Saturday, December 12, 2009

Rindu Sangat

With Love Ied @ May at 1:28 AM 2 comments Links to this post

Setahun saya menatang dia bagai minyak yang penuh. Saya rindu sangat detik2 dia membesar depan saya. Tak sanggup rasanye nak hantar dia kat babysitter. Boleh ke org tu jaga dia mcm saya jaga dia? Boleh ke dia sabar kalau Aryff menangis? Boleh ke dia tidurkan Aryff kalau Aryff mengantuk? Boleh ke dia serba serbi? Tengok tu dia pasang sendiri beg IKEA tu kat tangan dia...


 Terus dia rasa dia jadi power la tuh. Boleh lalu bawah console table lagi. Macam superhero. Belum lagi dia tunjuk skill panjat tangga dengan beg IKEA tuh.

 

Bila da penat mula la cari cara nak lepaskan diri. Agak-agak macam mana dia nak tanggalkan beg tu?

 

Mestila dengan menangis. Supaya Mama dgn Papa tolong dia lepaskan dia dari "mantel" buatan sendiri tuh.



Nak main dengan benda ni kena minta kebenaran Papa dulu. Agak-agak Papa bagi tak? Aryff pun nak jadi fotografer macam Papa. Boleh tak?

Rindu sangat masa bersama dengan budak kecik ni. Ooohhh... I really need 48 hours per day. Balik dari kerja badan dah penat. Maklumla pompuan mengandung. Nak main-main dengan Aryff dapat sekejap je. Bila bawak dia naik bilik, trus dia macam paham-paham je, cari susu dia then terus tido. Maafkan Mama ye. Mama dgn Papa perlu berfikiran positif dan rasional untuk masa depan kita sekeluarga.

Ya Allah, bantulah aku membahagikan masa aku dengan lebih baik. Semoga aku boleh menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu yang baik. Semoga pengorbanan hari ini memberikan hasil yang terbaik untuk masa depan. AMIN.
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting