bayi sudah mula pandai menghabiskan sukatan yang kecil

Saya pernah menyimpan EBM 5oz sebotol. Memang rugi. Kenapa? Setiap kali saya mengambil anak saya dari taska, mesti ada lebihan EBM. Kadang-kadang tu sampai 3oz! Tu baru sebotol yang saya nampak. Belum yang botol-botol lain yang saya tak nampak. Untuk ib-ibu seperti saya yang mana kadang-kadang pengeluaran susu kurang produktif, 3oz sebotol yang dibuang, adalah amat merugikan.

Jadi sekarang, apa yang saya buat ialah menyimpan stok EBM saya 3-4oz sahaja. Alhamdulillah. Setakat ni belum nampak pembaziran terlampau. Stok simpanan saya juga semakin banyak. Setiap hari saya akan bekalkan 4-5 botol EBM. Kalau ada lebih, pihak taska akan simpan dalam freezer. Begitulah cycle EBM saya setiap hari...

Monday, May 24, 2010

Jadual

With Love Ied @ May at 10:30 AM 3 comments
...........pam susu. Saya sgt gembira. Dah banyak ibu-ibu yg sedar kebaikan susu ibu. Saya saja nak bekongsi la jadual mengepam saya. Memandangkan baby Akma sekarang memerlukan at least 20 oz susu utk 9 jam dia berada di nursery, saya kena kerja keras sket. Mana la tau jadual mengepam saya ni boleh memabntu ibu-ibu yang bekerja utk meneruskan penyusuan secara ekslusif. Bukanla saya kata jadual saya ni best sgt. Tapi ok la utk saya yang kadang-kadang mengalamai susu yg tidak berapa produktif ni.

Hari saya bermula seawal 5 pagi. Bagai jam yang sudah di set. anak teruna saya pun bangun 5 pagi. Waktu ini saya akan pam sebelah dan sebelah lagi direct feeding si abang ni. Dalam 20 minit, saya dapat 4 oz sebelah.

Dalam kereta, lebih kurang pukul 7 pagi, saya akan direct feed si adik pula dalam 30 minit.
Sampai di pejabat, breakfast, mulakan kerja, pukul 10 pagi, saya kan buat double pumping. Dalam 20 minit. Hasilnya, 2 oz each bottle. So skrg dah 6 oz. In fact sekarang ni, saya tgh double pumping!

Tiba pula pukul 1 tgh hari. Selepas makan tengah hari lebih kurang 1.30 ptg, saya akan buat double pumping sekali lagi. Kali ni hasilnya agak lumayan. 9 oz! So skrg dah 15 oz.

Pukul 4 ptg saya, lagi sekali akan buat double pumping. Tapi hasilnya tak seindah tadi. Lebih kurang 7 oz sahaja. Stok susu saya dah 22 oz!

Pukul 7.30 ptg saya akan pam sebelah dan direct feed si abang memandangkan si adik selalunya baru lepas diberi susu oleh pengasuh. Dapat 5 oz. So total hasil "kerja kuat" saya 27 oz.sehari! Selebihnya saya direct feed anak-anak saya.

Begitulah hari saya setiap hari... Tak la berapa hectic drpd org lain. Saya tau ada yg mengepam every 2 hours. Saya kagum sangat ibu-ibu ni. Kalaulah saya mampu buat mcm tu. Boleh. Insyallah. Sedikit masa lagi.

Tuesday, May 18, 2010

tengok IRONMAN 2

With Love Ied @ May at 10:21 AM 0 comments
....semalam. Ya Allah. 1st one hour punya la slow. banyak benor cakapnye. bape kali menguap dah. apsal la asyik tertengok citer banyak cakap ni. kepala dah senget2 nak tetido dah ni. dah nak abes baru la ada action2 sket. mula la berangan nak jadi mcm scarlett johansson. body dia cantekk bangett...gywneth paltrow nampak dah tua la. tak baper nak cantik. but she aged gracefully. macam mustahilkan artis barat tak cucuk tang sana tak cucuk tang sini. tapi body dia still superb...

pastu amek anak dalam hujan lebat. owh...comel sungguh putera dan puteriku...aryff panggil adik dia "tema". sangat comel....tema...tema...tema...panggil dia. dicium2 adik dia. sayang sungguh si abang kpd si adik. 


patutnya gambar header tu dah patut sangat kena tukar. aryff da ada adik kan. kena letak gambar aryf dan akma. baru comel. nantila. bila da ada gambar yang sesuai nanti....

Wednesday, May 12, 2010

bila dengar budak kecik nanges...

With Love Ied @ May at 2:25 PM 3 comments
teringat kat anak-anak. comel sungguh la diorg....anak sape la yang nanges tu.pujuk la. jangan bagi nanges lama2. takut ada yang marah-marah nanti. tgk blog org lain, teringin nak tukar layout. tapi kurang rajin la. nak update pun dah tak baper nak rajin. tgk ni. tulis ayat bape kerat je, dah nak kene chow. chow cin chow...

Friday, April 09, 2010

pekena nasi ganja????

With Love Ied @ May at 9:53 PM 0 comments
kami skrg berada di ipoh. nak merisik bunga di grik esok untuk kumbang dalam keluarga kami. alang2 da sampai ipoh, kami jalan-jalan cari makan. kat ipoh ada kedai jual nasi ganja. pusing punya pusing, jumpa la kedai yang dimaksudkan. tapi bukan letak ganja dalam nasi tau. dia ala-ala nasi kandar. sesapa yg familiar tempat2 kat ipoh sure tau punye lah. alangkan kami dari kl pun tau.

kalau nak pekena mee kicap, kami pegi kat area super kinta. tapi super kinta da tutup da. kedai tu dekat dengan pasar kat pekan ipoh ni. nak letak gamba, malas. layankan aje gamba saya dgn akma masa wedding kat kluang ni je la


Sunday, February 14, 2010

Welcome Akma Qalesya Adry

With Love Ied @ May at 4:37 PM 4 comments
 

Akma sebelum cukur rambut

  

Akma selepas cukur rambut
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting