Friday, June 11, 2010

Hari ni hari jumaat

With Love Ied @ May at 4:39 PM 2 comments Links to this post
........saya tak ada apa-apa yang nak diceritakan except for tadi saya pam susu dapat 12oz wooooo!!!! Suka hati saya. Walaupun sedang "cuti-cuti jepun" dapat gak banyak. Melalui pembacaan saya di forum-forum, ikutkan boleh effected kalo sedang "cuti-cuti jepun" nih. Pil kalsium mungkin membantu. Saya makan pil kalsium ni time-time macam ni je. Time biasa tak amek. Saya amek Permata Suri. Pil kasium tu saya dapat dari klinik kesihatan masa pregnantkan baby Akma. Sebab masa pregnant, tak lalu langsung telan susu. Air soya atau seangkatan dengannya.

So, ibu-ibu yang menyusukan anak, boleh la cuba ambil pil kalsium time period untuk menstabilkan pengeluaran susu badan. Apa-apa brand pun boleh cuba. Saya amek yang 300mg. Saya makan 2 biji sehari. Cubalah...

Monday, June 07, 2010

Saya Sedang Rindu

With Love Ied @ May at 4:36 PM 0 comments Links to this post
.......suami saya yg berada jauh di Sabah ba... Esok cepat-cepat balik ye. Takde mood dah ni nak kerja

Tuesday, June 01, 2010

al-fatihah

With Love Ied @ May at 3:36 PM 2 comments Links to this post
I can't stop myself from googling about PTD yang meninggal dunia selepas koma semasa menjalani latihan yang dikatakan ala komando semalam. Apa yang membuatkan kematian beliau begitu terkesan di hati saya ialah, beliau mempunyai anak kecil. Seusia dengan anak sulung saya, Aryff Azhad. 

Qada' dan Qadar. Mati itu pasti. Membuatkan saya lebih menghargai hidup. Hidup bersama org-org kesayangan saya. Saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa mereka, dan hidup mereka tanpa saya. Ya Allah. Panjangkanlah umur kami. Murahkanlah rezeki kami. Permudahkanlah urusan kami. Dunia dan Akhirat.

Mungkin pihak-pihak tertentu patut revise balik modul-modul latihan dan kursus yang dijalankan. Jangan sampai membebankan. Kita bukannya nak berperang. Kita cuma buat kerja-kerja pejabat. Terapkan nilai-nilai kenegeraan pun dah cukup memotivasikan pegawai-pegawai awam.
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting