Sunday, December 11, 2016

Throwback Trip Ke Legoland Malaysia

With Love Ida Mansor at 8:20 PM 0 comments Links to this post

Finally kami sekeluarga sampai juga ke Legoland! Overall trip memang puas hati sangat. Sebab kami dapat tiket percuma dari akhbar SINAR HARIAN! Thank you Sinar Harian untuk tiket percuma. Tahun depan bagi lagi ye.

Kami dapat 12 keping tiket Combo Dry & Wet Park. jadi kami bercadang nak pergi 2 hari berturut kat situ. Sehari kat Wet Park.  Sehari lagi kat Dry Park

Tiket percuma ni hanya boleh digunakan pada bulan September je. Disebabkan 17 September Aryff dijadualkan untuk minor operation, keluarkan skru dari siku kiri (siapa yang follow saya kat FB tau la cerita ni) dan 27 September pula saya dijadualkan untuk induce baby number 5, jadi kami decide untuk pergi ke Legoland minggu pertama September.

So off we go to Johor Bahru pada 5hb. Check in kat budget hotel. Serius bajet.  RM 70 untuk satu malam.  Dapat 2 king size bed. Memang ngam la untuk kami 6 sekeluarga! Lagipun kami plan nak spend all day kat Legoland. So kenapa nak membazir kan? Bilik tu memang untuk tidur saja.

Hari kami pergi collect tiket ke Legoland!  Akhirnya tercapai juga hajat hati nak bawa anak-anak holiday ke Legoland. Memang anak-anak la yang paling seronok sekali. Tengok tu siap buat tangan Lego lagi! 


Hari pertama kami habiskan masa kat Wet Park. Jadi bila dah basah-basah tu memang tak ada la masa nak ambil gambar. Kami tolong Legoland buka pintu. Duduk main air dari buka sampai tutup Legoland. Puas hati sangat

Dah petang sikit dalam pukul 3 petang kami masuk kejap kat Dry Park. Tengok apa yang ada.  Sempat juga la main few games dalam tu 😂

Kau tengok mak buyung 32 minggu pergi main air! Tak ingat dunia 😆

Takpelah.  Demi anak-anak tercinta kan. Mama turutkan aje



The only game mak buyung boleh naik.  Hahaha...  Ketapi pun ketapi la. Ameer Yusoff malu-malu pula nak wefie


Tiket terlebih. Rupanya Annur Hana under 3 years old tak perlu tiket. We just have to pay for her for waterpark admission. Dapat free 2 pieces swimming diapers RM 30. Tiket terlebih ni buat apa? Kami letgo kat orang la. Siapa tak nak combo tiket kan

Maka tu lah saja trip kami ke Legoland Malaysia sebelum baby Aryan Ziqry dilahirkan.  In shaa Allah jika ada rezeki lagi next year memang kami nak bawa baby pula 

Thursday, October 13, 2016

Kids Safety Handband - Untuk Keselamatan Anak-anak Kita

With Love Ida Mansor at 5:39 PM 0 comments Links to this post

Sekarang ni memang keselamatan anak-anak perlu dijaga.  Nak² terlalu banyak. Kes kehilangan anak di shopping complex.  Anak pula lasak.  Hah.  Ni lah penyelesaiannya.

Think positive  Better safe than sorry

@Regrann from @tatiskincare.edazzrich - KIDS SAFETY HANDBAND

Detail:
Age: 6 months to 5 years old
Load Bearing: 20kg
Carriers Type: Face-to-Face
Material: Metal Pattern
Type: Solid Color: Orange

📱019 288 7041

#safetykidshandbands #kidshandbands #safetyhandbands -

https://www.instagram.com/p/BLdfRP5hpu1/

Tuesday, October 04, 2016

3 Oktober 2016 Alhamdulillah Our Baby is Recovering

With Love Ida Mansor at 1:00 AM 0 comments Links to this post

SubhanAllah... Cantik petikan ini
Terima kasih atas ingatan dan doa kalian

          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu dan aku tutup
    wajahmu dengan penutup  
         supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim.

           Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi  
       disebalik rahim ibumu.
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu.

            Dan Aku jadikan
di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut.
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.

                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untuk tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??

Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu,
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untuk mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu.

         Tiada bagi mu gigi
          untuk mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
      juga kaki untok berdiri
    Engkau tidak punya apa2.

           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk.

      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk. engkau   
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
         Sebelum mampu.

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam ..
Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat..
Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
         Aku jadikan engkau,
di dalam tempat yang sempit
  lagi gelap, dan apabila mati
  dijadikan bagi engkau kubur
       yang sempit lagi gelap.

     Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam..
Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih
         untuk menutupi mu,
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
         untuk menutupi mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia   
                   mengenai
     syahadah dan perihalmu.

     Dan setelah engkau mati
  engkau ditanyakan malaikat
               tentang amal2
engkau yang sholeh dan apa
      bekalmu untuk akhirat?

Paksakan untuk sebut di hati
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyha' du an Lailahaillallah
     Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah.
      "Qul hu'wallah hu' Ahad.
           Allah hu'ssomad.
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad".

           :-) Selamat Malam

Sunday, October 02, 2016

Doakan Bayi Kami

With Love Ida Mansor at 10:31 PM 0 comments Links to this post

"Ya Allah.. Sembuhkan lah baby kepada Adry Aziz dan May Herda. Berikanlah kesihatan yang sempurna dan kekuatan untuk menempuhi ujianMu ini. Amin"

Salam.. Harap semua dapat doakan baby kami. Dia x sihat. Day one after bersalin, ada fresh blood keluar dr bontot. Banyak...

Pagi tu, dari mulut pun ada keluar :-(

After ultrasound, ada nampak kesan bengkak besar di usus. Hopefully bukan ketumbuhan. But till now doc belum dapat lagi apa punca bleeding...losing blood quite fast for his age and tak pasti source dr mana... Tu yg main concern

Doakan baby ngan kami ya. Berikan kekuatan utk dugaan kecil ini. Cara Allah sayang pada kami...

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting