Sunday, December 11, 2016

Throwback Trip Ke Legoland Malaysia

With Love Ida Mansor at 8:20 PM 0 comments Links to this post

Finally kami sekeluarga sampai juga ke Legoland! Overall trip memang puas hati sangat. Sebab kami dapat tiket percuma dari akhbar SINAR HARIAN! Thank you Sinar Harian untuk tiket percuma. Tahun depan bagi lagi ye.

Kami dapat 12 keping tiket Combo Dry & Wet Park. jadi kami bercadang nak pergi 2 hari berturut kat situ. Sehari kat Wet Park.  Sehari lagi kat Dry Park

Tiket percuma ni hanya boleh digunakan pada bulan September je. Disebabkan 17 September Aryff dijadualkan untuk minor operation, keluarkan skru dari siku kiri (siapa yang follow saya kat FB tau la cerita ni) dan 27 September pula saya dijadualkan untuk induce baby number 5, jadi kami decide untuk pergi ke Legoland minggu pertama September.

So off we go to Johor Bahru pada 5hb. Check in kat budget hotel. Serius bajet.  RM 70 untuk satu malam.  Dapat 2 king size bed. Memang ngam la untuk kami 6 sekeluarga! Lagipun kami plan nak spend all day kat Legoland. So kenapa nak membazir kan? Bilik tu memang untuk tidur saja.

Hari kami pergi collect tiket ke Legoland!  Akhirnya tercapai juga hajat hati nak bawa anak-anak holiday ke Legoland. Memang anak-anak la yang paling seronok sekali. Tengok tu siap buat tangan Lego lagi! 


Hari pertama kami habiskan masa kat Wet Park. Jadi bila dah basah-basah tu memang tak ada la masa nak ambil gambar. Kami tolong Legoland buka pintu. Duduk main air dari buka sampai tutup Legoland. Puas hati sangat

Dah petang sikit dalam pukul 3 petang kami masuk kejap kat Dry Park. Tengok apa yang ada.  Sempat juga la main few games dalam tu 😂

Kau tengok mak buyung 32 minggu pergi main air! Tak ingat dunia 😆

Takpelah.  Demi anak-anak tercinta kan. Mama turutkan aje



The only game mak buyung boleh naik.  Hahaha...  Ketapi pun ketapi la. Ameer Yusoff malu-malu pula nak wefie


Tiket terlebih. Rupanya Annur Hana under 3 years old tak perlu tiket. We just have to pay for her for waterpark admission. Dapat free 2 pieces swimming diapers RM 30. Tiket terlebih ni buat apa? Kami letgo kat orang la. Siapa tak nak combo tiket kan

Maka tu lah saja trip kami ke Legoland Malaysia sebelum baby Aryan Ziqry dilahirkan.  In shaa Allah jika ada rezeki lagi next year memang kami nak bawa baby pula 

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting