Saturday, December 12, 2009

Rindu Sangat



Setahun saya menatang dia bagai minyak yang penuh. Saya rindu sangat detik2 dia membesar depan saya. Tak sanggup rasanye nak hantar dia kat babysitter. Boleh ke org tu jaga dia mcm saya jaga dia? Boleh ke dia sabar kalau Aryff menangis? Boleh ke dia tidurkan Aryff kalau Aryff mengantuk? Boleh ke dia serba serbi? Tengok tu dia pasang sendiri beg IKEA tu kat tangan dia...



 Terus dia rasa dia jadi power la tuh. Boleh lalu bawah console table lagi. Macam superhero. Belum lagi dia tunjuk skill panjat tangga dengan beg IKEA tuh.

 

Bila da penat mula la cari cara nak lepaskan diri. Agak-agak macam mana dia nak tanggalkan beg tu?

 

Mestila dengan menangis. Supaya Mama dgn Papa tolong dia lepaskan dia dari "mantel" buatan sendiri tuh.




Nak main dengan benda ni kena minta kebenaran Papa dulu. Agak-agak Papa bagi tak? Aryff pun nak jadi fotografer macam Papa. Boleh tak?

Rindu sangat masa bersama dengan budak kecik ni. Ooohhh... I really need 48 hours per day. Balik dari kerja badan dah penat. Maklumla pompuan mengandung. Nak main-main dengan Aryff dapat sekejap je. Bila bawak dia naik bilik, trus dia macam paham-paham je, cari susu dia then terus tido. Maafkan Mama ye. Mama dgn Papa perlu berfikiran positif dan rasional untuk masa depan kita sekeluarga.

Ya Allah, bantulah aku membahagikan masa aku dengan lebih baik. Semoga aku boleh menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu yang baik. Semoga pengorbanan hari ini memberikan hasil yang terbaik untuk masa depan. AMIN.

Monday, November 30, 2009

*STICKY MODE*
Ini adalah sticky mode entry
*Scroll ke bawah untuk entry lain*

Saya kini menjadi mobile stokis untuk ECPI Drinking Water.

Harga Jualan

Botol Besar RM 8.00
Sekotak (12 Botol Besar) RM 96.00
Sekotak (24 Botol Kecil) RM72.00

Harga Agen

Sila isi no keahlian anda (sekiranya ada) untuk mendapat harga agen.


Kepada agen-agen ECPI Water dan pelanggan - pelanggan baru. Boleh juga sekiranya berminat menjadi agen ECPI.

Mode Pembayaran 

Bank In / Bank Transfer

Bank Islam 14023010035358 A M D Enterprise
Maybank    114085816567     Adry Abd Aziz

Selepas pembayaran telah dibuat sila email slip bank / pembayaran ke eda910@hotmail.com

Mode Penghantaran 

Pos : Kos pos akan ditanggung pelanggan. Mengikut berat.
Ambil Sendiri : Galaxy Ampang Shopping Centre, Taman Dagang, Ampang

Penghantaran @ Pengambilan hanya setelah bayaran diterima.

Pertanyaan? 

Emel saya di eda910@hotmail.com

Borang Pesanan





Nama:




Email




Alamat Penghantaran




No Telefon




No. Keahlian (sila isi utk dapatkan harga agen)




Kuantiti : Botol (Hanya untuk botol besar sahaja)




Kuantiti : Kotak (12 Botol Besar)




Kuantiti : Kotak (24 Botol Kecil)




Mode Penghantaran

Pos

Ambil Sendiri



Nota (Jika ada pertanyaan mengenai pesanan yg dibuat)













create web form

Thursday, November 26, 2009

Cuba untuk berfikiran Positif...

...dan percaya that everything is going to be alright. Saya sedang cuba untuk berfikir setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ya, bukan mudah untuk saya lakukan semua ini. Bukan mudah untuk saya mengawal mentaliti saya. Jika sebelum ini saya bekerja under my own terms, kini saya perlu mengikut arahan. Masuk pukul 8 pagi. Keluar pukul 5 petang. Mungkin mudah bagi sesetengah orang untuk mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan. Tetapi saya? Saya sedang CUBA. Jadi jangan perlekehkan apa yang saya boleh lakukan.

Saya juga sedang mencuba untuk menjadi seorang yang humble. Belum masanya untuk saya menonjolkan diri. Bukan slow. Tapi perancangan. Saya sudah merangka perancangan masa depan saya. Penting. Sebab  SYMP.

Saya sajikan anda gambar-gambar Aryff's 1st birthday on 14th November 2009 baru-baru ini. oooppsss..saya tak curi tulang ye...


Thursday, November 19, 2009

Silence equals to Sengal

Aryff kena asma, Papa Aryff pun asma, Mama Aryff demam. Sekarang ni asyik hujan je kan. Kadang-kadang tu sehari suntuk hujan. Sejuk sampai ke tulang temulang.


By the way, Aryff is now one year older. Kami celebrate his birthday with families and some long lost friends. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dan bawa presents for Aryff. Insyallah tahun depan kami buat lagi. All the food courtesy from me, my mother and in-laws. Alhamdulillah.

Aryff's getting smarter today. Kalau tak dapat apa yang dia nak, trus nanges. Dari mana dia belajar, kami pun tak tau. Panjat perut Mama dia satu kemestian. Sakit woo...Hopefully baby dalam perut ok la. Tapi terasa my tummy dah turun ke bawah. As if da nak bersalin sgt. Sabar ye sayang. Sayang keluar la bila sampai masanye nanti ye. Ye la kalau bersalin awal sangat, takut byk sgt complication. Nauzubillah.

Insyallah Isnin ni aku akan melapor diri ke Kerajaan Malaysia. Kementerian mana? Tak yah tau dulu la ye. Aku ingatkan hidup mati aku akan megerjakan bisnes aku nih. Dapat lak tawaran Kerajaan Malaysia nih. Nak2 suratnye sampai ke rumah mak bapak. Kerat jari la nak tolak tawaran tu. Semua org beria-ia suruh aku amek offer nih. Ye la kalau tak accept nanti kena blacklist. So like it or not, aku kena la prepare mind and body for work. Kembali ke office enviroment setelah 3 tahun beb! Sengal rasa otak.

Friday, November 13, 2009

A Remnder (sesuai utk org yg blom tapi mau kawin)


Be there...i might see you there.
Look for me at booth no 40 tau... Redhut. Only on Sunday
Booth ape? jeng...jeng....jeng...
Cari sendiri la beb

Monday, November 09, 2009

Bila Takde Tempat Nak Mengadu...

Pendam?

Sabar?

Period. The only face yang menenangkan hati ialah wajah Aryff sedang tidur. Yes. He's sleeping right now. Rasa kosong bila dia tidur. Nak buat kerja skrg ni pun tgh malas. Mungkin hari ni hari Isnin. Kedai bayak tutup. Lega. Kedai kasut yang selalu pasang radio kuat-kuat tu tutup hari ni. Senyap sket. Takde la menambahkan pening di kepala.

Rasa macam bodoh nak fikir semua ni. Tapi melibatkan masa depan tak ada benda yang bodoh. Every little thing counts. Dari yang sebesar zarah sampaila ke besar gajah. Mungkin kena tetapkan hati. Org lain boleh buat kenapa tak aku? Berkorban dulu sikit, hasilnya mungkin manis. Lagipun tak semua yang ada depan mata akan kekal. Sekelip mata je boleh berubah. Semuanya MUNGKIN.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku memang nak tapi tak dimudahkan jalan lagi. Dugaan. Mungkin bukan betul-betul nak kot, tu yang jadi tak mudah. Cabaran.

Wednesday, November 04, 2009

Saya Tak Pandai Menulis Tapi Saya Suka Baca Blog Makanan

I'm a food lover. Suka sangat blog hopping cari-cari resipi utk dicuba di rumah. Ada gak resepi yang tak dicuba2 pun. Tadi blog hopping jumpa resepi ayam tandoori goreng. Meleleh air liur ku. Terasa lapar lak perut ini. Ayam ada kat rumah. Boleh la cuba. Nampak macam easy cooking tapi kena perap lak ayam tu dgn ramuan2 lain for half an hour. Kena balik awal la gamaknye hari nih.

Jalan punya jalan lg blog org, jumpa resepi masak hati ayam dgn kacang buncis. Macam sedap. Boleh try lagi. Ada lak prawn omelette. Meleleh lagi air liur. Mak uihh...lapar sungguh aku nih. Berenti jap pegi makan...