Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Thursday, August 18, 2022

Educational Trip Naik Cruise. Star Pisces Cruise.

With Love May at 9:00 AM 0 comments

 Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan. Dapat satu lagi trip cruise PERCUMA. Siapa yang belum follow saya di media sosial, boleh follow ye

www.facebook.com/eda910 dan https://www.tiktok.com/@mayherda910

Tahun 2022, selepas 2 tahun kita hidup dengan COVID 19, I dapat satu lagi peluang untuk Cruise trip sebelum Cruise tersebut dihentikan perkhidmatan berikutan tindakan kebankrapan yang dibuat oleh Genting Hong Kong.

Ye. Trip terakhir bersama Star Pisces Cruise. 23 Januari - 25 Januari 2022. Route Penang-Langkawi-Penang. Cruise kali ni tak perlukan passport antarabangsa. Lagipun border Malaysia belum dibuka sepenuhnya. Masih lagi dalam fasa awal endamik.

Tak banyak nak cerita. Kapal ini pun dah tak jalan. Tersadai di Port Swettenham, Pulau Pinang sekarang. Tapi I enjoyed my trip dengan shopping, jalan-jalan di Langkawi dan meeting new friends. Jumpa dan belajar dari travel agent yang dah lama bertapak dalam bidang ini.

Sebelum ini, hanya nampak nama je dalam Whatsapp Group. Trip ni kami berkumpul dan berkongsi pengalaman. Yang sedihnya, ini adalah trip terkahir bersama kapal penyiaran ini. 

Sesungguhnya COVID itu jahat. Habis semua business pelancongan. Harapnya semua dapat kembali dalam fasa endamik ni.


sessi perkongsian bersama sub agent dan PSA cruise


shopping Langkawi mestilah coklat

Dataran Lang

Bersama rakan seperjuangan

baru sampai Langkawi. Get ready nak turun jalan-jalan

enjoying sunset

aktiviti cruise paling best ialah makan. Makanan semua sedap.

Masi ni baru naik. Terus cari tempat nak OOD


Macam Dream Cruise. Kad ni jangan hilang. Semua yang kita beli akan di caj pada kad ni. Sebelum turun, kena bayar semua.

NOTE : Star Pisces Cruise telah menghentikan operasinya pada 25 Januari 2022. Syarikat Genting Hong Kong telah memohon pengiisytiharan bankrap pada Jun 2022. Berita yang I terima, pihak liquidator masih lagi meneliti tuntutan bayaran balik tiket para pelanggan pada 1 Ogos 2022. Bankrap ni bukan satu perkara kecil. ianya memakan masa yang lama. Jadi pada pelanggan yang masih menunggu REFUND, diharap bersabar. Kami sebagai agent, akan sentiasa update perkembangan terkini.

Monday, February 03, 2020

Trip Naik Cruise. Genting Dream Cruise.

With Love May at 12:12 PM 2 comments
Wahhh... Lamanya tak update blog. Nak buat come back la. Siapa yang follow kita kat facebook? Cuba angkat tangan sikit? Follow la


Tahun 2020. Our year start dengan naik Genting Dream Cruise! THANK YOU encik boss sponsor my husband & I cabin cruise sempena closed sale 22 cabin aka 48 pax❗


Route pilihan ialah 4 hari 3 malam Singapore-Penang-Phuket-Singapore 19-22/1/2020.

19/1/2020
==========

Bertolak dari KL Sentral jam 5 pagi dengan bas. Company provide shuttle ulang alik dari KL ke Marina Bay Cruise Centre with minimal charges. Sampai je imigresen cop passport semua terus ke MBCC. Kat Singapore ni transit je.






Check in Cruise centre, dapat kad bilik. Kad wajib bawa kat dalam cruise. Kad hutang pun boleh. Gantung kat leher. Bahayanya kad ni, kau boleh tap je semua benda kat dalam cruise tu termasuk shopping. Lepas tu bersedialah membayarnya hari terakhir cruise 😂. Atas cruise semua dalam SGD ye.





Done check in. Cabin kami type Balcony. Harga RM 3411 exc port tax & Gratuity. Harga ni buy 1 free 1 tau. Muat max 4 pax je. Lebih dari tu kena ambil 2nd cabin. Selesa sgt. But hey. Naik cruise ni tak dok bilik sgt. So many places & activities to explore atas cruise tu tau!

Next is MAKAN. Pakej memang include makan. 5 kali sehari plus 24h snacks corner. Ada 3 free restoran yg termasuk dalam pakej. 1 restoran tu memang halal certified. The Lido. Mkn kat situ je dah cukup puas dah. Dari masakan Padang, Fusion, Western ke Indian food kat dalam The  Lido tu. HALAL cert by JAKIM, The Lido. Memang mewah makan. Anda fikir anda akan kelaparan atas cruise? Nayyy... Tak payah la beria nak bawa kudap-kudap bagai.





Tepat jam 3 petang cruise start berlayar menuju ke Penang.





Lepas tu explore la the ship sampai pengsan. Disebabkan malam sebelum tu dapat tido 2 jam sebab excited sgt. Lps Maghrib terus pengsan sampai 2 pagi. Sambung makan kat 24h snacks corner. Hahaha.

20/1/2020
==========

Sampai Penang 1pm. Boleh turun kapal & explore Penang but must be back on the ship before 8pm. Pier dkt je dgn Komtar by bus free Rapid Penang tu. Blh la nak pergi The Top & all other attractions. Mee Sotong Hameed wajib makan sebab atas ship tak ado ye 😂

Disebabkan cuti sekolah hari tu baru je bawa anak-anak holiday Utara termasuk Penang, so tak ada la nak explore sangat. Dah makan Mee Sotong Hameed Pata, kami naik kapal balik.





Naik je kapal terus pergi book show kat Zodiac Theatre. Book 8pm show. Sebelum masuk theatre, cruise giving away free Pandora bracelet. Charms boleh beli 4 pcs for sgd 14.99. Murahkan? Jgn lupa kali 3.03 duit Malaysia.



Show 1st night & 2nd night sama je. Broadway show. Best. Banyak sebenarnya show atas kapal ni. Antara larat nak ikut dgn tak je. Ada yg free. Ada yg berbayar. Bayar semua dalam SGD. Atas kapal semua SGD. Nak tgk lebih-lebih kena naik la sendiri. Call I utk pakej ye. Hahaha.

Aktiviti macam flying fox, golf table tennis, wall climbing, pools, water slides, giant chess tu semua free.





21/1/2020
==========

Day 3. Sun rise in Phuket. Subhanallah. Sampai 7am. Stop kat deep sea. Pa Tong beach. Nak turun kena by boat. Ada masa dlm 5-6 jam utk explore Phuket. Mula decide nak stay by the beach sampai kedai buka. Ramai tourist berjemur. So. Faham2 je la 🙈

Turun Phuket seawal 8am. Semua kedai area Pa Tong beach tutup lagi kecuali 7e dgn Family Mart.

Boring dok kat beach. We decide nak jalan kaki je ronda. Sampai la kat Bangla Walking Street. Malam happening sini. Byk club. Ramai bangla niaga sini. Jln sampai HRC, Big C, shopping souvenirs sini lg murah dari dkt beach. Rate myr 1.13 = 100baht








3pm semua guest dah kena naik. So last la kita explore kapal malam ni. Book show utk 3rd night. Show lain dari malam sebelum tu. Lepas tu makan & terus ke Main Deck for Colours of The Sea Party. Acara wajib malam last. Ada lucky draw.

Ada lucky draw but we are not that lucky. View dari atas. Kat atas kapal ni ramai pelancong India, Indonesia & Singaporean themselves. Diorang dtg Singapore hanya untuk naik Dream Cruise. Yes. I interviewed few of the guest. Casino? Memang ada je tepi-tepi coridor je slot machines. Atas diri kita la. Rasa iman tu kuat tak payah la sibuk nak cuba main judi.

Malam last memang happening gila. Ada fireworks. Bayangkan you are on the journey to nowhere. Atas laut. Memang tak nampak daratan. Yang nampak lampu Rumah Api je. Pengalaman yang priceless.



22/1/2020
==========

Cruising day. Sampai eta jam 6pm. Dah kena get back to reality. Bye bye vitamin sea. Bye bye good food. Fall in love holiday atas cruise cause tak payah fikir nak makan kat mana atau nak makan apa atau nak pergi mana atau  nak buat apa. Semua dah dalam itinerary. Restoran buka untuk lunch & dinner one shot. So turun kapal pun kau tak akan kelaparan. Sebelum turun, settlekan Gratuity dan segala mak nenek spending kat atas kapal. Ingat tak kad bilik yang I kata bahaya tu? Check guna kad tu la.




Proses turun dari kapal pun ikut deck. So tak la jeng kreng turun kapal. Pukul 8 malam semua dah selamat turun kapal. Shuttle bas pun dah ready.

Nak kira total damage trip ni.

Cabin Balcony B1F1  : RM 3411.00
Port tax x 2                 : RM   426.00
Gratuity x 2                 : SGD    63.00
Return shuttle bus     : RM    140.00 per person

Belanja lain tu macam shopping kat atas kapal & Phuket ikut poket sendiri.

For more info blh je DM atau klik https://wa.me/60192887041

Jika ditanya nak naik lagi tak? Of course la nak. Memang sejenis suka holiday fullboard terus. 😍


 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting