Friday, June 10, 2011

Sakit Yang Tak Pernah Serik

With Love Ied @ May at 3:05 PM 0 comments
Sakit apa tuh? Sakit semasa melahirkan anak pada saya adalah sakit yang tak pernah kaum wanita ni serik. Teehee... Termasuklah saya. the 3rd one is on the way. Insyallah end of the year. 

ini bukan perut saya
 
Pengalaman the 3rd one ni ada sikit penat. Maklumlah dah ada dua hero dan heroin kecil kat rumah tu yang tengah super duper lasak. Panjat sana sini. Bungee jumping landing atas perut mama dia, sukan berkuda atas perut dan kalau boleh semua sukan mesti nak end up atas perut. Adoyai. Bertuah betul budak-budak ni. Anyways suami saya la yang paling happy bila saya bagitau saya berbadan dua lagi. Dia kata rezeki anak melimpah ruah. Yang ini memang saya tak dapat sangkal.

Morning sickness. Serious. Seriously teruk. Tu yang lama tak ngadap blog. Tak lalu. Tak lalu nak bermake up. Nak melawa. Nak dress up, Nak bercakap. Kalau boleh tak nak buat apa-apa. Tu yang suka sangat dengan lagu Bruno Mars sekarang ni.

Today I don't feel like doin anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like pincking up my phone
So leave a message a the tone
Cause today I don't feel like doing anything
Nothing at all

Memang hari-hari rasa nak baring je atas katil. Kalau boleh. Cubalah. Bila da ada dua orang askar kecil ni. hahaha....

Monday, April 25, 2011

Murtabak Singapore 1 Lapis. 2 Lapis. 3 Lapis

With Love Ied @ May at 3:56 PM 0 comments
Moh kita citer pasal makan. 2 minggu lepas kami anak beranak ikut Mama dgn Papa pegi Bangi. Disebabkan budak kecik 2 orang tu belum breakfast, my mum suggest kami makan dekat Sri Bestari Bangi. Mama kata kedai ni famous dengan Murtabak Singapore berlapis-lapis. Dah berkali-kali juga diorang makan kat sini. Dulu my brother sekolah kat Sungai Merab. So setiap kali melawat budak tu, diorang akan makan kat sini. JJCM pun pernah datang kat sini.

Tapi kami order selapis je
Kalau order yang dua tiga lapis lagi besar tau. Jenuh nak makan. Saya tengok kat menu dia yang 3 lapis harga RM 18 la jugak seingat saya. Mama order Beriyani Kambing. Sedap. Dak Aryff makan roti canai. Dak Akma mamam Beriyani. Actually kitorang pegi Bangi sebab nak tengok kain kat Butik Toko Tanah Abang. Dah settle kat situ, nampak lak Tutti Fruitty. Frozen yougurt yang sangat yummie ok.

Tengok budak ni. Aiskrim takmo. Bekas mau. Nak main masak-masak katanya
Gambar kurang memuaskan sebab pakai kamera hp je.

Friday, April 22, 2011

Idea Zero

With Love Ied @ May at 12:04 PM 0 comments
takde idea la nak tulis.
nak share pun takde
blank.
tapi nak bagitau sesuatu.
tapi tengah loya la sekarang ni.
loya tgk pc.
loya setiap masa.
tak sihat la.
nanti la ye.
muahxxx...
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting