Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Finally. It's Over

With Love Ied @ May at 12:58 AM 0 comments
Induksi dah berakhir semalam. Malam tu juga saya angkut segala khazanah yang dah saya cipta di Agrotek Garden Resort Hulu Langat. Best. Tapi penat. Sumpah penat. Seronok dapat make new friends from all over Malaysia. Adik room mate yang comel. Will miss them so much. Kawan-kawan yang boleh back up saya dari first day sampai la last day. Jasamu akan ku kenang la.

Sumpah. Tempat tu sangatla cantik. Makanan dia sangatla sedap. Staff yang sangatla peramah. 

Tapi ada juga la few episodes yang tak berapa nak best. Macam kena denggi dan terpaksa confront dengan few people yang saya tak tau la apa yang diorang cuba buktikan.  Saya sakit pun orang tak puas hati tu.

Sumpah. Saya tak kacau orang jadi saya tak tau kenapa orang-orang itu kacau hidup saya. Kan dah kena sedas dua dari saya. Tapi saya tak mahu dia dia tu malu. Saya tegur cara diplomasi. Saya tanya.

" Ada masalah ke dengan saya? Kalau ada cuba bagitahu..." Pucat lesi tak berdarah muka dia. Mungkin terkejut. 

" Awak nampak kan. Tak semua orang kita boleh percaya. Satu benda yang awak umpat pasal saya. Sampai juga ke telinga saya. Siap dengan nama si pengumpat tu lagi". Bertambah pucat muka si dia. 

" Saya tak kisah persepsi orang lain. Sebab saya takkan jumpa mereka-mereka ni lagi. Tapi percaya lah. Saya pasti berjumpa dengan awak. Dan awak pasti berjumpa dengan saya lagi. Tak seronok kan".

" Kalau saya menyusahkan awak, saya minta maaf. Saya tak fikir saya menyusahkan hidup awak sampai awak perlu menyebarkan cerita pasal saya". 

" Apa yang awak dapat dengan menjatuhkan maruah saya? Fame?"

" Awak ingat saya buat-buat sakit untuk tarik perhatian? Saya tak ingin pun orang beri perhatian kat saya." 

Susah kan. Saya sakit pun ada orang tak puas hati. Kelakar lak. Macam budak-budak. 

Nanti saya share gambar-gambar sekitar kursus ye. Penat tak habis lagi ni. Satu hari abeskan masa dengan tido. Tak pergi kelas saya hari ni. Demam pun belum ok lagi ni. Lepas last check dekat klinik hari tu, doktor suruh refer ke Hospital Ampang. Saya tak pergi. Takut kena warded. Macam 4 years back. Sebab denggi la juga dulu. It's official la 2 kali dah ni kena denggi. Korang jaga kesihatan ye. Bunuh la nyamuk aedes durjna tu. Bahaya wooo denggi tu.

Nota kaki : Jangan cari pasal dengan saya or you'll be hearing, " Awak ada masalah ke dengan saya?"

Monday, September 14, 2009

Raya Dah Nak Dekat Dah

With Love Ied @ May at 10:21 AM 3 comments
Tahun ni tahun kedua aku beraya dgn perut yang makin memuncit. Last time raya time tuh 7 bulan, this time 5 bulan lak. Teringat masa pregnantkan Aryff mmg besar betul badan aku. Sampai malu nak letak gambar. Tapi kali ni tak teruk sgt. As for today berat aku 64kg. Berat juga la tuh. Hopefully tak cecah 80kg mcm last time. Apa lagi, consume la Herbalife during pregnancy. Tapi problem aku ialah aku sgt allergic pada soy product kali ni. Terus uwekk bila makanan berasaskan air soya masuk ke rongga tekak. Air soya je ye kawan2. Tempe ok lagi... Pregnant kali nih byk btol dugaan. Start2 pregnant dah batuk2 teruk. Dah la musim H1N1. Batuk bagai nak rak lagi. Pastu en. suami lak batuk2. Lepas tu Aryff lak demam. Demam yang agak panas. Sampai tak tido aku menjaga Aryff. Bawak Aryff pegi klinik pakar kanak-kanak terus. Bagus juga Klinik Pakar Kanak-Kanak Rosnah dekat Taman Dagang. Aryff agak rasi dgn ubat2 yang doktor bagi. Alhamdulillah he's getting better.

Aku dpt kad raya digital dari cik puan kelly 910 (shama la nick kita...mine is eda910). Thank you.


Tag nnt ida jawab ye.

Monday, August 31, 2009

Lepas Cuci Rumah

With Love Ied @ May at 7:53 AM 3 comments
Lepas cuci rumah baru tuh semalam, inila aktiviti kami. Skrg ni susah sgt nak amek gambar budak kecik ni. Nak amek gambar berdua lagi la payah. Dah tak boleh dok diam2 dah dia ni. Banyak sangat projek dia. Projek "mengemas" la paling dia suka. Hari ni nak start angkat2 barang. Confirm penat. Flat la aku bulan pose nih. Pasni nak uruskan kedai lak. Nanti akan ku updatekan lagi...

Btw, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52

tgh layan astro 188 konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
di pagi Hari Merdeka

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting