Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Monday, January 18, 2010

Macam-macam Topik

With Love Ied @ May at 1:00 PM 0 comments
Saya sedang memikirkan tajuk yang sesuai untuk entry saya hari ini. Saya kini berada di pejabat, di dalam sebuah bilik yang tersangatla sejuk sehingga menyucuk2 tulang belakang. Ditemani siaran Radio Klasik Nasional favourite channel salah seorang staff di sini. Lagu Badarsila nyanyian Dato' Siti Nurhaliza yang berpakaian ala-ala Micheal Jackson di AJL baru-baru ini. Oh ye... Adakah anda perasan fesyen Micheal Jackson jadi pilihan ramai artis di AJL baru-baru ini?

Don't worry. Saya tidak berminat untuk bercerita mengenai AJL sebab saya dah banyak buat blog hopping, dan sana sini org asyik memperkatakan mengenai AJL. Ada hantu la di AJL. AJL dan secret signs la. AJL dan Freemason related article or picture dan banyak lagi.

Saya sedang melayari internet menggunakan broadband yang dibayar oleh en. Suami. Jadi jangan tuduh saya menyalahgunakan kemudahan pejabat ye. Lagipun saya belum ada komputer sendiri dan kemudahan internet di pejabat.

Saya sedang menunggu hari untuk bersalin. Sakit sket hari ni. Saya mengalami kesukaran untuk berjalan hari ni. Macam mana saya nak pegi beli lunch ni? Nak order kat kawan2 takut tak kena dengan selera saya yang semakin besar. Macam kena gagahkan diri gak ni. Lagipun baguskan untuk wanita mengandung seperti saya berjalan banyak supaya mudah bersalin...

Saya rasa macam nak berpersatuan la. Tapi nak masuk persatuan apa? PUSPANITA ke? Mungkin lepas bersalin la kot. Kadang-kadang saya rasa terlebih semangat lak nak mencuba sesuatu yang baru.

Saya membaca kisah wanita yang beranak ramai tapi berjaya dalam hidup. Saya amat kagum. Saya teringin anak ramai 4 ke 5 org ke. Tapi tiap kali dah nak dekat due date mesti saya da rasa tak larat nak ngandung lagi. Asyik nak suruh baby kuar cepat. Macam2 saya cuba untuk cepatkan proses kelahiran. Mengarut sungguh. Tapi hari ni saya dah boleh terima hakikat untuk membiarkan proses kelahiran itu datang dengan sendiri. Satu lagi masa morning sickness menyerang. Fuhhh...rasa nak give up mengandung the next one. Masa tu rasa nyesal tak merancang la itu la ini la. Tapi lain pulak rasa bila baby da kuar. Rasa nak ngandung lagi lak. Ish...tak boleh la lepas ni. Kena rancang dalam 3 tahun lagi mungkin sorang lagi. Insyallah. Or maybe by 40 lagi 3 org anak ke...who knows...

Baru saya tahu pelakon dan model, Dynas, pregnant balik. Saya bukak tv3 hari Ahad dalam pukul 3 pagi masa tengah pujuk anak teruna saya yang terkejut tiba-tiba. So sweet. With purple hair clip she's wearing. Cantikla dia. Siaran ulangan Apa-apa Aje. Saya tahu tu bukan siaran lama sebab hos dia Kenchana Dewi, new host for the show.

Saya baru amek supplement baru untuk family saya. Saya tengah mencuba Genius Xtra. Baru 4 hari amek. Nanti bila2 saya story pasal ni. Saya masih lagi melihat perkembangan or maybe perubahan.

Saya dah abes topik untuk dibebelkan. Saya rasa macam nak tengok cite Ghost kat 8tv.com lak.

Thursday, November 26, 2009

Cuba untuk berfikiran Positif...

With Love Ied @ May at 12:00 PM 5 comments
...dan percaya that everything is going to be alright. Saya sedang cuba untuk berfikir setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ya, bukan mudah untuk saya lakukan semua ini. Bukan mudah untuk saya mengawal mentaliti saya. Jika sebelum ini saya bekerja under my own terms, kini saya perlu mengikut arahan. Masuk pukul 8 pagi. Keluar pukul 5 petang. Mungkin mudah bagi sesetengah orang untuk mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan. Tetapi saya? Saya sedang CUBA. Jadi jangan perlekehkan apa yang saya boleh lakukan.

Saya juga sedang mencuba untuk menjadi seorang yang humble. Belum masanya untuk saya menonjolkan diri. Bukan slow. Tapi perancangan. Saya sudah merangka perancangan masa depan saya. Penting. Sebab  SYMP.

Saya sajikan anda gambar-gambar Aryff's 1st birthday on 14th November 2009 baru-baru ini. oooppsss..saya tak curi tulang ye...

Monday, November 09, 2009

Bila Takde Tempat Nak Mengadu...

With Love Ied @ May at 2:50 PM 2 comments
Pendam?

Sabar?

Period. The only face yang menenangkan hati ialah wajah Aryff sedang tidur. Yes. He's sleeping right now. Rasa kosong bila dia tidur. Nak buat kerja skrg ni pun tgh malas. Mungkin hari ni hari Isnin. Kedai bayak tutup. Lega. Kedai kasut yang selalu pasang radio kuat-kuat tu tutup hari ni. Senyap sket. Takde la menambahkan pening di kepala.

Rasa macam bodoh nak fikir semua ni. Tapi melibatkan masa depan tak ada benda yang bodoh. Every little thing counts. Dari yang sebesar zarah sampaila ke besar gajah. Mungkin kena tetapkan hati. Org lain boleh buat kenapa tak aku? Berkorban dulu sikit, hasilnya mungkin manis. Lagipun tak semua yang ada depan mata akan kekal. Sekelip mata je boleh berubah. Semuanya MUNGKIN.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku memang nak tapi tak dimudahkan jalan lagi. Dugaan. Mungkin bukan betul-betul nak kot, tu yang jadi tak mudah. Cabaran.
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting