Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Ampun

With Love Ied @ May at 10:48 AM 2 comments
Ya Ampun

Saya tengah mabuk sekarang.

Pregnant.

Wednesday, December 21, 2011

30.12.2011

With Love Ied @ May at 4:06 PM 1 comments
takde niat pun nak menarik simpati orang. cuma saya perlukan tempat dan ruang untuk meluahkan saja. saya baru pulang dari klinik. UPT saya positif. tapi saya masih lagi bleeding. tadi buat scan. kantung ada. looks like it's one and a half month tapi ikut LMS saya yang saya beritahu dah 9 minggu. Doktor cakap, kita buat scan lagi sekali pada 30.12.2011 to see sama ada janin berkembang ataupun tidak. Sepatutnya ada dot dot dalam kantung itu tapi ikut scan dot dot tu tak ada. atau mungkin juga masih lagi tak nampak. hopefully LMS yang awak bagi tu tak tepat. 
Ya allah. Andai ini bahagianku. Aku redha.

Thursday, November 24, 2011

daddy's girl

With Love Ied @ May at 12:24 PM 0 comments
cliche kan tajuk.
mostly tau yang i ada anak dara sorang.
oh. dia sekarang ni sangat manja dengan papa okay.
dalam kereta mau duduk depan sebelah papa.
pergi nursery mau aje didukung papa.
siap hulur tangan mintak tu..tu..tu.. katanya
kenapa i story mory pasal anak dara i ni pulak?



i tengah kemaruk nak gigit her lips.
comel tau.
especially bila dia buat muncung kecik dia tu.


p/s: i have to protect my tweets lately pasal i nak privacy talking about things around me. mostly untuk luahkan my sadness on something or to someone


Friday, August 19, 2011

Dak Aryff

With Love Ied @ May at 4:10 PM 1 comments
Dak Aryff dah pandai bahasakan dirinya Ajwad (Azhad)
Dak Aryff dah nak masuk 3 tahun
Dak Aryff dah pandai cakap
Dak Aryff dah pandai mengira 1,2,3...10
Dak Aryf dah pandai minta handphone untuk main game
Dak Aryff dah pandai cakap Sayang Mama
Dak Aryff dah pandai cakap Sayang Akma
Dak Aryff dah pandai Sayang Papa
Dak Aryff dah pandai pujuk orang
*
*
*
Dak Aryff dah pandai baca doa makan



p/s : rasanya orang yang bukan dalam friendlist saya tak dapat tengok video nih. sorry.

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Tinggal Kesayanganku

With Love Ied @ May at 12:46 PM 5 comments
Selasa, 28 Jun 2011

Sedang menonton CSI (s11), " tak bersedia rasanya nak kehilangan anak macam tu." I cakap pada my husband.

Rabu, 29 Jun 2011

Routine check up as usual. Husband dropped me at Hospital Ampang. Check BP, Weight and urine. Lepas tu nurse bagi talk mengenai Breastfeeding. Dalam kepala otak I nak jual S3 and grab Medela FS for my baby. One hour later the nurse called my name. Untuk ultrasound scan. Dr. Liew scan and show me the baby face, nose tapi... Doktor minta I tunggu untuk scan lagi sekali using the bigger ultrasound scanner. Masa tengah scan, Dr. Liew cakap,

"Perkembangan baby mengikut tarikh LMP tapi ada berita kurang baik di sini..."

I mula nervous. Airmata da tak boleh berhenti keluar.

"The baby tak ada denyutan nadi dan any fetus activity."

Allah. Gugur jantung mendengarnya. Tak tertahan sudah airmata. Mengalir macam air bah.

"Your husband ada datang sekali?" tanya Doktor

I geleng. "Tapi saya boleh call dia suruh datang"

"Ok. kita pergi ke bilik saya sementara tunggu your husband. You tenangkan fikiran"

I called my husband and break the news. Bagi yang melaluinya mesti dapat bayangkan macam mana. Airmata jangan cakap la tak berhenti-henti mengalir.


Half an hour later my husband sampai. Dr. Liew explained to us. The procedure. Consequence kalau I tak opt for the procedure secepat mungkin. Melihat I tak berhenti menangis, Doktor bagi a week untuk tenangkan fikiran sebelum admitted.


Rabu, 6 Julai 2011

Datang semula ke Hospital Ampang. Ready to be admitted. Dr. Komal did a final scan. Dan beritahu tiada apa-apa perkembangan. Seperti biasa, I tak berhenti menangis setiap kali tengok baby dalam monitor tu. Tak pernah sekali pun I berhenti mengharapkan keajaiban itu berlaku. Mana lah tahu kan. Mulut memang tak berhenti cakap "Aku Redha" tapi hati masih mengharap.

"Rasa macam dah bersedia tapi sebenarnya orang tak pernah bersedia nak kehilangan anak." I told my husband.


Khamis, 7 Julai 2011


7 a.m 

Ubat pertama dimasukkan. Setiap 3 jam. Ada rasa minor contraction. A minor one. Tak sakit sangat macam yang orang ceritakan kalau kena induce ni. Sebelum masukkan ubat yang ketiga, Doktor check VE, ada rasa baby dah kat pintu rahim. Tapi my baby still going strong. Masa nak masukkan ubat kelima, VE dah 2 cm dan ada show. Doktor advice jangan guna toilet bowl sebab baby boleh keluar anytime.


Jumaat, 8 Julai 2011


1 a.m

Air ketuban pecah. Tapi masih tak rasa apa-apa.

2 a.m

My baby keluar tiba-tiba! I dah bersalin! Panggil nurse. Nurse kata uri belum keluar. Darah beku je yang keluar walaupun I rasa ada benda keluar macam rasa baby keluar. Panggil doktor. Doktor terpaksa tarik uri keluar sebab dah 2 jam tunggu uri tak keluar2. Dah bagi injection pun I masih takde rasa sakit contraction. Terpaksa la doktor tarik. Lepas semua tu, I pergi clean up sementara nurse clean up my bed. Pergi scan, doktor kata maybe ada uri tertinggal. So kena la I melalui proses D&C.

As I lay on my bed, nurse datang nak bagi I tengok my baby. I tak sanggup nak tengok. Tapi I boleh nampak my baby so small, besar tapak tangan, I nampak tangan, kaki, kepala. Nurse minta my husband ambil baby di Bilik Mayat siang nanti.

And it's official. I've lost my baby at 16 weeks. My baby nak keluar di pagi Jumaat, dalam suasana yang cukup tenang.

9.30 a.m

My husband datang wad untuk ambil uri. Lepas tu meet up my parent kat lobi hospital dan tuntut our baby untuk dikebumikan. Abang cakap mereka terus ke tanah kubur dan tanam. Sebelum tanam, dia tengok baby for the last time. Alihkan sikit tali pusat, nampakla our baby tu boy. We named him Ahmad Azhad.


2 p.m

I ditolak ke OT untuk D&C. 10 mins later, dah selesai. Dalam 1 tablespoon uri dikeluarkan. I cannot moved for 6 hours. Pukul 5 my husband datang untuk suapkan makan sebab I cannot moved pastu I tengah starving sebab dah 18 jam tak makan. Sebelum deliver tak lalu nak makan. Lepas deliver tak boleh makan sebab nak kena D&C pula, I kena sambung dengan puasa.

9 p.m

I pun discharge. Thanks to the Doctors and Nurses yang membantu that morning. Thank you so much. My kesayangan ambil I dekat hospital. Rindu semua. Malam tu Aryff tidur peluk I all night. Akma pula "bergayut" dengan I je.

Hospital Ampang, Tingkat 6, Wad 6A, Bed 26. Dalam kenangan.

How am I feeling right now? I tengah berpantang without my baby. Sedih sangat. Tapi macam yang mereka cakap, I have to be strong for my husband,  Aryff Azhad and Akma Qaleesya. I redha dengan ujian ini. I tahu my husband sedaya upaya untuk menahan segala kesedihan. Untuk kami.

Sebelum Allah SWT meniupkan roh kepada anak itu, Dia bertanya samada dia bersedia untuk sekian, sekian dugaan hidup untuknya. Dia tak bersedia maka dia meminta Allah SWT untuk tidak dilahirkan ke dunia. Wallahualam.

Selamat tinggal kesayanganku. Al fatihah.

Wednesday, January 26, 2011

Budak comel bila kena makeover jadi semakin comel

With Love Ied @ May at 2:12 PM 0 comments
Satu hari di kedai makan

Suami : Kita potong je la rambut diorg ni. Jadi macam budak tak terurus lak dengan rambut macam ni. 
Isteri : Takmo la. Nanti da tak comel. Org nak rambut akma panjang
Suami : Ala. Nanti panjang la balik.
Isteri : Ermmmm...

Sessi melantak masih lagi diteruskan...
 
Isteri : Jom la. Bawak diorg potong rambut. Tapi org nak buat rambut akma gini, gini, gini...
Suami : Aryff lak no. 4


So, off they went to kedaiamoicantekpotongrambut. Hasilnya?



p/s : i left my hp at home today. so segala urusan mok nenek sume ditangguh pada esok hari. ingatkan nak blk jap amek hp td tapi x jadi pulak. otw jln2 pegi bank ai terpikir
kalau ai buat contest hadiah dia serbuk manjakani aleppo/mekah ni, agak2 ada org nak join tak?

Sunday, November 28, 2010

Sedang merangka masa depan

With Love Ied @ May at 2:28 PM 0 comments
isk.. sekejap je dah nak masuk tahun 2011. apa pencapaian saya sepanjang tahun ni? ermm...garuk kepala jap. so tahun depan adalah tahun mengumpul $$$ atau dgn kata lain, MENABUNG. sudah semestinya perkara pertama saya ialah menabung utk pendidikan anak-anak dan membebaskan diri dari segala hutang piutang. semoga segala yang saya usahakan menjadi nyata. 

nota kaki 1 : menaip sambil anak panjat belakang, sgt-sgt merungsingkan.

nota kaki 2 : Hai O ok tak?

Monday, November 08, 2010

exam! exam! exam!

With Love Ied @ May at 6:23 AM 0 comments
pkol 11 nanti ada exam. tapi sebok nak update blog pulak. dah la cilok memory card husband sebab nak amek gambar budak2 tgh sukaneka. nak tunggu dia bagi. berjanggut la. ehh..ehh...mama nak study. anak2 jgn bangun lagi tau. jap lagi mama anta gi nursery. ehh..ehh..cukup la. nak sambung study. see u when i see u. i nak hapdet citer sukaneka nnt with pictures!

Friday, October 15, 2010

tersentuh

With Love Ied @ May at 3:45 PM 0 comments
sebagai seorg wanita dan juga ibu. hati saya sgt tersentuh bila terlihat gambar-gambar di blog mahupun di fb. bayi-bayi yang dibuang, dibunuh. macam org hilang akal rasanya. sampai sanggup buat macam tu.

janganla. andai terlanjur sekalipun. jangan dibuang anak itu. walaupun utk menutup malu. kita dah banyak saluran. kalau tak inginkan anak itu. jangan la sampai dibuang, ditinggalkan hingga mati. dah la buat dosa besar
awak tambah lagi satu dosa besar.

haisshhh...dunia.

Thursday, September 02, 2010

Dalam Perut Ada Baby?

With Love Ied @ May at 12:09 PM 0 comments
Suatu hari di shopping complex.

Suami : Dalam perut ada baby ke?

Isteri : Nape? Perut org buncit sgt ke?

Suami : Tak la. Kalau ngandung lagi, murah rezeki kita. Mcm masa si polan dgn si polan dulu.

Isteri : Btol tu. Tapi.... Ai tak larat la you... 

Rezeki anak-anak...


 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting