Wednesday, April 17, 2024

OMG KONAFETTO DAH ADA KAT SHOPEE!

With Love May at 12:00 PM 0 comments

 18 jam perjalanan dari pasir mas to nogori. sis okay sebab my husband bekalkan choc ni buat kunyah2. rugi borong sikit sebab sedap dooh berlemak buat alas perut! 🀀 

Jauh nak beli tau kat Mekah sana tu




i suka yang choc. my husband pulak suka yang milk tu. sepaket ada 110 pieces. siapa yang jenis slalu lapar macam i plis standby choc ni banyak banyak okay! 🫢🏻


if nak hadiahkan kat your sayang better pilih kedai ni. packaging dalam botol pink cantik plus boleh pilih nak mix perisa or nak cocoa / milk je. 🫢🏻



mak kawan husband i suka choc ni. i macam aikk sedap sangat ke? until i sendiri rasa. dan memang sedap! yang choc tu less sweet banding milk mmg kena dgn taste i! if nak borong korang order sini sbb ada discount!✨ cocoa : https://shope.ee/1VcVqSexQ8 milk : https://shope.ee/4fZXc0DuMw









Tuesday, April 16, 2024

NAK BELI MESIN BASUH DAN AIRCOND YANG MACAM MANA YE?

With Love May at 12:14 PM 0 comments

Hear me out..if ada budget lebih, go buy Panasonic Inverter Care+ Washer Dryer! Save electric, save air. Basuh dan lepas tu terus boleh lipat baju..boleh set guna fon jugak

https://shope.ee/4KwgzBNL7Y



Utk washer machine bagus utk single sebab size dia dan murah. if nak basuh comforter, ambil yg besar sikit.


Ni link utk daikin inverter air condition siap bole wifi lagi utk control.



Pilih brand LG atau Panasonic. Saya guna Panasonic front load. Dah lebih 13 tahun masih bersih basuhan nya. Kelebihan front load - baju putih memang putih bersih. Baju kaler dgn sabun yang sesuai lebih tahan lama Seri warna. Aircond - mitsubishi Mr slim





Thursday, December 08, 2022

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Naik Kapal Pelayaran Resort World Cruise

With Love May at 3:55 PM 1 comments
Benda yang korang perlu tahu bila nak naik Resort World Cruise 

 1. Kapal akan berlepas dari Port Klang. Kalau dari Malaysia, biasanya ada 2 laluan pelayaran. Iaitu Port Klang - Penang - Singapura - Port Klang dan Port Klang - Singapura - Port Klang 

 2. Pakej naik cruise biasanya dah termasuk dengan makan. Makan dekat atas cruise di restoran halal ala buffet tau. Korang takyah risau tak cukup makan sepanjang pelayaran dan takkan kebulur 

 3. Biasanya dalam cruise ni orang akan bersantai dan enjoy dengan aktiviti yang ada di dalamnya. Antara kemudahan free yang korang boleh guna dekat sini ialah kolam renang, water slide, rope obstacle ala ninja warrior, wall climbing, gym, gelanggang bola keranjang, futsal, kids room (2 jam free), mini golf dan sebagainya, panggung Zodiak 

 4. Kalau aktiviti berbayar pula seperti karaoke, bowling, snooker, persembahan tertutup, game arcade, spa dan urutan, boleh shopping macam-macam juga dekat dalam cruise ni semua duty free. 

 5. Ada 3 jenis benda yang korang kena bayar bila nak naik cruise iaitu Cruise Fare, Port Charges dan Gratuity. Cruise Fare dan Port Charges korang boleh bayar dekat ejen semasa nak booking cruise, manakala Gratuity bayar masa nak check out dari kapal 

 6. Nak naik cruise kena ada passport. Sebelum naik cruise, pastikan bawa passport sekali ya 

 7. Parking kereta hanya RM20 sekali masuk. Korang boleh parking dekat depan Terminal Pelabuhan Klang 

 8. Bila dah sampai Singapura, korang ada option sama ada nak turun bersiar-siar di Singapura selama 4-5 jam, atau stay lepak dalam cruise. Masa ni paling best nak try facilities dalam cruise sebab masa cruise berlabuh ramai orang turun, facilities semua jadi lengang. 

 9. Ada wifi dalam ni, unlimited kuota tapi berbayar la ye. Korang boleh bayar pakai kad Bigpay atau debit pun boleh Kalau korang nak book cruise ni, boleh check tarikh available dan harga dekat sini
Cruise terbesar dunia
Kategori kabin dalam cruise
Makan memang meriah. 5 kali sehari ye.
pool kat atas kapal ni ada slides. Tinggi dan panjang. Satu-satunya kapal yang ada taman tema ye.
Kabin jenis Balcony
Kabin Balcony
Kabin jenis Interior


Thursday, August 18, 2022

Educational Trip Naik Cruise. Star Pisces Cruise.

With Love May at 9:00 AM 0 comments

 Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan. Dapat satu lagi trip cruise PERCUMA. Siapa yang belum follow saya di media sosial, boleh follow ye

www.facebook.com/eda910 dan https://www.tiktok.com/@mayherda910

Tahun 2022, selepas 2 tahun kita hidup dengan COVID 19, I dapat satu lagi peluang untuk Cruise trip sebelum Cruise tersebut dihentikan perkhidmatan berikutan tindakan kebankrapan yang dibuat oleh Genting Hong Kong.

Ye. Trip terakhir bersama Star Pisces Cruise. 23 Januari - 25 Januari 2022. Route Penang-Langkawi-Penang. Cruise kali ni tak perlukan passport antarabangsa. Lagipun border Malaysia belum dibuka sepenuhnya. Masih lagi dalam fasa awal endamik.

Tak banyak nak cerita. Kapal ini pun dah tak jalan. Tersadai di Port Swettenham, Pulau Pinang sekarang. Tapi I enjoyed my trip dengan shopping, jalan-jalan di Langkawi dan meeting new friends. Jumpa dan belajar dari travel agent yang dah lama bertapak dalam bidang ini.

Sebelum ini, hanya nampak nama je dalam Whatsapp Group. Trip ni kami berkumpul dan berkongsi pengalaman. Yang sedihnya, ini adalah trip terkahir bersama kapal penyiaran ini. 

Sesungguhnya COVID itu jahat. Habis semua business pelancongan. Harapnya semua dapat kembali dalam fasa endamik ni.


sessi perkongsian bersama sub agent dan PSA cruise


shopping Langkawi mestilah coklat

Dataran Lang

Bersama rakan seperjuangan

baru sampai Langkawi. Get ready nak turun jalan-jalan

enjoying sunset

aktiviti cruise paling best ialah makan. Makanan semua sedap.

Masi ni baru naik. Terus cari tempat nak OOD


Macam Dream Cruise. Kad ni jangan hilang. Semua yang kita beli akan di caj pada kad ni. Sebelum turun, kena bayar semua.

NOTE : Star Pisces Cruise telah menghentikan operasinya pada 25 Januari 2022. Syarikat Genting Hong Kong telah memohon pengiisytiharan bankrap pada Jun 2022. Berita yang I terima, pihak liquidator masih lagi meneliti tuntutan bayaran balik tiket para pelanggan pada 1 Ogos 2022. Bankrap ni bukan satu perkara kecil. ianya memakan masa yang lama. Jadi pada pelanggan yang masih menunggu REFUND, diharap bersabar. Kami sebagai agent, akan sentiasa update perkembangan terkini.

Wednesday, August 17, 2022

Amverton Heritage Resort, Melaka

With Love May at 11:47 AM 0 comments

Resort paling best, tak pening dah mana nak stay kalau datang Melaka.

Korang yang jenis suka travel chill dan relax boleh consider resort ni. Sebab kolam dia besar dan ada banyak jenis slide. Dah mcm waterpark, satu family boleh enjoy berendam.
Tak cukup kat pool, dalam bilik pun ada bath tub tau! Korang book sini mudah πŸ‘‰πŸ»


πŸ“Amverton Heritage Resort, Melaka
(3 minit dari exit Tol Ayer Keroh)
















Sunday, February 23, 2020

MATTA Fair 2020 Bakal Berlangsung Pada Bulan MEI Ini

With Love May at 12:57 PM 2 comments
MATTA Fair adalah sebuah pameran pelancongan yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Mei dan September. Pameran pelancongan ini telah bermula sejak pada tahun 1991 dan bilangan pempamer yang menyertai pameran ini melonjak naik setiap tahun. Untuk korang yang tak tau lagi apa maksud MATTA, MATTA ada short form bagi Malaysia Association of Travel & Tour Malaysia Agents di mana agensi-agensi pelancongan di Malaysia ni bersatu dan bergabung dibawah kawalan Ministry of Tourism, Art & Culture Malaysia. Jadi, sudah tentu lah banyak agensi-agensi yang terkenal hadir dan mempamerkan pelbagai pakej pelancongan murah untuk korang.


Selalunya MATTA Fair ni akan diadakan pada setiap bulan Mac dan September. Tapi untuk MATTA Fair pada tahun ini, mereka menganjakkannya ke depan sedikit iaitu pada bulan Mei di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Untuk lokasi pameran pula, ia secara besar-besaran di adakan di PWTC selama 3 hari dan bayaran masuk bagi pameran ini adalah RM4/seorang. Tak la mahal pun kan. Plus senang untuk korang sampai ke sini since banyak public transport yang ada di sekeliling PWTC ni.



Apa yang korang boleh expect dari MATTA Fair ni? Banyak. Bayangkan la pameran tahun lepas je dah ada 293 pempamer yang menyertai pameran ni dan kalau iku rekod, ada lebih dari 1000 booth yang mewakili agensi-agensi pelancongan di seluruh Malaysia. Dengan adanya MATTA Fair promotion untuk tahun 2020 ni, saya anggarkan lebih banyak pempamer yang bakal menyertai pameran pelancongan ni nanti. Tahun lepas, jumlah pengunjung yang datang lebih kurang 110,000 orang. So tahun ni mungkin boleh capai 150 ribu? Atau hampir 200 ribu? Siapa tau kan.



Memetik tajuk berita akhbar tempatan “Percutian berkumpulan lengkap, harga berpatutan”, dah membuktikan bahawa banyak pakej-pakej percutian yang sangat sesuai untuk korang bercuti  bersama kawan-kawan ataupun keluarga. Sudah pasti banyak destinasi yang menarik tersenarai sebagai destinasi tumpuan pelancong bagi dalam mahupun luar negara.



Kalau korang nak cuba cari destinasi yang menarik di dalam negara, korang boleh datang ke pameran ni dan pergi survey ke booth Agensi Pelancongan Malaysia yang menyertai pameran pelancongan ini. Selain daripada tu, korang jugak boleh melawat booth-booth yang disediakan dari Lembaga Pelancongan bagi setiap negeri seperti Sabah, Sarawak, Penang, Johor, Terengganu, Kedah, Perak, Selangor, N.Sembilan dan banyak lagi negeri yang terlibat. Saya yakin korang bakal dapat pakej pelancongan dengan harga-harga yang menarik untuk percutian korang hujung tahun ni. 



Bagi yang dah mempunyai beberapa negara di dalam bucket list korang, jangan lupa untuk terjah ke booth agensi-agensi pelancongan yang ada menyediakan pakej pelancongan ke luar negara dengan harga yang terlajak murah dan berbaloi. Korang boleh pilih nak percutian yang macam mana. Nak santai, nak shopping, nak buat aktiviti, nak pergi dalam kumpulan, nak solo travel, haa pilih. Agensi-agensi pelancongan yang ada sepanjang pameran dapat membantu korang untuk meyelesaikan masalah percutian korang tu. Negara yang mendapat paling banyak sambutan sepanjang MATTA Fair tahun lepas ialah Korea Selatan, Japan, China, Turki, Taiwan, Italy, Vietnam dan beberapa lagi negara yang menjadi tumpuan pelancong.


Selit satu gambar saya kat Matta Fair tahun lepas. 

Selain daripada agensi yang menyediakan pakej percutian bagi dalam dan luar negara, speanjang pameran ini juga ada menyediakan booth untuk agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej murah untuk korang mengerjakan umrah. Haa. Mesti ramai jugak yang sedang cari pakej umrah sekarang ni. So boleh la korang singgah booth-booth yang berkenaan okay. 



Sekiranya korang tak dapat menghadirkan diri ke MATTA Fair pada kali ni, korang jangan la bersedih sebab terlepas promo-promo hebat yang ada sepanjang MATTA Fair ni berlangsung. Ingat lah, korang masih ada Traveloka yang menanti korang. Bukan setakat promo and deals bilik je yang Traveloka tawarkan, even cheap Singapore airlines promo pun ada kalau korang mencari airline nak ke Singapore atau ke negara-negara jiran.



Haa. Tak cukup dengan tu, tiket-tiket masuk untuk ke taman-taman tema terkemuka pun Traveloka ada bagi promo tau. Apa lagi yang korang nak? Airport transfer? Ada jugak la. Semua pun lengkap. Yang penting, korang dapat cari harga yang bersesuaian dengan bajet korang. Tapi kalau benda dah tengah murah daripada harga yang biasa, buat apa tunggu lagi? Boleh book terus. Hujung tahun tayah pening nak habiskan cuti ke mana kan.



Okay lah gais. Setakat ni je yang saya dapat kongsikan dulu dengan korang pasal MATTA Fair dan apa yang korang boleh expect dari pameran pelancongan yang bakal berlangsung tahun ni. Yang penting, persiapkan lah diri korang dengan soalan-soalan yang korang selama ni blur, nanti sampai sana, tanya sampai korang celar okay. Jumpa kat sana gais. Selamat bercuti.
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting