Monday, January 18, 2010

Macam-macam Topik

With Love Ied @ May at 1:00 PM 0 comments Links to this post
Saya sedang memikirkan tajuk yang sesuai untuk entry saya hari ini. Saya kini berada di pejabat, di dalam sebuah bilik yang tersangatla sejuk sehingga menyucuk2 tulang belakang. Ditemani siaran Radio Klasik Nasional favourite channel salah seorang staff di sini. Lagu Badarsila nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang berpakaian ala-ala Micheal Jackson di AJL baru-baru ini. Oh ye... Adakah anda perasan fesyen Micheal Jackson jadi pilihan ramai artis di AJL baru-baru ini?

Don't worry. Saya tidak berminat untuk bercerita mengenai AJL sebab saya dah banyak buat blog hopping, dan sana sini org asyik memperkatakan mengenai AJL. Ada hantu la di AJL. AJL dan secret signs la. AJL dan Freemason related article or picture dan banyak lagi.

Saya sedang melayari internet menggunakan broadband yang dibayar oleh en. Suami. Jadi jangan tuduh saya menyalahgunakan kemudahan pejabat ye. Lagipun saya belum ada komputer sendiri dan kemudahan internet di pejabat.

Saya sedang menunggu hari untuk bersalin. Sakit sket hari ni. Saya mengalami kesukaran untuk berjalan hari ni. Macam mana saya nak pegi beli lunch ni? Nak order kat kawan2 takut tak kena dengan selera saya yang semakin besar. Macam kena gagahkan diri gak ni. Lagipun baguskan untuk wanita mengandung seperti saya berjalan banyak supaya mudah bersalin...

Saya rasa macam nak berpersatuan la. Tapi nak masuk persatuan apa? PUSPANITA ke? Mungkin lepas bersalin la kot. Kadang-kadang saya rasa terlebih semangat lak nak mencuba sesuatu yang baru.

Saya membaca kisah wanita yang beranak ramai tapi berjaya dalam hidup. Saya amat kagum. Saya teringin anak ramai 4 ke 5 org ke. Tapi tiap kali dah nak dekat due date mesti saya da rasa tak larat nak ngandung lagi. Asyik nak suruh baby kuar cepat. Macam2 saya cuba untuk cepatkan proses kelahiran. Mengarut sungguh. Tapi hari ni saya dah boleh terima hakikat untuk membiarkan proses kelahiran itu datang dengan sendiri. Satu lagi masa morning sickness menyerang. Fuhhh...rasa nak give up mengandung the next one. Masa tu rasa nyesal tak merancang la itu la ini la. Tapi lain pulak rasa bila baby da kuar. Rasa nak ngandung lagi lak. Ish...tak boleh la lepas ni. Kena rancang dalam 3 tahun lagi mungkin sorang lagi. Insyallah. Or maybe by 40 lagi 3 org anak ke...who knows...

Baru saya tahu pelakon dan model, Dynas, pregnant balik. Saya bukak tv3 hari Ahad dalam pukul 3 pagi masa tengah pujuk anak teruna saya yang terkejut tiba-tiba. So sweet. With purple hair clip she's wearing. Cantikla dia. Siaran ulangan Apa-apa Aje. Saya tahu tu bukan siaran lama sebab hos dia Kenchana Dewi, new host for the show.

Saya baru amek supplement baru untuk family saya. Saya tengah mencuba Genius Xtra. Baru 4 hari amek. Nanti bila2 saya story pasal ni. Saya masih lagi melihat perkembangan or maybe perubahan.

Saya dah abes topik untuk dibebelkan. Saya rasa macam nak tengok cite Ghost kat 8tv.com lak.

Friday, January 08, 2010

Pameran Datang Lagi....

With Love Ied @ May at 6:02 PM 0 comments Links to this post





dan untuk kesekian kalinye
Pameran Pengantin 2010
Ampang Point Shopping Centre

datang tau
cari Redhut Studio

Saturday, January 02, 2010

From Malacca With Love

With Love Ied @ May at 7:11 PM 3 comments Links to this post
Sekarang ni all of us in a hotel room somewhere in Malacca. Our first holiday for 2010. Last minute decision. Takde plan2 punye okeh... Lepas last delivery tshirt Karnival Gegar Generasiku kat Dataran Merdeka pagi tadi, terus shoot off ke Melaka.

Sekarang cik abang dgn Aryff ku sedang lena diulit mimpi. So ada masa nak update blog yang dah berkurun tak update. After this kami plan nak pegi Night Zoo. Ada lagi ke? Hopefully ada lagi la. Takpun enjoy ikan bakar anywhere in Malacca ke???? Sound delicious. Kalau Abang larat nak drive la ye...

Few days before New Year and Awal Muharram, Nenda ku telah pulang ke rahmahtullah. rasa terkilan juga tak sempat nak pegi tengok walaupun dah takde. Bukan kami sengaja. Tapi terlalu banyak halangan sampai kami tak sampai2 ke sana.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah...

Wokey la... Dua2 hero kesayangan dah bangun. It's the time to get ready bebeh... Till next time...
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting