Monday, May 31, 2010

Berapa banyak EBM saya simpan

With Love Ied @ May at 3:37 PM 2 comments
..........dalam satu botol? 3-4 oz sahaja. Kenapa? Sebab saya ada terbaca satu artikel dalam internet, yang ditulis oleh member forum. Ibu-ibu harus mencuba memberi anak EBM dalam sukatan yang lebih kecil dahulu kerana

1. Stok susu dapat dijimatkan dan ianya tidak membazir
2. Susu boleh ditingkatkan kepada sukatan yang lebih setelah bayi sudah mula pandai menghabiskan sukatan yang kecil

Saya pernah menyimpan EBM 5oz sebotol. Memang rugi. Kenapa? Setiap kali saya mengambil anak saya dari taska, mesti ada lebihan EBM. Kadang-kadang tu sampai 3oz! Tu baru sebotol yang saya nampak. Belum yang botol-botol lain yang saya tak nampak. Untuk ib-ibu seperti saya yang mana kadang-kadang pengeluaran susu kurang produktif, 3oz sebotol yang dibuang, adalah amat merugikan.

Jadi sekarang, apa yang saya buat ialah menyimpan stok EBM saya 3-4oz sahaja. Alhamdulillah. Setakat ni belum nampak pembaziran terlampau. Stok simpanan saya juga semakin banyak. Setiap hari saya akan bekalkan 4-5 botol EBM. Kalau ada lebih, pihak taska akan simpan dalam freezer. Begitulah cycle EBM saya setiap hari...

Monday, May 24, 2010

Jadual

With Love Ied @ May at 10:30 AM 3 comments
...........pam susu. Saya sgt gembira. Dah banyak ibu-ibu yg sedar kebaikan susu ibu. Saya saja nak bekongsi la jadual mengepam saya. Memandangkan baby Akma sekarang memerlukan at least 20 oz susu utk 9 jam dia berada di nursery, saya kena kerja keras sket. Mana la tau jadual mengepam saya ni boleh memabntu ibu-ibu yang bekerja utk meneruskan penyusuan secara ekslusif. Bukanla saya kata jadual saya ni best sgt. Tapi ok la utk saya yang kadang-kadang mengalamai susu yg tidak berapa produktif ni.

Hari saya bermula seawal 5 pagi. Bagai jam yang sudah di set. anak teruna saya pun bangun 5 pagi. Waktu ini saya akan pam sebelah dan sebelah lagi direct feeding si abang ni. Dalam 20 minit, saya dapat 4 oz sebelah.

Dalam kereta, lebih kurang pukul 7 pagi, saya akan direct feed si adik pula dalam 30 minit.
Sampai di pejabat, breakfast, mulakan kerja, pukul 10 pagi, saya kan buat double pumping. Dalam 20 minit. Hasilnya, 2 oz each bottle. So skrg dah 6 oz. In fact sekarang ni, saya tgh double pumping!

Tiba pula pukul 1 tgh hari. Selepas makan tengah hari lebih kurang 1.30 ptg, saya akan buat double pumping sekali lagi. Kali ni hasilnya agak lumayan. 9 oz! So skrg dah 15 oz.

Pukul 4 ptg saya, lagi sekali akan buat double pumping. Tapi hasilnya tak seindah tadi. Lebih kurang 7 oz sahaja. Stok susu saya dah 22 oz!

Pukul 7.30 ptg saya akan pam sebelah dan direct feed si abang memandangkan si adik selalunya baru lepas diberi susu oleh pengasuh. Dapat 5 oz. So total hasil "kerja kuat" saya 27 oz.sehari! Selebihnya saya direct feed anak-anak saya.

Begitulah hari saya setiap hari... Tak la berapa hectic drpd org lain. Saya tau ada yg mengepam every 2 hours. Saya kagum sangat ibu-ibu ni. Kalaulah saya mampu buat mcm tu. Boleh. Insyallah. Sedikit masa lagi.

Tuesday, May 18, 2010

tengok IRONMAN 2

With Love Ied @ May at 10:21 AM 0 comments
....semalam. Ya Allah. 1st one hour punya la slow. banyak benor cakapnye. bape kali menguap dah. apsal la asyik tertengok citer banyak cakap ni. kepala dah senget2 nak tetido dah ni. dah nak abes baru la ada action2 sket. mula la berangan nak jadi mcm scarlett johansson. body dia cantekk bangett...gywneth paltrow nampak dah tua la. tak baper nak cantik. but she aged gracefully. macam mustahilkan artis barat tak cucuk tang sana tak cucuk tang sini. tapi body dia still superb...

pastu amek anak dalam hujan lebat. owh...comel sungguh putera dan puteriku...aryff panggil adik dia "tema". sangat comel....tema...tema...tema...panggil dia. dicium2 adik dia. sayang sungguh si abang kpd si adik. 


patutnya gambar header tu dah patut sangat kena tukar. aryff da ada adik kan. kena letak gambar aryf dan akma. baru comel. nantila. bila da ada gambar yang sesuai nanti....
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting