Friday, October 30, 2009

Bahagianye...

With Love Ied @ May at 5:54 PM 3 comments Links to this post
Bahagianya rasa kalau

  • Hari-hari boleh berblog
  • Boleh pegi manjakan diri sendiri
  • Ada org spoil kita with love and gifts
  • Boleh SHOPPING hari-hari
  • Friends to share ups and downs
  • Duit berpuluh2 ribu masuk akaun setiap bulan...muahahaha...

Tapi lebih bahagia kalau

  • Dirahmati Allah S.W.T
  • Ada tujuan hidup
  • Dikelilingi org yang menyayangi kita tanpa syarat
Apa yang membahagiakan kita? Hanya diri kita saje yang boleh menjawab soalan cepu emas tu. Sebab kadang2 apa yang kita nampak pada zahirnya tak seindah yang disangkakan.

Thursday, October 22, 2009

Saya Sangat Lapar Tapi...

With Love Ied @ May at 4:22 PM 0 comments Links to this post
Saya sangat lapar tapi saya tak nak makan apa. Perut saya dah mula menyanyi lagu keroncong. Ni sume gara-gara saya suka googled pasal masakan. Asyik pikir nak masak apa malam ni. Saya sudahpun melantak McD semalam

image by google

Saya juga sudahpun masak begedil daging idaman saya tuh. First time masak tu dan sangat bangga begedil itu menjadi. 3 biji kentang boleh makan untuk 3 hari berturut2. Saya tak buat berempah sangat supa anak saya boleh makan masakan saya.

image by google

Saya tak scan2 lagi iklan yang saya keluarkan dalam Harian Metro minggu lepas. Saya malas nak pasang kabel scanner di kedai saya ni. Jadi saya keluarkan la apa yang saya iklankan dalam bentuk jpeg. Lebih kurang je dalam paper tuh. Pada sesapa yang terlepas, ni la dia


Nampak ke tulisan2 kat gambar tu? Kalau tak nampak, kepada mereka2 yang hendak membeli tshirt round neck cotton dan kolar tshirt lacoste dengan harga borong, boleh la datang ke kedai saya di G 35, Galaxy Ampang Shopping Centre Taman Dagang Ampang. Dibuka Isnin hingga Jumaat. Requirement : Sila bawa business card anda untuk tujuan rekod. Digalakkan mereka yang membuat bisnes printing tshirt. Tak ada minimum kuantiti. Tak ada diskaun sebab harga memang harga borong aka harga dealer aka harga agen. So please jangan tanya boleh kurang ke tak kalau amek banyak mana pun. Sebab saya selalu dapat SMS tanya soalan ni. Dan banyak jugak walk in yang tanya macam ni. Kalau anda sume biasa dengan oren, qm dsbnya mesti korang pun tau harga diorg mcm mana kan... Sekarang ni, ini la harga saya. Tshirt ni KOSONG shj. Takde printing tau. Dan kami pun ada servis printing tshirt ni. Kalau nak, datang kedai bawak design supaya kami boleh evaluate. OK?

Harga
T-SHIRT Round Neck RM 6.00
T-SHIRT Berkolar RM 10.00


No Telefon
019 288 7179
019 288 7041

Tuesday, October 20, 2009

Masuk Keluar... Wad la

With Love Ied @ May at 2:58 PM 3 comments Links to this post
Minggu lepas haru biru sket. Aku baru je keluar wad. Kenapa?

BP rendah + Pulse tinggi + Tiroid problem < Human Error = HOSPITALIZED

Paham ke korang equation yang aku bagi nih?

Sebenarnye aku gi ANC for the first time plus utk booking for labour kat HKL nanti. Aku mmg kena beranak kat sana sebab aku memang ada tiroid condition and every month aku mmg check up kat PC HKL. So bila preggy PC akan refer aku O&G so that O&G refer aku ke Combined Clininc every Wednesday. Combine Clinic akan ada doktor ante natal dgn endokrine dalam satu bilik utk check ibu2 yang ada masalah tiroid masa pregnancy.

Nak dijadikan cerita ceriti, first time la aku gi O&G for my 2nd pregnancy. Aku mmg dh tau procedure sume dah. Masa staff nurse check BP aku, mende yg gelembung2 yg diorg balut kat tangan tu terbukak. Aku bg tau la nurse, diorg wat la balik semula. Nak dijadikan kes, mende terbukak jugak tapi depa wat tak tau pasal masa tu ramai lak ibu2 nak check BP mcm kelam kabut sket misi tu. Aku ni lak igtkan xde pape, proceed je la to the next step.

Tunggu turn punye la dgn hati girang sebab iklan kedai kami dah kuar paper (takdan nak scan lagi laaa...) dan dapat byk enquiries lak tuh. Hati sape tak sonok kan??? Bila masuk bilik, dgn bilik kecik pastu mcm serabut doktor dgn staff nurse tuh. Diorg lalu lalang kat bilik yg kecik sang doktor ni check la PULSE. Korg tau dia dpt baper reading aku???? 160!!!!! Bapak tinggi! Trus di ckp kene masuk wad. Aku cakap aku takmo masuk. Aku suruh dia amek balik pulse aku. Dia lak tanak! Dia ingat DOKTOR TAK PENAH BUAT SALAH KE? Yang bestnye dia cakap kat aku ape tau, "Kalau tanak masuk wad kenapa datang hospital!" Bangang tak? Sebenarnya macam2 diorg cakap dgn intention nak takut2kan aku. Malas nak tulis sini sebab sakit hati lak aku nanti. Ni 2nd pregnancy aku dan aku dah tau procedure dia. Nak tanak aku kene ikut mcm 1st pregnancy aku dulu. Kalo aku leh choose hospital mana aku nak memang aku pegi tempat lain.

So aku masuk la wad dgn hati yg x tenang. Cakap banyak pun malas. Doktor kat wad pun bengang. Sepatutnye aku ni dihantar ke Combined Clinic bukannye ke wad. Surat sume dah ada. Tapi sebab doktor pemalas katanye, kena la aku ditahan ke wad. Bila dah masuk wad susah la nak kuar. Pung, pang, pung, pang... Aku merayu, plus jadi patient yang sedikit rude, esoknye aku kuar. pukul 12 lbh tgh2 malam tu aku insist nak kuar gak. Atas risiko sendiri.

Elok pun aku wat macam tuh. Elok2 aku balik, aku tgk Aryff dah start batuk2. Lepas tu demam. Hari ni dah kena sedut nebulizer dah...

Semuanye gara2 ko, Dr. M. Sivamuralitharan kat O&G Clinic HBKL dengan sorg lagi MO pompuan tgk muka mmg aku ingat la ko. Korang ingat korang doktor, korang tak blh buat salah, takleh salah diagnose. Sebabkan kecuaian korg, aku jadi mangsa. Anak aku jadi mangsa. Menangis sampai demam2 dan hampir kena asma.

Reaksi Aryff masa memula nampak aku, dia mcm tak percaya. Terus peluk je aku. Kat Papa dia pun tanak. Dia demam sebab rindu kot aku.

Nak tanak aku masih kena pegi check up kat HKL. Tapi bukan kat O&G sebaliknya Combined Clinic. Aku harap aku tak jumpe diorg2 ni lagi lps ni.

Sabtu baru ni lak biras aku lak keguguran. Takde rezeki. Takpe la. Boleh cuba lagi. Sedih memang sedih. Tapi sume tu keje Tuhan kan...

Sunday, October 11, 2009

Bila 24 Jam Dah x Cukup...

With Love Ied @ May at 3:59 PM 2 comments Links to this post

Sangat lama tak update blog. Ni la jadinye kalau 24 jam tu dah x cukup. Tugas sebagai coolie utk diri sendiri, isteri dan ibu rasa macam dah x terbuat dah... Oh ya... kedai kami di Galaxy Ampang telahpun dibuka semula. Isnin ni insyallah iklan pertama kami kami akan keluar di akhbar.

Aryff dah semakin lasak nyahhh... Penat gak layan dia. Perutku dah semakin membuncit. Jalanku dah x selaju dulu. Lenguh kaki.

Jumaat lepas mungkin holiday terakhirku untuk tahun ni. Takde la pegi jauh sgt. Melaka je. Ahad cik Abg ku keje. So 1 malam je la holiday. Sempena anniversary kami. Happy 9th anniversary to encik hasben and I pada 9 Oktober lalu. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Semoga bisnes kita berjaya. Semoga apa yang kita usahakan membuahkan kejayaan dan halal. Semoga anak2 kita menjadi anak yang baik, soleh dan solehah, berjaya.

Oh ya... Happy Birthday to me too... Thank you kpd mereka yg bagi well wishes. Yang telefon sebelum tgh mlm dan tepat 12.00 malam. Yang anta birthday SMS. TQVM. Tq juga hadiah dan kad "paddayappa" dari hasben terchenta. Akan aku cube jadi yang terbaek punya dari setiap segi kehidupan.

Nendaku di Singapore kini terlantar di hospital. Semoga kesihatan beliau semakin baik. Cuma aku dgn Aryff je yang xde passport lagi. Kalau ada kelapangan dan umur yang panjang, insyallah kami akan datang melawat.


 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting