Saturday, July 30, 2011

Mencari Ketenangan

With Love Ied @ May at 11:12 AM 2 comments
Ya Allah Ya Tuhanku

Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan juga dugaanMu

Amin Ya Rabbil 'Alamin
 Saya manusia biasa. Pasti punya khilaf.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
 

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Tinggal Kesayanganku

With Love Ied @ May at 12:46 PM 5 comments
Selasa, 28 Jun 2011

Sedang menonton CSI (s11), " tak bersedia rasanya nak kehilangan anak macam tu." I cakap pada my husband.

Rabu, 29 Jun 2011

Routine check up as usual. Husband dropped me at Hospital Ampang. Check BP, Weight and urine. Lepas tu nurse bagi talk mengenai Breastfeeding. Dalam kepala otak I nak jual S3 and grab Medela FS for my baby. One hour later the nurse called my name. Untuk ultrasound scan. Dr. Liew scan and show me the baby face, nose tapi... Doktor minta I tunggu untuk scan lagi sekali using the bigger ultrasound scanner. Masa tengah scan, Dr. Liew cakap,

"Perkembangan baby mengikut tarikh LMP tapi ada berita kurang baik di sini..."

I mula nervous. Airmata da tak boleh berhenti keluar.

"The baby tak ada denyutan nadi dan any fetus activity."

Allah. Gugur jantung mendengarnya. Tak tertahan sudah airmata. Mengalir macam air bah.

"Your husband ada datang sekali?" tanya Doktor

I geleng. "Tapi saya boleh call dia suruh datang"

"Ok. kita pergi ke bilik saya sementara tunggu your husband. You tenangkan fikiran"

I called my husband and break the news. Bagi yang melaluinya mesti dapat bayangkan macam mana. Airmata jangan cakap la tak berhenti-henti mengalir.


Half an hour later my husband sampai. Dr. Liew explained to us. The procedure. Consequence kalau I tak opt for the procedure secepat mungkin. Melihat I tak berhenti menangis, Doktor bagi a week untuk tenangkan fikiran sebelum admitted.


Rabu, 6 Julai 2011

Datang semula ke Hospital Ampang. Ready to be admitted. Dr. Komal did a final scan. Dan beritahu tiada apa-apa perkembangan. Seperti biasa, I tak berhenti menangis setiap kali tengok baby dalam monitor tu. Tak pernah sekali pun I berhenti mengharapkan keajaiban itu berlaku. Mana lah tahu kan. Mulut memang tak berhenti cakap "Aku Redha" tapi hati masih mengharap.

"Rasa macam dah bersedia tapi sebenarnya orang tak pernah bersedia nak kehilangan anak." I told my husband.


Khamis, 7 Julai 2011


7 a.m 

Ubat pertama dimasukkan. Setiap 3 jam. Ada rasa minor contraction. A minor one. Tak sakit sangat macam yang orang ceritakan kalau kena induce ni. Sebelum masukkan ubat yang ketiga, Doktor check VE, ada rasa baby dah kat pintu rahim. Tapi my baby still going strong. Masa nak masukkan ubat kelima, VE dah 2 cm dan ada show. Doktor advice jangan guna toilet bowl sebab baby boleh keluar anytime.


Jumaat, 8 Julai 2011


1 a.m

Air ketuban pecah. Tapi masih tak rasa apa-apa.

2 a.m

My baby keluar tiba-tiba! I dah bersalin! Panggil nurse. Nurse kata uri belum keluar. Darah beku je yang keluar walaupun I rasa ada benda keluar macam rasa baby keluar. Panggil doktor. Doktor terpaksa tarik uri keluar sebab dah 2 jam tunggu uri tak keluar2. Dah bagi injection pun I masih takde rasa sakit contraction. Terpaksa la doktor tarik. Lepas semua tu, I pergi clean up sementara nurse clean up my bed. Pergi scan, doktor kata maybe ada uri tertinggal. So kena la I melalui proses D&C.

As I lay on my bed, nurse datang nak bagi I tengok my baby. I tak sanggup nak tengok. Tapi I boleh nampak my baby so small, besar tapak tangan, I nampak tangan, kaki, kepala. Nurse minta my husband ambil baby di Bilik Mayat siang nanti.

And it's official. I've lost my baby at 16 weeks. My baby nak keluar di pagi Jumaat, dalam suasana yang cukup tenang.

9.30 a.m

My husband datang wad untuk ambil uri. Lepas tu meet up my parent kat lobi hospital dan tuntut our baby untuk dikebumikan. Abang cakap mereka terus ke tanah kubur dan tanam. Sebelum tanam, dia tengok baby for the last time. Alihkan sikit tali pusat, nampakla our baby tu boy. We named him Ahmad Azhad.


2 p.m

I ditolak ke OT untuk D&C. 10 mins later, dah selesai. Dalam 1 tablespoon uri dikeluarkan. I cannot moved for 6 hours. Pukul 5 my husband datang untuk suapkan makan sebab I cannot moved pastu I tengah starving sebab dah 18 jam tak makan. Sebelum deliver tak lalu nak makan. Lepas deliver tak boleh makan sebab nak kena D&C pula, I kena sambung dengan puasa.

9 p.m

I pun discharge. Thanks to the Doctors and Nurses yang membantu that morning. Thank you so much. My kesayangan ambil I dekat hospital. Rindu semua. Malam tu Aryff tidur peluk I all night. Akma pula "bergayut" dengan I je.

Hospital Ampang, Tingkat 6, Wad 6A, Bed 26. Dalam kenangan.

How am I feeling right now? I tengah berpantang without my baby. Sedih sangat. Tapi macam yang mereka cakap, I have to be strong for my husband,  Aryff Azhad and Akma Qaleesya. I redha dengan ujian ini. I tahu my husband sedaya upaya untuk menahan segala kesedihan. Untuk kami.

Sebelum Allah SWT meniupkan roh kepada anak itu, Dia bertanya samada dia bersedia untuk sekian, sekian dugaan hidup untuknya. Dia tak bersedia maka dia meminta Allah SWT untuk tidak dilahirkan ke dunia. Wallahualam.

Selamat tinggal kesayanganku. Al fatihah.
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting