Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Pointing fingers macam pointing mouse

With Love Ied @ May at 12:51 PM 0 comments
Tajuk yang takde kena mengena dgn isi. Tiba-tiba je ni teringat waktu dulu-dulu. Zaman comot selekah tak ingat dulu. Saya dulu bukan la stok-stok budak-budak glamer dulu. Sekadar biasa-biasa je. Badan pun boleh dikategorikan besar. Selalu kena bahan dengan kawan. Nak-nak dulu sekolah all girls school. Org selalu cakap kat saya,
"Kalau aku jadi ko, aku exercise dah."
"Ko tanak exercise ke?"
"Badan ko besar la"
Ada beberapa lagi ayat yang mancongkam hati & perasaan saya yang tak berapa nak ingat dah. Naik form 4 saya masuk sekolah asrama. Bagaikan dipam-pam badan masa tu. Maklumla antara sekolah makan sedap. Supper makan mihum tom yam tu. Ada ke sekolah lain macam tu. Lepas tu rajin lak pegi dewan makan. Kafe lagi. Haish... nafsu makan memang kategori dahsyat la masa tu. Kawan-kawan pula ada yang badan sedap-sedap juga. Lagi jadi bahan.

"Dah la badan besar, jalan macam gangster lak tu"
"Kalau aku jadi ko, aku dah diet dah."
"Dia ingat dia badan besar, kita takut." Ni ayat satu senior tak boleh blah. Ada ke aku suruh korang takut? Takut kat Allah SWT la wei.
Abes SPM saya join satu program ni. Budak-budak masa tu. Mulut takde insurans. Kalau ada pun tak cover punya la.
"Tak patah ke katil ko tido tu."
"Badan ko ni besar sangat la."
"Gemuk." Yang ni paling direct. Kan senang cakap GEMUK.
 Pastu masuk U kurang sikit la bergaul dengan "budak-budak" dan masa ni la da pandai nak bergaya-gaya,diet-diet sket. Tapi bukan la diet pun. Duduk jauh dari family. Lepas tu makan minum semua tanggung sendiri. Kalau ada duit lebih sikit, dapat la makan sedap. Kalau tak, makan nasi berlaukkan sayur goreng je. Sumpah masa tu nasi dengan sayur RM 1.50 je. Kadan-kadang abang mata kuyu kira nasik tu baik dapat RM 1.00. Murah kan. KFC, Mc D dan segala fast food lain, memang susah la nak makan kecuali bila JPA/PTPTN da masuk. Setakat lalu dan cium bau je. Jadinya, bila dah makan sayur je hari-hari,confirm la slim beb. Gila. Berat saya masa tu turun dari 79 kg jadi 49 kg tuuuu... Best kan. Tengah remaja ditambah dengan metabolism yang tinggi, senang sket la nak turunkan berat badan.

Sekarang ni anak dah 2. Takde maknanya da bawah 50kg. 50 kg ke atas je dah ni. Payah betul la nak turun skrg. Nak-nak dah keje. Duit ada. Makan asyik nak sodap je. Sehari beberapa kali juga la makan. Ditambah pula dengan metabolism yang rendah dah ni. Alasan saya nak makan banyak kali ni, sebab saya menyusukan anak. ALASAN...

Tapi yang bestnya, part yang agak jahat terjumpa la balik dgn kawan-kawan lama, tak kira la kot celah mana pun jumpa, mereka-mereka yang suatu ketika dulu mengejek bentuk badan saya, da dapat bentuk badan macam saya dulu-dulu. Paham sendiri je la ye. Penah dengar tak, WHAT GOES AROUND, COMES AROUND. Diorang mungkin tak ingat la those things yang diorg penah buat or cakap. Tapi as a girl who went thru all this, sesetengah perkara, MAKAN DALAM juga la...

Sunday, September 05, 2010

Kenapa dia ckp mcm tu?

With Love Ied @ May at 5:00 AM 0 comments
Situasi 1

Di dalam supermarket. Sehari sebelum bulan Ramadhan

Isteri : Nak beli kurma bang

Suami : Ni haa. da kaya dah dia. Tanak ke? (sambil menunjuk sekotak besar kurma)

Isteri : OOOOOO....

Kenapa dia ckp mcm tu? Biar kami je la yang tau.

Situasi 2

Dalam kereta.

Anak : Mi, imi, umi, nyenyen. nyenyen.

Mama : Mama la. Nak umi tanya papa

Papa : OOOOOO.....

Kenapa dia cakap mcm tu? Biar kami je la yang tau.

Tuesday, August 31, 2010

Gay

With Love Ied @ May at 5:21 PM 0 comments
Si isteri memandang ke luar tingkap kereta

Suami : Hensem kan mamat tu?

Isteri : Gay tu. x@#$%^#(&$....

hahaha...tak pasal2 mamat tu kena cap gay
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting