Thursday, June 26, 2008

With Love Ied @ May at 4:46 PM 0 comments Links to this post
Happy Cooking


Ever since I can cook again, it seems that I can't stop thinking about food. hahahaahh.... Lepas je masak dishes for today mesti dah plan nak masak apa pulak esok. Ikan masak taucu, tick. Ayam berlada, tick. Then tadi masak lala rebus. Best. Kuah dia pun boleh dihirup. Taste like soup. Plus it's healthy. Coz tak guna minyak... These are the ingredients


Lala (ikut suka)
1/4 Bawang putih
2 biji Bawang merah
Cili padi (ikut citarasa kepedasan sendiri)
2 batang serai
Garam secukup rasa
Air (ikut suka)
Daun sup (ikut suka)

Cara memasak

Mayang bawang merah dan daun sup. Titikkan bawang putih, cili padi, serai. Cuci lala sampai bersih. Masukkan lala, air, bahan2 yang telah dititik. Last skali masukkan bawang merah dan daun sup yg telah dimayang tadi. Masukkan garam secukup rasa. Walllaaaa....siap.

Senang je kan? Gambar akan di uploadkan kemudian. Esok nak masak Sambal Daging. Resepi ibunda ku tu.

Semalam pegi routine check up. Dah scan dah baby. How sweet. Anakku tgh golek2 macam tau2 je kitorg nak tgk dia. Lepas tu dia tidur. Boy ke girl tak tau lagi. Coz kecil lagi. Plus tulang pehanya panjang. Mesti dia tinggi nanti. Nampak mata dia, hidung dia, mulut dia, tangan dia. kaki dia, perut dia....Eeeiiiii...geram. Rasa nak mengalir airmata tapi malu kat doktor. So another 10 to 12 weeks nanti ada next scan. Hopefully dah boleh tau. Tapi x pe, boy ke girl. Rezeki. I already have a name if it's a girl. Boy pun ada, tapi x confirm lagi dgn daddy dia.

Masa tgh tunggu turn kat hospital tu, tetiba dapat lak msg dari hamba Allah ni. Dia tulis "hi awak watpe tu? bz ke" Aku call tak angkat. Aku reply tanya sape. Dia boleh balas "Saya peminat awak. Tgh keje ke?" Sorry ye... Msg2 mcm ni I terus forward to my husband. Malas nak layan. So kpd pemilik 016***8694, sorry ye. Gua bukan minah gedix yg bile dpt msg2 mcm tu terus2 nak excited. Kalau rasa nak berkawan, show yourself. My husband pun tak kisah. Tapi kalau ada agenda lain, I'm happily married women.

Monday, June 23, 2008

With Love Ied @ May at 11:43 PM 0 comments Links to this post
What's Cooking, doc?

Hari ini dalam sejarah. Wiiii.... Officially I can cook again! After 5 months of morning sickness. Tak tahan bau minyak masak dgn bawang. Kalau bau jiran menumis rasa mcm nak pegi je umah dia suruh berenti masak.

Disebabkan hari ni hari cuti kami, aku masak Kari Ayam dgn Sambal Udang. Sayur takde sebab dalam Curry itself aku dah letak kentang and so on. Yummy.... Walaupun abg alergik udang, tapi dia makan gaks. Dia cakap rindu kat saat-saat bini dia ni dok dapur memasak. Alamatnya makin sihat la dia. Owh....skarang ni dia kurus sket. Maybe sebab these past 5 months kitorg dok makan luar je kan. Lepas kawen aku sempat masak untuk dia 2 bulan je. Lepas tu aku masuk hospital sebab kena denggi berdarah for two weeks, bila dah keluar hospital terus loya - loya. Rezeki. Org kata ada hikmah disebalik masuk hospital. Hiihii....



Alhamdulillah. Sekarang ni pun rezeki anak dah melimpah - limpah. Tempahan tshirt kat kedai kitorg yang tak seberapa tu pun dah makin banyak. Boleh la beli stroller next month! Pastu beli playpen lak. Memang sekarang ni window shopping mesti persiapan nak menyambut kelahiran baby kitorang yang first ni. Mintak - mintak la doktor nak scan this coming appointment. Tak sabarrrr nak tau gender anak kitorg. Boleh shopping baju lak.

Owh...untuk raya kali ni kami ada jual kuih - kuih raya secara online

http://eda910.fotopages.com

So, kalau korang interested, boleh la place your order sekarang. Bukan apa, kita musti CARGAS. Walaupun raya lambat lagi, kena siap cepat. Kang kalau last minit terasa lak duit tu mengalir macam air.

Saturday, June 21, 2008

With Love Ied @ May at 4:25 PM 0 comments Links to this post
How I Met Your Father

Ni women version of How I met your Mother series....ahaksss... Tgh-tgh keje ni teringat pula masa memula kenal my husband.

We met 8 years ago masa belajar kat UTM Skudai. Same course. Same faculty. Lepas 2 tahun kat situ baru jumpa. Jodoh agaknya, even though kitorg satu kelas but hardly know each other. Thanx to our lecturer Pn Hazinah, tak ingat dia ajar kelas apa time tu, dia letakkan kitorg dlm satu group assignment. Masa 1st discussion kitorg still x kenal lagi. Sebab takde introduction pun. Terus bagi2 tugas je. Mengikut apa yg Abg cerita, after 1st meeting with the group, the next class tu, dia terus cari nama aku. Time tu Pn Hazinah ni suka check attendance dgn panggil sorg2 student tu lps tu baru dia bg kitorg sign attendance. Masa tu bila abg tau nama terus dia tulis nama dgn no IC aku dalam buku dia (kat dlm attendance tu ada tulis no IC sekali). But he doesn't have the nerve lg nak tegur.

Then masa tu ada pesta konvo. Ada juga terserempak dgn Abg tapi dia setakat senyum2 je la. Pastu terjumpa kat library pun dia senyum2 je. Ada juga dia tegur tapi dia just tanya " Ko satu group dgn aku kan?" Aku pun x ingat, aku jawab ye la kot. Kebetulan housemate Abg ada 1 lagi kelas dgn aku. Dia dapat no hp aku. Abg cakap lps dia dpt no hp aku, dia terus bagi dkt Abg. Start tu bermula la episode aku dpt msg2 nak berkenalan drpd abg. Byk juga la. Selalunya dia msg, "Hi. boleh kenal? - Edd". Tapi masa tu aku x layan sebab ingatkan kwn aku yg main2. Sebab tau aku baru beli handphone. Aku pun ada kwn nama Ed. Dah kenal lama dah pun. Takkan nak kenal lagi. Buang tebiat ke? Tu yg aku buat tak tau je.

Lps tu, kwn Abg yg 1 kelas aku ni dtg hostel sebab nak pulangkan notes. Oleh kerana aku tau dia ada no hp aku, aku tanya dia whether dia ada bagi no aku kat sesapa x? Dia ckp ada. Dia bagi dkt Edd. Aku tanya siapa dia sebab aku selalu dpt msg dari dia. Dia petik nama penuh Abg, Adry. Owh...aku tak kenal. Tapi takpe la. Lepas tu jumpa kwn abg tu, aku tak dpt dah msg2 dari Abg. Bila aku story kat Abg balik pasal ni, dia ckp kwn dia tu x ckp pun dia dtg jumpa aku. Oppsss...

Sampaila 3rd October 2000, hari yg takkan kulupa sebab birthday aku hari tu. Lepas kelas, masa aku tgh sibuk menyembang dgn kwn aku, Sue, tetiba ada org kt belakang panggil aku "Ida". Terkejut bekwok aku sebab dia berdiri close enough behind me. Pastu Abg hand me a small note, "Happy Birthday - Edd" and then dia tanya boleh tak dia call aku. Aku ckp boleh. He did called me. After that kitorg spent most of the time together, kat fakulti and on the phone je la.

Nak dijadikan cerita, weekend tu gak aku balik KL. Lagipun next week dah start study week. So tak ada kelas dan boleh balik KL lama sket. Disebabkan tak jumpa, hari2 la Abg call. 8 October 2000, Abg call. Masa tu aku kuar dgn kwn aku, Warda. Abg ckp balik nnt call dia, nnt dia call aku balik. Ada benda nak cakap. Balik tu, bila dia call balik. Mcm biasa je. Pastu dia bgtaula hajat dia, dia suka kat aku, dia nak jadi lebih dari kawan. Disebabkan aku seronok sembang dgn dia, hang out dgn dia, aku pun acceptla hajat dia.

9th October 2000. We officially went out as a couple.... Now we're married. Expecting a child this November. Can't wait. Abg ada bgtau yg on my birthday aku 8 years ago, masa dalam kelas, bila dia buka buku topik yg lecturer ajar, ada nama dgn no IC aku yg dia tulis dlm buku tu. Tu yg dia ada nerve sket nak tegur aku and wish happy birthday kat aku. Kebetulan? Naaaahhh....jodoh la tu....



*both of us in pink*


 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting