Wednesday, March 22, 2017

Nasi Kandar Lawood, Nilai

With Love Ida Mansor at 8:56 PM 2 comments Links to this post

Nasi Kandar Lawood, sekali dengar macam nasi kandar mamak, rupanya nasi kandar Melayu, orang Kelantan pula tu.

Kedai ni dengan penduduk Nilai dan sekitarnya memang tidak asing lagi. Kat sini, lauk tak banyak, tapi yang paling top, nasi + ayam goreng + sayur taugeh, dipadukan dengan 3 jenis kuahnya yang cukup rasa, ada masam sikit dan ada pedas sikit.

Ada dua jenis hidangan. Ayam penuh dengan ayam separuh.

Harga, mampu makan, tidaklah mahal. Ayam separuh RM 6++ manakala ayam penuh RM 9++ termasuk GST.

Waktu puncak, pukul 11.30 pagi sehingga pukul 3.00 petang, katanya kalau nak makan kat situ, terus duduk dan pelayan akan datang ambik pesanan, beratur hanyalah untuk bungkus, tapi berdasarkan notis yang ditampal, "Beratur Jika Nak Cepat"

Kebetulan waktu kami pergi,  waktu puncak juga. Sekitar 1.30 tengah hari. Terus duduk dan order nasi 5 ayam separuh 4.

Memang sedap. Memang terbaik. Sebiji nasi kandar Zainol Petaling Jaya. Orang Nilai tak payah jalan jauh sampai ke PJ dah. Boleh bagi 5⭐⭐⭐⭐⭐ lah restoran ni

Kalau anda nak pergi merasa sendiri

NASI KANDAR LAWOOD,
Desa Cempaka
(Bandar Baru Nilai),
71800 Nilai,
N.Sembilan
(berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka)

Koordinat GPS :
2.799131, 101.769627

Waktu Operasi :
10.00 pagi sehingga habis lauk

Contact :
06 - 850 2511
011-1566 9464

Kat sini haa..  Guna Waze memang sampai


Ya Allah. Sedap sampai hari ni dok teringat
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting