Wednesday, December 21, 2011

30.12.2011

With Love Ied @ May at 4:06 PM 1 comments Links to this post
takde niat pun nak menarik simpati orang. cuma saya perlukan tempat dan ruang untuk meluahkan saja. saya baru pulang dari klinik. UPT saya positif. tapi saya masih lagi bleeding. tadi buat scan. kantung ada. looks like it's one and a half month tapi ikut LMS saya yang saya beritahu dah 9 minggu. Doktor cakap, kita buat scan lagi sekali pada 30.12.2011 to see sama ada janin berkembang ataupun tidak. Sepatutnya ada dot dot dalam kantung itu tapi ikut scan dot dot tu tak ada. atau mungkin juga masih lagi tak nampak. hopefully LMS yang awak bagi tu tak tepat. 
Ya allah. Andai ini bahagianku. Aku redha.

Thursday, November 24, 2011

daddy's girl

With Love Ied @ May at 12:24 PM 0 comments Links to this post
cliche kan tajuk.
mostly tau yang i ada anak dara sorang.
oh. dia sekarang ni sangat manja dengan papa okay.
dalam kereta mau duduk depan sebelah papa.
pergi nursery mau aje didukung papa.
siap hulur tangan mintak tu..tu..tu.. katanya
kenapa i story mory pasal anak dara i ni pulak?



i tengah kemaruk nak gigit her lips.
comel tau.
especially bila dia buat muncung kecik dia tu.


p/s: i have to protect my tweets lately pasal i nak privacy talking about things around me. mostly untuk luahkan my sadness on something or to someone


Sunday, November 20, 2011

dumex dugro fruits & veg

With Love Ied @ May at 4:56 PM 1 comments Links to this post
my kids especially dak aryff memang tak makan sayur. kalau masuk sikit je pun sayur dalam mulut dia, muntah bagai nak rak. siap jolok mulut semata mata nak keluarkan sayur tersebut. so bila buka nuffnang tadi, i saw i dapat buffered earning untuk dumex dugro fruit & veg. I said o well why don't i just give it a try. 


so i klik 


hopefully sampai cepat dan i boleh try kat budak yang tak makan sayur ni.

u tak makan sayur pun mama sayang sangat kat awak!

some people just get lucky

With Love Ied @ May at 4:16 PM 0 comments Links to this post
and i know i'm not... sad

Thursday, November 17, 2011

MilkAdeal

With Love Ied @ May at 11:53 AM 0 comments Links to this post

RM22.90 instead of RM49.90 for Customized Printed T-shirt (1 pc) OR RM400 instead of RM998 for Bulk Purchase of 20 pcs at The Tshop, Ampang [UP TO 60% OFF]

Sunday, November 13, 2011

MilkAdeal

With Love Ied @ May at 12:24 PM 0 comments Links to this post

Friday, November 11, 2011

TRAGEDI 11.11.11

With Love Ied @ May at 10:44 PM 0 comments Links to this post
Dulu 10.10.10
Bas ekspress accicdent di Lebuhraya Plus berdekatan Simpang Ampat.
Ramai yang terkorban.
Tak ingat dah berapa orang.

Hari ni 11.11.11
Bas rombongan pelajar sekolah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dirempuh lori pasir di Lebuhraya Plus dekat Slim River
4 terbunuh.
5 cedera parah.

Dua-dua bas tersebut dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
Kebetulan kan?
Al fatihah untuk mereka yang telah pergi.

Tu kisah lain.

Hari ni pun dalam hidup saya punya tragedi juga.
Pada tarikh 11.11.11 ni.
Pen drive aku.
Yang menyimpan segala mak nenek mangkuk ayun assignment.
Hilang. Tak nampak bayang dah.
13.11.2011 tarikh akhir untuk submit.
Dikala sayaa menulis catatan ni.
Saya juga sedang memulun menyiapkan semula assignment.
Backup file?
Ada. Tapi ada dalam 50% je.
Paper yang dah siap jadi tak siap.
Haru juga. 

NASIB BAIK MAMA MASAK GULAI KAMBING FAVOURITE SAYA
TERUBAT JUGA GUNDAH GULANA HATI INI

ada tak yang nk belanja lamb khabsah? ni pun ubat hati lara saya


Thursday, November 10, 2011

Pushing Your Limit

With Love Ied @ May at 10:06 AM 0 comments Links to this post
Sedang pulun siapkan assignment. 
1 dah siap. 
1 20% lagi nak siap. 
1 lagi tak start apa pun. 
Ahad ni due date. 
Arghhh... Tolong saya.

Arghh...tolong saya

Sunday, October 30, 2011

Eh. Entry Melekat La

With Love Ied @ May at 11:23 AM 0 comments Links to this post
For new entry. do scroll down ye

Eh. Mari lah kita ramai-ramai meriahkan page I ni. Nak order boleh. Nak share pengalaman menggunakan Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen ni boleh, nak jadi distributor @ agen pun boleh. Kalau uols pilih untuk jadi agen, I akan listkan dalam page tu sekali tau. So grab this chance untuk buat extra income. Modal serendah RM 300 je. Uols boleh dapat 15 botol Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen! Ada dalam bentuk kapsul dan serbuk. Boleh campur-campur tau.

Nak petua? Ni ada satu dan ini lagi satu.



Eh. Jangan lupa LIKE tau. Kat widget kat tepi tu pun ada juga boleh LIKE

Thursday, October 20, 2011

Episode Hati Panas 2

With Love Ied @ May at 9:34 AM 0 comments Links to this post
"sebab tu lah nabi tak galakkan umatnya mkn gaji sbb kita akan menjadi hamba suruhan.. so kenalah cari peluang perniagaan.."

Ada orang tulis dam FB. 
Saya SETUJU sangat! 
Friendly reminder untuk mereka.

Tuesday, October 04, 2011

Episod Hati Panas

With Love Ied @ May at 4:15 PM 1 comments Links to this post
Gua diam tak bermakna gua tak bahagia
Ingat ye.

Sekian.

Monday, September 05, 2011

Post Raya Syndrome

With Love Ied @ May at 4:54 PM 4 comments Links to this post
Jennifer Hudson dah kurus wei. I ni bila lagi???

Waaa... I sangat jeles tgk gambar u ni jennifer ooii
Nak nak lepas raya ni. Tak sanggup you nak timbang berat badan. Belum raya pun I tak sanggup, inikan pula lepas raya.

Citer raya raya ni, so how's your raya. Mine , biasa biasa aje. Anak dah dua noks. Semua persiapan tertumpu kat diorang. Gambar raya pun takde. Teruk kan? Nama je isteri kepada fotografer, tapi satu haram gambar raya pun takde. Dia dah nak gantung kamera dah kot. Tapi kan I pun tak sanggup nak letak full body photo I untuk tatapan umum sekarang ni memandangkan confidence level I memang down sebab badan macam tong drum dah ni. Sungguh merapu ayat ini. Tapi I ada satu benda best. You scroll down kat p/s/s nanti tau.

Balik raya, nah amek kau. Suara I yang lemak manis disukai ramai dah takde. Hilang terus. Jangan harap la nak dengar ala ala serak serak basah ke apa ke. Kapussshh...suara takde ye. Tu yang rajin tetiba lepas raya nak tulis blog. Alasan tak hengat. Kurang berkata kata I la nampaknya dua tiga hari ni. Harus ke jumpa doktor? Tapi hari ni idak le. Malas nak menunggu. Confirm ramai orang. Banyak woo post raya punya penyakit ni. Adik I kata umur 23 pun masuk ICU koma sebab sugar level tinggi. Jadi sila jaga sugar intake anda ye.

Rasanya sebelum raya hari tu I tak sempat nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kat semua kan. Except yang dalam FB je la kan. Di kesempatan ni I nak ucapkan SALAM AIDILFITRI untuk semua. Salah & silap dalam blog ni, kita kira 0-0 la ye. Yang lain-lain tu kita kira halal je la ye.

p/s : jangan lupa beli Serbuk Manjakani Mekah/Aleppo 100% Tulen hanya dari sini ye http://www.facebook.com/manjakani.mekah

p/s/s : I tak mampu nak pakai undergarment yang sedang hangat di pasaran sekarang tapi I ada pakai satu lagi undergarment yang lebih kurang je fungsi dengan harga yang lebih rendah. Serious I kurang rasa lapar sejak pakai undergarment ni. Maybe sebab long bra dia tekan perut so kita bila kita makan sikit dia turun ke perut tu slowly kot dan penghadaman boleh berlaku naturally. hahah...Pandai - pandai je aku. Hopefully aku selim melim la pasni...

Friday, August 19, 2011

Dak Aryff

With Love Ied @ May at 4:10 PM 1 comments Links to this post
Dak Aryff dah pandai bahasakan dirinya Ajwad (Azhad)
Dak Aryff dah nak masuk 3 tahun
Dak Aryff dah pandai cakap
Dak Aryff dah pandai mengira 1,2,3...10
Dak Aryf dah pandai minta handphone untuk main game
Dak Aryff dah pandai cakap Sayang Mama
Dak Aryff dah pandai cakap Sayang Akma
Dak Aryff dah pandai Sayang Papa
Dak Aryff dah pandai pujuk orang
*
*
*
Dak Aryff dah pandai baca doa makan



p/s : rasanya orang yang bukan dalam friendlist saya tak dapat tengok video nih. sorry.

Monday, August 08, 2011

Ayu Jelita

With Love Ied @ May at 7:42 AM 1 comments Links to this post
Jika you pernah membaca post I New York Skin Solution uols pasti terbaca I juga pernah mendapatkan rawatan di Klinik Ayu Jelita. Lagipun nak raya ni mesti ramai yang nak kulit cantik kan. So ni I share pengalaman I buat treatment di Ayu Jelita.

It was year 2007. Sebelum majlis perkahwinan I ada dapatkan treatment untuk scar removal. Acne scars sebenarnya. Ada yang kecik-kecik. Ada satu tu besar punya. Parut jerawat hitam-hitam. Seriously ianya memalukan.

I pergi consult dengan DermaGenesis at first. Tapi way too expensive. So I pergi Klinik Ayu Jelita. At first as I walked in, staff memang friendly. I register then masuk bilik Doktor. I tak ingat nama Doktor tu. It was a lady doctor. Doktor diagnose my scars and bagi two suggestions; TCA Peel ataupun IPL. Tapi the problem dengan IPL, I perlu buat few sessions untuk remove the scars. It will cost me alot more money. hehe... Berbeza dengan TCA peel, RM 700 untuk sekali application dan I can achieve desire result. So I opt for TCA Peel. I buat appointment for the next day untuk buat procedure ni.

Keesokkannya I datang ke klinik dan terus ke bilik rawatan. Dalam bilik tu mata I ditutup supaya tak kena cecair tu. Maklumla. Chemical peel kan. Masa doktor apply TCA tu mula-mula rasa sejuk lepas tu ada rasa pedih. Tapi pedih yang boleh tahan la. Kat tempat yang macam scars yang degil tu dia extra titikkan TCA. Lepas habis treatment tu, Doktor advise jangan bagi kena direct sunlight. Meaning I have to use umbrellas during outdoor activities. I juga kena pakai sunblock at least SPF 60. After two weeks I kena datang balik Doktor tengok balik perkembangan new skins.

Balik tu my skins start peeling. Menggelupas teruk tapi jangan dikopek ye.  Dalam masa seminggu dah ok dah nampak cantik sangat kulit tu. Soft macam baby. Cerah sikit kulit I.Tapi ada satu du scars ni tak hilang lagi. Dan I kurang puas hati.

After two weeks I went to Ayu Jelita for my appointment. Looks like I'm loving my new skins except for that acne scars. Degil betul parut tu. Agaknya Doktor tu tengok I tak puas hati, she offfers me another treatment for free tapi hanya dekat scars yang belum hilang kesannya itu. See, for RM 700, I dapat 2 specialist treatments. hehe... Ok dah selesai proses macam biasa I kena datang balik untuk follow up.

Lepas seminggu all my acne scars pudar. Tak totally hilang. Tapi I puas hati. Parut hitam tu pudar almost my skin colour. Doktor kata suppose TCA Peel ni dibuat 6 bulan sekali or setahun sekali. Tapi I buat sekali tu je. Tak mampu nak lalui proses peeling itu lagi. So my skin tak maintain. Dah ada anak ni lagi la susah nak maintain. Tapi I guna  Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen tu twice a week dengan sabun Eumora daily. So ok la sikit. Parut jerawat pun susah nak lekat. Lagi satu i cuba untuk tak picit jerawat tu. Tapi kadang-kadang tu tak mampu nak melawan godaan, I picit juga.

Sedikit info mengenai TCA Peel di Ayu Jelita http://www.ayujelita-aesthetic.com.my/procedure02.php

p/s: Sepatutnya entry ni bergambar. I ada ambil gambar sebelum, semasa dan selepas treatment. Sayangnya gambar-gambar tu dalam laptop lama I.

Saturday, July 30, 2011

Mencari Ketenangan

With Love Ied @ May at 11:12 AM 2 comments Links to this post
Ya Allah Ya Tuhanku

Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan juga dugaanMu

Amin Ya Rabbil 'Alamin
 Saya manusia biasa. Pasti punya khilaf.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
 

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Tinggal Kesayanganku

With Love Ied @ May at 12:46 PM 5 comments Links to this post
Selasa, 28 Jun 2011

Sedang menonton CSI (s11), " tak bersedia rasanya nak kehilangan anak macam tu." I cakap pada my husband.

Rabu, 29 Jun 2011

Routine check up as usual. Husband dropped me at Hospital Ampang. Check BP, Weight and urine. Lepas tu nurse bagi talk mengenai Breastfeeding. Dalam kepala otak I nak jual S3 and grab Medela FS for my baby. One hour later the nurse called my name. Untuk ultrasound scan. Dr. Liew scan and show me the baby face, nose tapi... Doktor minta I tunggu untuk scan lagi sekali using the bigger ultrasound scanner. Masa tengah scan, Dr. Liew cakap,

"Perkembangan baby mengikut tarikh LMP tapi ada berita kurang baik di sini..."

I mula nervous. Airmata da tak boleh berhenti keluar.

"The baby tak ada denyutan nadi dan any fetus activity."

Allah. Gugur jantung mendengarnya. Tak tertahan sudah airmata. Mengalir macam air bah.

"Your husband ada datang sekali?" tanya Doktor

I geleng. "Tapi saya boleh call dia suruh datang"

"Ok. kita pergi ke bilik saya sementara tunggu your husband. You tenangkan fikiran"

I called my husband and break the news. Bagi yang melaluinya mesti dapat bayangkan macam mana. Airmata jangan cakap la tak berhenti-henti mengalir.


Half an hour later my husband sampai. Dr. Liew explained to us. The procedure. Consequence kalau I tak opt for the procedure secepat mungkin. Melihat I tak berhenti menangis, Doktor bagi a week untuk tenangkan fikiran sebelum admitted.


Rabu, 6 Julai 2011

Datang semula ke Hospital Ampang. Ready to be admitted. Dr. Komal did a final scan. Dan beritahu tiada apa-apa perkembangan. Seperti biasa, I tak berhenti menangis setiap kali tengok baby dalam monitor tu. Tak pernah sekali pun I berhenti mengharapkan keajaiban itu berlaku. Mana lah tahu kan. Mulut memang tak berhenti cakap "Aku Redha" tapi hati masih mengharap.

"Rasa macam dah bersedia tapi sebenarnya orang tak pernah bersedia nak kehilangan anak." I told my husband.


Khamis, 7 Julai 2011


7 a.m 

Ubat pertama dimasukkan. Setiap 3 jam. Ada rasa minor contraction. A minor one. Tak sakit sangat macam yang orang ceritakan kalau kena induce ni. Sebelum masukkan ubat yang ketiga, Doktor check VE, ada rasa baby dah kat pintu rahim. Tapi my baby still going strong. Masa nak masukkan ubat kelima, VE dah 2 cm dan ada show. Doktor advice jangan guna toilet bowl sebab baby boleh keluar anytime.


Jumaat, 8 Julai 2011


1 a.m

Air ketuban pecah. Tapi masih tak rasa apa-apa.

2 a.m

My baby keluar tiba-tiba! I dah bersalin! Panggil nurse. Nurse kata uri belum keluar. Darah beku je yang keluar walaupun I rasa ada benda keluar macam rasa baby keluar. Panggil doktor. Doktor terpaksa tarik uri keluar sebab dah 2 jam tunggu uri tak keluar2. Dah bagi injection pun I masih takde rasa sakit contraction. Terpaksa la doktor tarik. Lepas semua tu, I pergi clean up sementara nurse clean up my bed. Pergi scan, doktor kata maybe ada uri tertinggal. So kena la I melalui proses D&C.

As I lay on my bed, nurse datang nak bagi I tengok my baby. I tak sanggup nak tengok. Tapi I boleh nampak my baby so small, besar tapak tangan, I nampak tangan, kaki, kepala. Nurse minta my husband ambil baby di Bilik Mayat siang nanti.

And it's official. I've lost my baby at 16 weeks. My baby nak keluar di pagi Jumaat, dalam suasana yang cukup tenang.

9.30 a.m

My husband datang wad untuk ambil uri. Lepas tu meet up my parent kat lobi hospital dan tuntut our baby untuk dikebumikan. Abang cakap mereka terus ke tanah kubur dan tanam. Sebelum tanam, dia tengok baby for the last time. Alihkan sikit tali pusat, nampakla our baby tu boy. We named him Ahmad Azhad.


2 p.m

I ditolak ke OT untuk D&C. 10 mins later, dah selesai. Dalam 1 tablespoon uri dikeluarkan. I cannot moved for 6 hours. Pukul 5 my husband datang untuk suapkan makan sebab I cannot moved pastu I tengah starving sebab dah 18 jam tak makan. Sebelum deliver tak lalu nak makan. Lepas deliver tak boleh makan sebab nak kena D&C pula, I kena sambung dengan puasa.

9 p.m

I pun discharge. Thanks to the Doctors and Nurses yang membantu that morning. Thank you so much. My kesayangan ambil I dekat hospital. Rindu semua. Malam tu Aryff tidur peluk I all night. Akma pula "bergayut" dengan I je.

Hospital Ampang, Tingkat 6, Wad 6A, Bed 26. Dalam kenangan.

How am I feeling right now? I tengah berpantang without my baby. Sedih sangat. Tapi macam yang mereka cakap, I have to be strong for my husband,  Aryff Azhad and Akma Qaleesya. I redha dengan ujian ini. I tahu my husband sedaya upaya untuk menahan segala kesedihan. Untuk kami.

Sebelum Allah SWT meniupkan roh kepada anak itu, Dia bertanya samada dia bersedia untuk sekian, sekian dugaan hidup untuknya. Dia tak bersedia maka dia meminta Allah SWT untuk tidak dilahirkan ke dunia. Wallahualam.

Selamat tinggal kesayanganku. Al fatihah.

Friday, June 10, 2011

Sakit Yang Tak Pernah Serik

With Love Ied @ May at 3:05 PM 0 comments Links to this post
Sakit apa tuh? Sakit semasa melahirkan anak pada saya adalah sakit yang tak pernah kaum wanita ni serik. Teehee... Termasuklah saya. the 3rd one is on the way. Insyallah end of the year. 

ini bukan perut saya
 
Pengalaman the 3rd one ni ada sikit penat. Maklumlah dah ada dua hero dan heroin kecil kat rumah tu yang tengah super duper lasak. Panjat sana sini. Bungee jumping landing atas perut mama dia, sukan berkuda atas perut dan kalau boleh semua sukan mesti nak end up atas perut. Adoyai. Bertuah betul budak-budak ni. Anyways suami saya la yang paling happy bila saya bagitau saya berbadan dua lagi. Dia kata rezeki anak melimpah ruah. Yang ini memang saya tak dapat sangkal.

Morning sickness. Serious. Seriously teruk. Tu yang lama tak ngadap blog. Tak lalu. Tak lalu nak bermake up. Nak melawa. Nak dress up, Nak bercakap. Kalau boleh tak nak buat apa-apa. Tu yang suka sangat dengan lagu Bruno Mars sekarang ni.

Today I don't feel like doin anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like pincking up my phone
So leave a message a the tone
Cause today I don't feel like doing anything
Nothing at all

Memang hari-hari rasa nak baring je atas katil. Kalau boleh. Cubalah. Bila da ada dua orang askar kecil ni. hahaha....

Monday, April 25, 2011

Murtabak Singapore 1 Lapis. 2 Lapis. 3 Lapis

With Love Ied @ May at 3:56 PM 0 comments Links to this post
Moh kita citer pasal makan. 2 minggu lepas kami anak beranak ikut Mama dgn Papa pegi Bangi. Disebabkan budak kecik 2 orang tu belum breakfast, my mum suggest kami makan dekat Sri Bestari Bangi. Mama kata kedai ni famous dengan Murtabak Singapore berlapis-lapis. Dah berkali-kali juga diorang makan kat sini. Dulu my brother sekolah kat Sungai Merab. So setiap kali melawat budak tu, diorang akan makan kat sini. JJCM pun pernah datang kat sini.

Tapi kami order selapis je
Kalau order yang dua tiga lapis lagi besar tau. Jenuh nak makan. Saya tengok kat menu dia yang 3 lapis harga RM 18 la jugak seingat saya. Mama order Beriyani Kambing. Sedap. Dak Aryff makan roti canai. Dak Akma mamam Beriyani. Actually kitorang pegi Bangi sebab nak tengok kain kat Butik Toko Tanah Abang. Dah settle kat situ, nampak lak Tutti Fruitty. Frozen yougurt yang sangat yummie ok.

Tengok budak ni. Aiskrim takmo. Bekas mau. Nak main masak-masak katanya
Gambar kurang memuaskan sebab pakai kamera hp je.

Friday, April 22, 2011

Idea Zero

With Love Ied @ May at 12:04 PM 0 comments Links to this post
takde idea la nak tulis.
nak share pun takde
blank.
tapi nak bagitau sesuatu.
tapi tengah loya la sekarang ni.
loya tgk pc.
loya setiap masa.
tak sihat la.
nanti la ye.
muahxxx...

Friday, April 08, 2011

Nampak Tak?

With Love Ied @ May at 10:59 AM 0 comments Links to this post
Nampak tak kat tepi tu? Minyak Kelapa Dara Habbatus Sauda dari Bio Asli. Saya sedang gunakan produk ni. Sebagai MILK BOOSTER saya. Sebab dia ada Habbatus Sauda. Sangat menarik kan? Recommended sangat-sangat. Sedikit mengenai Minyak Kelapa Dara Habbatus Sauda' ni.
KELEBIHAN MINYAK KELAPA DARA (PURE) + HABBATUS SAUDA’

           Dari hasil Kajian Saintifik dan penyelidikan dibuat, menunjukkan gabungan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids,dan Minyak Habbatus sauda’ yang kaya dengan asid poli lemak tak tepu yang membantu mengeluarka prostaglandin E1 yang fungsinya berkait  rapat dengan perkara-perkara berikut, iaitu  memperkuat sistem imunasi, memperbaiki metabolisme gula, melindungi dinding perut, Blood Clots, penstabil fungsi otak, penstabil fungsi saraf dan penstabil fungsi jantung. Selain itu, ianya memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut :-

Kecantikan Luaran :
  • Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis, kurap, panau, bersisik, ruam/ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.
  • Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukkan berlebihan dengan meningkatkan metabolik.
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi serta mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kepada kulit anda.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelumumur.
 Kesihatan Dalaman :
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya).
  • Memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pankreas dan system-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga, melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tida mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.
  • Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
 Meningkatkan Daya Tahan Tubuh :

  • Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon.
  • Berfungsi sebagai antioksidan seta mengurangkan radang kronik.
  • Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan degan benign ”Prostatic Hyperplasia”  (pembesaran prostate).
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih.
  •  Membantu mencegah sakit Lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak0lemak yang lain.
Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat :
  •  Membunuh virus yang menyebabkan Mononucleosis, Influenza, Hepatitis C, cacar air dan Herpes.
  • Membunuh bacteria yang menyebabkan Pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, Meningitis dan Gonorrhea.
  • Membunuh kulat yang menyebabkan Cabdida, Jock Itch, kadas dan infeksi yang lain.
  • Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
Hubungan Suami Isteri :
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur, serta bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria, virus dan sakit kulit pada kemaluan (seperti keputhan).
Nota : Anda digalakkan mencuba menyapu seluruh badan suami & isteri dengan minyak ini sebelum/semasa perhubungan kelamin, bagi isteri disapukan pada bahagian dalaman isteri @ alat sulit suami supaya lebih sugar bugar. Insyallah anda akan menempuh satu pengalaman yang menakjubkan.

          Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan Habbatus sauda’ secara spesifik ke atas jenis-jenis sakit dan teleh dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.

Kepala
Dada
Perut
Pinggang-kaki
Sakit kepala, Sakit Telinga
Radang
Batu karang
Gout
Sakit gigi, Gusi Berdarah
Juandice
Batu hempedu
Keampuhan lelaki
Migraine
Batuk
Gastrik
Melancarkan peredaran haid
Kelemumur
Batuk kering
Ulser
Mencergaskan seksual
Kelumpuhan muka (facial palsy)
Bronkial asthma
Kardiak asthma
Merawat sisitem Penghadaman
Sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis
Amnesia
Paru-paru berair
Senggugut
 
Pengeluar kahak (expectorant)
Degupan jantung (palpitation)
Memusnah organisma dlm Hati,limpa & buah pinggang
Sakit tuan
(Premature ejaculation)
Mencerdaskan mental
Menambah susu ibu
Membunuh Parasit
Buasir (Haemorrhoids)
Selsema
Merawat sistem pernafasan
Chronic dysentry
 Lumpuh
Katarak
Cirrhosis of liver
Cirit birit
 Anti Kulat
Radang gusi
Memperbaiki kontur buah dada
Colic
Anti Bakteria, Anti Oksidan
 
CARA PENGGUNAAN  
 
v     Dewasa : 1 sudu besar     
         
v     Kanak2 : ½ sudu besar

v     Pagi & petang selepas makan atau untuk kegunaan luaran (disapukan pada kulit,rambut dll).
Jadi kalau anda berminat, boleh la klik2 kat sebelah tu. Sambil membeli anda juga boleh menjana income dengan bio asli sebab dia ada plan untu E-Commerce. Bagi website lagi. Siap shopping cart lagi. Murah je plan website tu RM 100 je. Boleh juga letak produk kita sendiri selain produk Bio Asli yang dah dimasukkan dalam website tu. Best kan?

Monday, April 04, 2011

kek Bantat tapi Gebu

With Love Ied @ May at 12:45 PM 0 comments Links to this post
Semalam buat kek.
Butter cake je
Jadi
Gebu
Tapi ketinggian tak cukup lak
Surf2 tgk sebab apa
Banyak sebab juga
Tapi sebab yang menyedapkan hati
Loyang besar sgt
Memang pun
Sebab pintu oven takleh tutup rapat lak tadi
Takpe
Nanti ai beli loyang baru yang kecik sket
Pastu kita cuba lagi
Dan lagi 
Sampai berjaya
hahahaha...

Hate story

With Love Ied @ May at 8:53 AM 0 comments Links to this post
Saya naik menyampah tengok satu iklan ni.
Please la.
Jelik sungguh tengok iklan tu.
Sebab apa?
Saya pernah rasa sendiri susu tu.
Semalam.
Masa you all promo kat satu pasaraya ni.
Sama manis dengan susu yang lain.
Grow Up Formula Milk Tanpa Gula Tambahan?
What the heck???
Saya tak suka promo FM sangat.
Sebab saya sangat nak galakkan ibu-ibu menyusukan anak dengan susu ibu.
Tapi saya tahu, tak semua ibu bernasib baik.
Tapi kita kena la cuba sebelum menyerah kalah kan.
As for that particular iklan
Tolong la
Saya jelik dengan strategi anda
Tak semua anak yang sesuai dgn susu yang dikeluarkan
Lain budak lain citarasa
Bila anda condemn susu yang lain
Memang tak patut la
Kata kita para ibu bagi anak gula melebihi 13 sudu sehari
Macam kita ni nak merosakkan anak lak
By the way
FM@GUM masih lagi susu lembu.
Sekian.

Friday, March 18, 2011

Citer MLM : Good Luck With Your Future Life

With Love Ied @ May at 11:37 AM 2 comments Links to this post
Haha... ni la SMS yang ku dapat semalam when I break the news to one MLM Leader ok. Citer dia gini. Aku follow 1 blog ni. Blog kawan2 juga la ni. Dia buat satu business MLM ni. Kira gempak la beb makan commission puluh-puluh ribu. Aku ni macam excited la jugak. Contact la dia ni. Nak tau la apa bisnes kan. Well, aku ni kan business minded. Pantang nampak peluang beb. So, I met her at a restaurant. First time jumpa it turns out bad sebab ku kena gastrik attack. So this person baik hati send me back home. Tak sempat la nak citer about MLM tu. Masa tu aku fikir, I owe her. I should return her a favor. So we set another meeting. Dapat la aku dengar citer MLM itu.

Biasa la. Nama pun MLM kan. Style pangkat2 ni kan. Member ni soh aku buat loan utk "beli" pangkat yang first ni. Guess what? RM 21k tu! She made it look so easy. Serious. Tu yang terpangaruh tu. Tapi bab buat loan ni. Alamak. Payah la aku. Sebab da selalu sms aku tanya khabar and perkembangan loan and so on, so semalam aku sms dia. 

"Congrats masuk ** hari ni. Loan I x approve. Maybe bukan rezeki I."

Dia replied,

"OK. Good luck with your future life."

I was like, WHAT? That's it ke? Da takde jalan lain ke nak berjaya dlm MLM tu selain dari buat loan? Then I laugh. So betul la apa yang aku baca selama ni. 

To "this" MLM tak payah la nak menegakkan benang yang basah bila ada yang mengutuk your business k.

And it end up I'm losing another friend. What a day....

notagigitkuku : ce teka MLM mana?

Wednesday, March 09, 2011

Lagi Tips Manjakani

With Love Ied @ May at 10:02 AM 0 comments Links to this post
OK. Saya selalu dapat macam-macam feedback tentang manjakani yang saya jual ni. So adalah seorang hamba Allah ni call saya. Minta maaf lah saya terpaksa share kan sikit conversation ni kat sini supaya kita perempuan boleh dapat serba sikit maklumat tentang penjagaan wanita ni.

Ok. Cerita dia macam ni. Saya assume akak ni ada masalah keputihan tahap serius. Dia pernah guna satu produk untuk mengetatkan faraj dan untuk memulihkan keputihan. What happen is, lepas pakai produk tu, masalah keputihan dia jadi semakin serius. Bertukar ke warna coklat dan berbau. Dia tanya saya, sama ada Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen yang saya jual ni boleh bantu tak untuk pulihkan masalah dia tu.

Oh ok. This is where I suggest akak tu untuk pergi consult dengan doktor. Sebab masalah dia tu bukan biasa lagi dah. Dah dijangkiti kuman. Maka ubat duniawi yang terbaik adalah dari DOKTOR ye. Doktor akan bagi antibiotik dan ubat insert untuk masalah ni. Akak tu siap tanya doktor mana yang patut dia jumpa. Ok la, saya suggest satu klinik ni sebab 8 pagi sampai 5 petang confirm doktor perempuan yang tengah in charge. Dan saya cakap kat akak ni, akak hanya boleh pakai Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen hanya selepas masalah keputihan akak tu pulih tapi cara penggunaan yang berlainan. Selalunya saya suggest supaya Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dimakan dan kalau untuk luaran pula, SELEPAS mandi, basahkan jari telunjuk, celupkan ke dalam bekas yang berisi Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen kemudian sapu pada bibir faraj sahaja. Jangan sapu kat dalam ye. Ni pun CUSTOMER saya bagitau. Dia kata sama mujarab dengan gentel then masukkan tu.

Apa kaitannya masalah di atas dengan Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen? Ok. Saya ada bagi petuakan untuk merapatkan di mana kita bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan sedikit air. Gentelkan agar menjadi bulat kecil. Masukkan ke dalam saluran faraj kan. Ok sebelum buat proses ni, MAKE SURE tangan kita bersih ye. Saya nak tukar sikit la kalau anda was was nak masukkan bendasing ke dalam faraj, satu lagi cara yang CUSTOMER saya bagi sama maca yang saya cakap tadi lah, iaitu, SELEPAS mandi, basahkan jari telunjuk, celupkan ke dalam bekas yang berisi Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen kemudian sapu pada bibir faraj sahaja.

 Dan bila anda ada masalah keputihan, SETIAP kali lepas cuci, LAP sehingga kering. Tukar panty liner 3-4 jam sekali. Jangan biarkan panty or panty liner anda lembab. Semua orang perempuan perlu tau keadaan yang lembab akan menyebabkan bakteria or kuman tu boleh berkembang dengan jayanya.

Ok la. Itu la serba sedikit nasihat saya mengenai penjagaan wanita. Sorry la banyak istilah2 faraj, gentel blablabla... Kena bagitau direct supaya kita semua faham. Ok. Daaa.....

Sunday, February 27, 2011

Finally. It's Over

With Love Ied @ May at 12:58 AM 0 comments Links to this post
Induksi dah berakhir semalam. Malam tu juga saya angkut segala khazanah yang dah saya cipta di Agrotek Garden Resort Hulu Langat. Best. Tapi penat. Sumpah penat. Seronok dapat make new friends from all over Malaysia. Adik room mate yang comel. Will miss them so much. Kawan-kawan yang boleh back up saya dari first day sampai la last day. Jasamu akan ku kenang la.

Sumpah. Tempat tu sangatla cantik. Makanan dia sangatla sedap. Staff yang sangatla peramah. 

Tapi ada juga la few episodes yang tak berapa nak best. Macam kena denggi dan terpaksa confront dengan few people yang saya tak tau la apa yang diorang cuba buktikan.  Saya sakit pun orang tak puas hati tu.

Sumpah. Saya tak kacau orang jadi saya tak tau kenapa orang-orang itu kacau hidup saya. Kan dah kena sedas dua dari saya. Tapi saya tak mahu dia dia tu malu. Saya tegur cara diplomasi. Saya tanya.

" Ada masalah ke dengan saya? Kalau ada cuba bagitahu..." Pucat lesi tak berdarah muka dia. Mungkin terkejut. 

" Awak nampak kan. Tak semua orang kita boleh percaya. Satu benda yang awak umpat pasal saya. Sampai juga ke telinga saya. Siap dengan nama si pengumpat tu lagi". Bertambah pucat muka si dia. 

" Saya tak kisah persepsi orang lain. Sebab saya takkan jumpa mereka-mereka ni lagi. Tapi percaya lah. Saya pasti berjumpa dengan awak. Dan awak pasti berjumpa dengan saya lagi. Tak seronok kan".

" Kalau saya menyusahkan awak, saya minta maaf. Saya tak fikir saya menyusahkan hidup awak sampai awak perlu menyebarkan cerita pasal saya". 

" Apa yang awak dapat dengan menjatuhkan maruah saya? Fame?"

" Awak ingat saya buat-buat sakit untuk tarik perhatian? Saya tak ingin pun orang beri perhatian kat saya." 

Susah kan. Saya sakit pun ada orang tak puas hati. Kelakar lak. Macam budak-budak. 

Nanti saya share gambar-gambar sekitar kursus ye. Penat tak habis lagi ni. Satu hari abeskan masa dengan tido. Tak pergi kelas saya hari ni. Demam pun belum ok lagi ni. Lepas last check dekat klinik hari tu, doktor suruh refer ke Hospital Ampang. Saya tak pergi. Takut kena warded. Macam 4 years back. Sebab denggi la juga dulu. It's official la 2 kali dah ni kena denggi. Korang jaga kesihatan ye. Bunuh la nyamuk aedes durjna tu. Bahaya wooo denggi tu.

Nota kaki : Jangan cari pasal dengan saya or you'll be hearing, " Awak ada masalah ke dengan saya?"

Monday, February 14, 2011

Kurus Boleh. Kursus Tak Boleh Laaa...

With Love Ied @ May at 7:53 AM 0 comments Links to this post
Hari ni kena pergi kursus. In less than few hours je lagi. Mencikk. Bak kata hardcore forumers. Serius tak suka kursus. Sebab apa? Kursus ni 2 minggu tau! Patutnya kena dok kat tempat kursus tu. Tapi sebab hampir dekat dgn rumah, ai nak balik! Walaupun you tak kasik balik! Ai rela keluar rumah pukul 6 pagi hari-hari rather than tinggalkan anak-anak dan suami ai tunggang langgang kat rumah. Apa la. Nak confirm pun kena kursus. You tau tak ni membazir. You boleh jimat beribu-ribu lemon dari buat kursus ni. Buat la menara 100 tingkat tu ai tak kesah tapi ai tanak pegi kursus ni.

Mode menghilangkan diri utk 2 minggu suda on!

Monday, January 31, 2011

Petua yg melibatkan cik manjakani

With Love Ied @ May at 4:11 PM 2 comments Links to this post
 *STICKY MODE ENTRY*

Amalan meminum bancuhan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan madu juga dapat membantu untuk awet muda, perapat dan juga rawatan payudara. Sangat sesuai untuk mereka yang baru bersalin. Untuk kecutkan rahim, merawat luka-luka dalam.

Untuk yang belom kawen tu, boleh juga kalau nak gunakan manjakani ni. Cuma kalau yang da kawen tu 3 kali seminggu tapi utk yang belum tu mungkin sekali seminggu, sekali 2 minggu. Selebihnya guna sebagai mask dan pencuci. Sebab apa tau. Manjakani ni juga boleh merawat senggugut.

Kalau yang lepas makan tu rasa macam pening-pening kepala sikit kan. Mungkin anda tak biasa makan-makan jamu ni. Anda boleh lah berenti amalan meminum bancuhan manjakani ni. Instead of minum @ makan, boleh guna untuk luaran macam yang kat bawah ni haaa

Awet Muda (ramai org suke ni) & kulit berjerawat (insyallah jadi punye)

Bancuh satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dgn air. Sapukan ke muka. Biarkan kering. Pakai macam bedak sejuk. Basuh sambil scrub kan sikit muka. Boleh juga memudarkan parut-parut jerawat, badan,ketiak dan celah kelangkang. Untuk menghilangkan daki-daki dan kesan-kesan gelap. Untuk jerawat serius, amalkan selama seminggu. Insyallah. Customer banyak bagi feedback yang bagus tentang manjakani untuk jerawat

gambar ihsan Google

Untuk kulit berjeragat

Bancuh satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan parutan timun. Masukkan sedikit air. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Basuh sambil scrubkan sikit muka.

gambar ihsan Google

Untuk kulit sensitif

Bancuhkan satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan parutan tomato. Sedikit air. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Basuh sambil scrubkan muka tu sikit.

 gambar ihsan Google

Untuk bayi demam

Bancuhkan satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan air mandian bayi. Mandikan bayi dengan air tersebut. Basahkan sekali kepala bayi. Bilas.


Untuk merawat luka

Bancuh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan air. Sapukan pada luka. Biarkan kering. Cuci perlaha-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga sembuh.

Untuk perapat (UNTUK YANG DA KAWEN JE TAU)

1. Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan sedikit air. Gentelkan agar menjadi bulat kecil. Masukkan ke dalam saluran faraj. Bahan ini akan keluar dengan sendiri ketika membuang air. Jika hendak bersama suami pada malamnya, buatlah pada siang hari.

2. Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan sedikit air. Sapukan di pintu faraj.

Untuk Pencuci

Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan segayung air. Kacau hingga sebati dan gunakan sebagai pencuci.

Untuk rawatan mulut

Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan sedikit air. Kumur. Tapi kita mana tahan tahap kepahitan manjakani ni kan. Saya suggest minum je terus. Campur dengan madu. Selain dapat khasiat manjakani, dapat juga khasiat madu. Menambahkan tenaga!


 Saya rasa takat ni dulu la. Ada juga few petua-petua ni datang dari my beloved customer yang sangat la CREATIVE membuat percubaan-percubaan berani. Sangat bagus. Luv ya. Sebab lepas tu saya dapat feedback on how to use this product. Boleh juga dikongsi-kongsi dengan orang lain.

Ok. Macam mana nak dapat benda ni? Korang klik-klik link ni


Ada serbuk je ke?

Of course ada kapsul skali

Tak effect ke utk mommies yang breastfeeding?

Saya pun bf anak juga. So far so good. Kalau ada nampak kesan pada baby, why not guna utk luaran saja

Wednesday, January 26, 2011

Budak comel bila kena makeover jadi semakin comel

With Love Ied @ May at 2:12 PM 0 comments Links to this post
Satu hari di kedai makan

Suami : Kita potong je la rambut diorg ni. Jadi macam budak tak terurus lak dengan rambut macam ni. 
Isteri : Takmo la. Nanti da tak comel. Org nak rambut akma panjang
Suami : Ala. Nanti panjang la balik.
Isteri : Ermmmm...

Sessi melantak masih lagi diteruskan...
 
Isteri : Jom la. Bawak diorg potong rambut. Tapi org nak buat rambut akma gini, gini, gini...
Suami : Aryff lak no. 4


So, off they went to kedaiamoicantekpotongrambut. Hasilnya?



p/s : i left my hp at home today. so segala urusan mok nenek sume ditangguh pada esok hari. ingatkan nak blk jap amek hp td tapi x jadi pulak. otw jln2 pegi bank ai terpikir
kalau ai buat contest hadiah dia serbuk manjakani aleppo/mekah ni, agak2 ada org nak join tak?

Tuesday, January 18, 2011

Pointing fingers macam pointing mouse

With Love Ied @ May at 12:51 PM 0 comments Links to this post
Tajuk yang takde kena mengena dgn isi. Tiba-tiba je ni teringat waktu dulu-dulu. Zaman comot selekah tak ingat dulu. Saya dulu bukan la stok-stok budak-budak glamer dulu. Sekadar biasa-biasa je. Badan pun boleh dikategorikan besar. Selalu kena bahan dengan kawan. Nak-nak dulu sekolah all girls school. Org selalu cakap kat saya,
"Kalau aku jadi ko, aku exercise dah."
"Ko tanak exercise ke?"
"Badan ko besar la"
Ada beberapa lagi ayat yang mancongkam hati & perasaan saya yang tak berapa nak ingat dah. Naik form 4 saya masuk sekolah asrama. Bagaikan dipam-pam badan masa tu. Maklumla antara sekolah makan sedap. Supper makan mihum tom yam tu. Ada ke sekolah lain macam tu. Lepas tu rajin lak pegi dewan makan. Kafe lagi. Haish... nafsu makan memang kategori dahsyat la masa tu. Kawan-kawan pula ada yang badan sedap-sedap juga. Lagi jadi bahan.

"Dah la badan besar, jalan macam gangster lak tu"
"Kalau aku jadi ko, aku dah diet dah."
"Dia ingat dia badan besar, kita takut." Ni ayat satu senior tak boleh blah. Ada ke aku suruh korang takut? Takut kat Allah SWT la wei.
Abes SPM saya join satu program ni. Budak-budak masa tu. Mulut takde insurans. Kalau ada pun tak cover punya la.
"Tak patah ke katil ko tido tu."
"Badan ko ni besar sangat la."
"Gemuk." Yang ni paling direct. Kan senang cakap GEMUK.
 Pastu masuk U kurang sikit la bergaul dengan "budak-budak" dan masa ni la da pandai nak bergaya-gaya,diet-diet sket. Tapi bukan la diet pun. Duduk jauh dari family. Lepas tu makan minum semua tanggung sendiri. Kalau ada duit lebih sikit, dapat la makan sedap. Kalau tak, makan nasi berlaukkan sayur goreng je. Sumpah masa tu nasi dengan sayur RM 1.50 je. Kadan-kadang abang mata kuyu kira nasik tu baik dapat RM 1.00. Murah kan. KFC, Mc D dan segala fast food lain, memang susah la nak makan kecuali bila JPA/PTPTN da masuk. Setakat lalu dan cium bau je. Jadinya, bila dah makan sayur je hari-hari,confirm la slim beb. Gila. Berat saya masa tu turun dari 79 kg jadi 49 kg tuuuu... Best kan. Tengah remaja ditambah dengan metabolism yang tinggi, senang sket la nak turunkan berat badan.

Sekarang ni anak dah 2. Takde maknanya da bawah 50kg. 50 kg ke atas je dah ni. Payah betul la nak turun skrg. Nak-nak dah keje. Duit ada. Makan asyik nak sodap je. Sehari beberapa kali juga la makan. Ditambah pula dengan metabolism yang rendah dah ni. Alasan saya nak makan banyak kali ni, sebab saya menyusukan anak. ALASAN...

Tapi yang bestnya, part yang agak jahat terjumpa la balik dgn kawan-kawan lama, tak kira la kot celah mana pun jumpa, mereka-mereka yang suatu ketika dulu mengejek bentuk badan saya, da dapat bentuk badan macam saya dulu-dulu. Paham sendiri je la ye. Penah dengar tak, WHAT GOES AROUND, COMES AROUND. Diorang mungkin tak ingat la those things yang diorg penah buat or cakap. Tapi as a girl who went thru all this, sesetengah perkara, MAKAN DALAM juga la...

Friday, January 07, 2011

Cari jodoh

With Love Ied @ May at 10:20 AM 0 comments Links to this post



Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Haishh... sape kata tak laku. Semua orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Antara cepat atau tak, jumpa dengan tak je ni. Oleh itu marilah kita sama-sama memeriahkan Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Ampang Point bermula 7 - 9 Januari 2011. 

Lepas tu datang cari REDHUT STUDIO ok. Ada specials. Banyak lak tu. Beribu-ribu lemon. Sedap sehingga menjilat jari wooo diorg punya promotion 

INFO TAMBAHAN

Selain itu kepada mereka-mereka yang sign up dengan pakej-pakej REDHUT STUDIO akan turut menyumbang pada kerja-kerja amal. Terkini sumbangan akan diberikan kepada Taska Baitul Amal (TBA) terletak di Chow Kit.

Mereka kini sangat memerlukan pakaian terpakai kanak-kanak (umur 4 tahun ke bawah), lampin bersaiz XL dan M dan susu Dutch Lady Langkah 1, Langkah 2 dan Langkah 1,2,3.  Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, sila berhubung dengan wakil We Heart All iaitu Diyana Rahman melalui dyanarahman@gmail.com atau info@weheartall.org
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting