Sunday, February 23, 2020

MATTA Fair 2020 Bakal Berlangsung Pada Bulan MEI Ini

With Love May at 12:57 PM
MATTA Fair adalah sebuah pameran pelancongan yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Mei dan September. Pameran pelancongan ini telah bermula sejak pada tahun 1991 dan bilangan pempamer yang menyertai pameran ini melonjak naik setiap tahun. Untuk korang yang tak tau lagi apa maksud MATTA, MATTA ada short form bagi Malaysia Association of Travel & Tour Malaysia Agents di mana agensi-agensi pelancongan di Malaysia ni bersatu dan bergabung dibawah kawalan Ministry of Tourism, Art & Culture Malaysia. Jadi, sudah tentu lah banyak agensi-agensi yang terkenal hadir dan mempamerkan pelbagai pakej pelancongan murah untuk korang.


Selalunya MATTA Fair ni akan diadakan pada setiap bulan Mac dan September. Tapi untuk MATTA Fair pada tahun ini, mereka menganjakkannya ke depan sedikit iaitu pada bulan Mei di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Untuk lokasi pameran pula, ia secara besar-besaran di adakan di PWTC selama 3 hari dan bayaran masuk bagi pameran ini adalah RM4/seorang. Tak la mahal pun kan. Plus senang untuk korang sampai ke sini since banyak public transport yang ada di sekeliling PWTC ni.



Apa yang korang boleh expect dari MATTA Fair ni? Banyak. Bayangkan la pameran tahun lepas je dah ada 293 pempamer yang menyertai pameran ni dan kalau iku rekod, ada lebih dari 1000 booth yang mewakili agensi-agensi pelancongan di seluruh Malaysia. Dengan adanya MATTA Fair promotion untuk tahun 2020 ni, saya anggarkan lebih banyak pempamer yang bakal menyertai pameran pelancongan ni nanti. Tahun lepas, jumlah pengunjung yang datang lebih kurang 110,000 orang. So tahun ni mungkin boleh capai 150 ribu? Atau hampir 200 ribu? Siapa tau kan.



Memetik tajuk berita akhbar tempatan “Percutian berkumpulan lengkap, harga berpatutan”, dah membuktikan bahawa banyak pakej-pakej percutian yang sangat sesuai untuk korang bercuti  bersama kawan-kawan ataupun keluarga. Sudah pasti banyak destinasi yang menarik tersenarai sebagai destinasi tumpuan pelancong bagi dalam mahupun luar negara.



Kalau korang nak cuba cari destinasi yang menarik di dalam negara, korang boleh datang ke pameran ni dan pergi survey ke booth Agensi Pelancongan Malaysia yang menyertai pameran pelancongan ini. Selain daripada tu, korang jugak boleh melawat booth-booth yang disediakan dari Lembaga Pelancongan bagi setiap negeri seperti Sabah, Sarawak, Penang, Johor, Terengganu, Kedah, Perak, Selangor, N.Sembilan dan banyak lagi negeri yang terlibat. Saya yakin korang bakal dapat pakej pelancongan dengan harga-harga yang menarik untuk percutian korang hujung tahun ni. 



Bagi yang dah mempunyai beberapa negara di dalam bucket list korang, jangan lupa untuk terjah ke booth agensi-agensi pelancongan yang ada menyediakan pakej pelancongan ke luar negara dengan harga yang terlajak murah dan berbaloi. Korang boleh pilih nak percutian yang macam mana. Nak santai, nak shopping, nak buat aktiviti, nak pergi dalam kumpulan, nak solo travel, haa pilih. Agensi-agensi pelancongan yang ada sepanjang pameran dapat membantu korang untuk meyelesaikan masalah percutian korang tu. Negara yang mendapat paling banyak sambutan sepanjang MATTA Fair tahun lepas ialah Korea Selatan, Japan, China, Turki, Taiwan, Italy, Vietnam dan beberapa lagi negara yang menjadi tumpuan pelancong.


Selit satu gambar saya kat Matta Fair tahun lepas. 

Selain daripada agensi yang menyediakan pakej percutian bagi dalam dan luar negara, speanjang pameran ini juga ada menyediakan booth untuk agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej murah untuk korang mengerjakan umrah. Haa. Mesti ramai jugak yang sedang cari pakej umrah sekarang ni. So boleh la korang singgah booth-booth yang berkenaan okay. 



Sekiranya korang tak dapat menghadirkan diri ke MATTA Fair pada kali ni, korang jangan la bersedih sebab terlepas promo-promo hebat yang ada sepanjang MATTA Fair ni berlangsung. Ingat lah, korang masih ada Traveloka yang menanti korang. Bukan setakat promo and deals bilik je yang Traveloka tawarkan, even cheap Singapore airlines promo pun ada kalau korang mencari airline nak ke Singapore atau ke negara-negara jiran.



Haa. Tak cukup dengan tu, tiket-tiket masuk untuk ke taman-taman tema terkemuka pun Traveloka ada bagi promo tau. Apa lagi yang korang nak? Airport transfer? Ada jugak la. Semua pun lengkap. Yang penting, korang dapat cari harga yang bersesuaian dengan bajet korang. Tapi kalau benda dah tengah murah daripada harga yang biasa, buat apa tunggu lagi? Boleh book terus. Hujung tahun tayah pening nak habiskan cuti ke mana kan.



Okay lah gais. Setakat ni je yang saya dapat kongsikan dulu dengan korang pasal MATTA Fair dan apa yang korang boleh expect dari pameran pelancongan yang bakal berlangsung tahun ni. Yang penting, persiapkan lah diri korang dengan soalan-soalan yang korang selama ni blur, nanti sampai sana, tanya sampai korang celar okay. Jumpa kat sana gais. Selamat bercuti.

2 comments:

Jari Boloq said...

Done follow #111
Kansel kan Matta fair sebab covid

NARDtheNERD said...

bilaaa boleh travel balik nihhh :P

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting