Monday, January 31, 2011

Petua yg melibatkan cik manjakani

With Love Ied @ May at 4:11 PM 2 comments Links to this post
 *STICKY MODE ENTRY*

Amalan meminum bancuhan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan madu juga dapat membantu untuk awet muda, perapat dan juga rawatan payudara. Sangat sesuai untuk mereka yang baru bersalin. Untuk kecutkan rahim, merawat luka-luka dalam.

Untuk yang belom kawen tu, boleh juga kalau nak gunakan manjakani ni. Cuma kalau yang da kawen tu 3 kali seminggu tapi utk yang belum tu mungkin sekali seminggu, sekali 2 minggu. Selebihnya guna sebagai mask dan pencuci. Sebab apa tau. Manjakani ni juga boleh merawat senggugut.

Kalau yang lepas makan tu rasa macam pening-pening kepala sikit kan. Mungkin anda tak biasa makan-makan jamu ni. Anda boleh lah berenti amalan meminum bancuhan manjakani ni. Instead of minum @ makan, boleh guna untuk luaran macam yang kat bawah ni haaa

Awet Muda (ramai org suke ni) & kulit berjerawat (insyallah jadi punye)

Bancuh satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dgn air. Sapukan ke muka. Biarkan kering. Pakai macam bedak sejuk. Basuh sambil scrub kan sikit muka. Boleh juga memudarkan parut-parut jerawat, badan,ketiak dan celah kelangkang. Untuk menghilangkan daki-daki dan kesan-kesan gelap. Untuk jerawat serius, amalkan selama seminggu. Insyallah. Customer banyak bagi feedback yang bagus tentang manjakani untuk jerawat

gambar ihsan Google

Untuk kulit berjeragat

Bancuh satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan parutan timun. Masukkan sedikit air. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Basuh sambil scrubkan sikit muka.

gambar ihsan Google

Untuk kulit sensitif

Bancuhkan satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan parutan tomato. Sedikit air. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Basuh sambil scrubkan muka tu sikit.

 gambar ihsan Google

Untuk bayi demam

Bancuhkan satu sudu teh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan air mandian bayi. Mandikan bayi dengan air tersebut. Basahkan sekali kepala bayi. Bilas.


Untuk merawat luka

Bancuh Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan air. Sapukan pada luka. Biarkan kering. Cuci perlaha-lahan sehingga bersih. Amalkan sehingga sembuh.

Untuk perapat (UNTUK YANG DA KAWEN JE TAU)

1. Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan sedikit air. Gentelkan agar menjadi bulat kecil. Masukkan ke dalam saluran faraj. Bahan ini akan keluar dengan sendiri ketika membuang air. Jika hendak bersama suami pada malamnya, buatlah pada siang hari.

2. Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan sedikit air. Sapukan di pintu faraj.

Untuk Pencuci

Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan segayung air. Kacau hingga sebati dan gunakan sebagai pencuci.

Untuk rawatan mulut

Bancuhkan satu sudu kecil Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen dengan sedikit air. Kumur. Tapi kita mana tahan tahap kepahitan manjakani ni kan. Saya suggest minum je terus. Campur dengan madu. Selain dapat khasiat manjakani, dapat juga khasiat madu. Menambahkan tenaga!


 Saya rasa takat ni dulu la. Ada juga few petua-petua ni datang dari my beloved customer yang sangat la CREATIVE membuat percubaan-percubaan berani. Sangat bagus. Luv ya. Sebab lepas tu saya dapat feedback on how to use this product. Boleh juga dikongsi-kongsi dengan orang lain.

Ok. Macam mana nak dapat benda ni? Korang klik-klik link ni


Ada serbuk je ke?

Of course ada kapsul skali

Tak effect ke utk mommies yang breastfeeding?

Saya pun bf anak juga. So far so good. Kalau ada nampak kesan pada baby, why not guna utk luaran saja

Wednesday, January 26, 2011

Budak comel bila kena makeover jadi semakin comel

With Love Ied @ May at 2:12 PM 0 comments Links to this post
Satu hari di kedai makan

Suami : Kita potong je la rambut diorg ni. Jadi macam budak tak terurus lak dengan rambut macam ni. 
Isteri : Takmo la. Nanti da tak comel. Org nak rambut akma panjang
Suami : Ala. Nanti panjang la balik.
Isteri : Ermmmm...

Sessi melantak masih lagi diteruskan...
 
Isteri : Jom la. Bawak diorg potong rambut. Tapi org nak buat rambut akma gini, gini, gini...
Suami : Aryff lak no. 4


So, off they went to kedaiamoicantekpotongrambut. Hasilnya?



p/s : i left my hp at home today. so segala urusan mok nenek sume ditangguh pada esok hari. ingatkan nak blk jap amek hp td tapi x jadi pulak. otw jln2 pegi bank ai terpikir
kalau ai buat contest hadiah dia serbuk manjakani aleppo/mekah ni, agak2 ada org nak join tak?

Tuesday, January 18, 2011

Pointing fingers macam pointing mouse

With Love Ied @ May at 12:51 PM 0 comments Links to this post
Tajuk yang takde kena mengena dgn isi. Tiba-tiba je ni teringat waktu dulu-dulu. Zaman comot selekah tak ingat dulu. Saya dulu bukan la stok-stok budak-budak glamer dulu. Sekadar biasa-biasa je. Badan pun boleh dikategorikan besar. Selalu kena bahan dengan kawan. Nak-nak dulu sekolah all girls school. Org selalu cakap kat saya,
"Kalau aku jadi ko, aku exercise dah."
"Ko tanak exercise ke?"
"Badan ko besar la"
Ada beberapa lagi ayat yang mancongkam hati & perasaan saya yang tak berapa nak ingat dah. Naik form 4 saya masuk sekolah asrama. Bagaikan dipam-pam badan masa tu. Maklumla antara sekolah makan sedap. Supper makan mihum tom yam tu. Ada ke sekolah lain macam tu. Lepas tu rajin lak pegi dewan makan. Kafe lagi. Haish... nafsu makan memang kategori dahsyat la masa tu. Kawan-kawan pula ada yang badan sedap-sedap juga. Lagi jadi bahan.

"Dah la badan besar, jalan macam gangster lak tu"
"Kalau aku jadi ko, aku dah diet dah."
"Dia ingat dia badan besar, kita takut." Ni ayat satu senior tak boleh blah. Ada ke aku suruh korang takut? Takut kat Allah SWT la wei.
Abes SPM saya join satu program ni. Budak-budak masa tu. Mulut takde insurans. Kalau ada pun tak cover punya la.
"Tak patah ke katil ko tido tu."
"Badan ko ni besar sangat la."
"Gemuk." Yang ni paling direct. Kan senang cakap GEMUK.
 Pastu masuk U kurang sikit la bergaul dengan "budak-budak" dan masa ni la da pandai nak bergaya-gaya,diet-diet sket. Tapi bukan la diet pun. Duduk jauh dari family. Lepas tu makan minum semua tanggung sendiri. Kalau ada duit lebih sikit, dapat la makan sedap. Kalau tak, makan nasi berlaukkan sayur goreng je. Sumpah masa tu nasi dengan sayur RM 1.50 je. Kadan-kadang abang mata kuyu kira nasik tu baik dapat RM 1.00. Murah kan. KFC, Mc D dan segala fast food lain, memang susah la nak makan kecuali bila JPA/PTPTN da masuk. Setakat lalu dan cium bau je. Jadinya, bila dah makan sayur je hari-hari,confirm la slim beb. Gila. Berat saya masa tu turun dari 79 kg jadi 49 kg tuuuu... Best kan. Tengah remaja ditambah dengan metabolism yang tinggi, senang sket la nak turunkan berat badan.

Sekarang ni anak dah 2. Takde maknanya da bawah 50kg. 50 kg ke atas je dah ni. Payah betul la nak turun skrg. Nak-nak dah keje. Duit ada. Makan asyik nak sodap je. Sehari beberapa kali juga la makan. Ditambah pula dengan metabolism yang rendah dah ni. Alasan saya nak makan banyak kali ni, sebab saya menyusukan anak. ALASAN...

Tapi yang bestnya, part yang agak jahat terjumpa la balik dgn kawan-kawan lama, tak kira la kot celah mana pun jumpa, mereka-mereka yang suatu ketika dulu mengejek bentuk badan saya, da dapat bentuk badan macam saya dulu-dulu. Paham sendiri je la ye. Penah dengar tak, WHAT GOES AROUND, COMES AROUND. Diorang mungkin tak ingat la those things yang diorg penah buat or cakap. Tapi as a girl who went thru all this, sesetengah perkara, MAKAN DALAM juga la...

Friday, January 07, 2011

Cari jodoh

With Love Ied @ May at 10:20 AM 0 comments Links to this post



Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Haishh... sape kata tak laku. Semua orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Antara cepat atau tak, jumpa dengan tak je ni. Oleh itu marilah kita sama-sama memeriahkan Pameran Pengantin Malaysia 2011 di Ampang Point bermula 7 - 9 Januari 2011. 

Lepas tu datang cari REDHUT STUDIO ok. Ada specials. Banyak lak tu. Beribu-ribu lemon. Sedap sehingga menjilat jari wooo diorg punya promotion 

INFO TAMBAHAN

Selain itu kepada mereka-mereka yang sign up dengan pakej-pakej REDHUT STUDIO akan turut menyumbang pada kerja-kerja amal. Terkini sumbangan akan diberikan kepada Taska Baitul Amal (TBA) terletak di Chow Kit.

Mereka kini sangat memerlukan pakaian terpakai kanak-kanak (umur 4 tahun ke bawah), lampin bersaiz XL dan M dan susu Dutch Lady Langkah 1, Langkah 2 dan Langkah 1,2,3.  Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, sila berhubung dengan wakil We Heart All iaitu Diyana Rahman melalui dyanarahman@gmail.com atau info@weheartall.org

Saturday, January 01, 2011

Happy 2011. Happier me?

With Love Ied @ May at 8:39 AM 0 comments Links to this post
2010 has been a challenging year for me. Thanks Allah SWT I managed to stay strong. As I'm going to be 31 this year, I hope I've become matured with life. I don't have any new year resolutions like before. I think I just wanna go with the flow and see what is HIS plans. But I'm going to work harder this year. And smart. 
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting