Thursday, December 23, 2010

Sedang kumpul petua

With Love Ied @ May at 3:21 PM 0 comments Links to this post
Sekarang ni saya tengah megumpul petua. Petua yang melibatkan manjakani. Nanti kita share ok. Ada petua yang saya dpt dari pengguna-pengguna serbuk manjakani yang saya jual ni. Serious best. Sporting juga buyer-buyer ku ini.


Wednesday, December 22, 2010

Manjakani. Manjakani. Memang Manja

With Love Ied @ May at 2:09 PM 0 comments Links to this post
Muahahaha... rasa macam meroyan lak tajuk entri ni. Tapi la la la lantak la. 
Meh sini. Meh sini. abang-abang, kakak-kakak, adik-adik yang manis.
Ni kakak ni nak cerita perihal manjakani.
Memang terbaik. Nak-nak untuk kita-kita yang baru bersalin.
Yang anak dah berderet-deret.
Sayang sungguh tak nak jaga penampilan diri.
Bukan takat untuk suami je. Untuk diri sendiri sudah pasti

KEBAIKKAN MANJAKANI

Nama Tempatan : Pokok Manjakani (mempening)

Nama Saintifik : Quercus infectoria Oliv

Nama Lain : Alleppo oak,downy oak, gal oak, manjaan, majakan,jenuri,kani, cympsgailae tinctoria semen (nama fasmaseutikal), maju/majuphul (nama ayurveda)

Famili : Fagaceae/cupuliferae

Pengenalan

Manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani. Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli. Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi kelabu atau putih apabila ia kering,dalamnya berwarna putih kekuningan.

Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok mempening. Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekitar 1.8 meter. Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin, berbentuk bulat dan berwarna hijau muda. Manjakani telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional masyarakat Arab, India, China dan Malaysia. Menurut kajian manjakani yang terbaik dikenali sebagai “Mecca Manjakani” atau “Allepo Manjakani”


Kandungan kimia

Manjakani kaya dengan Tannin, Vitamin A & C, Kalsium & Gallic Asid, Fiber, Protein & Karbohidrat. Selain itu, manjakani juga mengandungi unsur yang berkaitan dengan ubat penggerut kulit, anti-kuman & anti radang.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid. Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo Syria.

Kegunaan @ Khasiat

1. Awet Muda – Anti oksidan dalam manjakani dapat mengurangkan proses penuaan.

2. Pencegahan Diabetis - Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetis & asma.
 
3. Pencegahan dari kanser serviks dan payu dara

4. Pencegahan dari bau yang kurang menyenangkan / keputihan (kandungan estrigent dalam manjakani membantu menyingkirkan jangkitan bakteria, ragi dan fungus yang mendatangkan bau kurang menyenangkan di kawasan intim).

5. Menyembuhkan tisu vagina (tannins dalam manjakani dapat menegangkan otot faraj dan melawan kehilangan keanjalan kulit selepas kelahiran bayi, proses penuaan dan pertukaran hormone).

6. Mengurangkan lebihan mukus, membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.

7. Kecantikan kulit & mencegah jerawat

8. Kesihatan mata-memperbaiki tahap penglihatan

9. Rawatan Payudara
-tabiat meminum manjakani dapat mengembalikan keanjalan payu dara.

10. Rawatan tulang & gigi
-kalsium dalam manjakani dapat menguatkan gigi dan tulang

11. Memelihara kebersihan mulut

12. Mencegah dari kulit kering dan berminyak

13. Merawat barah kronik

14. Kaya dengan vitamin

15. Mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran

Untuk kegunaan luaran buah manjakani boleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka. Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma, membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Di setengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti. Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.

Sumber http://www.bio-asli.com/herb/sirih.asp#manjakani

Kenapa akak citer perihal manjakani ni? 

Ni nak bagitau ni. Sebab akak jual dik oooii SERBUK MANJAKANI MEKAH/ALEPPO 100% TULEN 

Apa bestnya benda alah ni kak ooiii?

Memang best la sgt2. Mereka2 yang dah pakai, yang bagi testimonial semua bagus-bagus. Nak-nak tang muka tu. Buat mask pastu sebelum cuci, scrub sikit. Dan macam-macam lagi cara kita boleh guna serbuk ni. Seriously sesiapa yang ada masalah kulit, cuba lah. 100% asli serbuk manjakani Mekah/Alleppo tanpa bahan tiruan ye.

Mana nak dapat benda ni kak oooii?

Meh tengok sini. Pastu kita calling-calling ok.
 http://kualalumpurcity.olx.com.my/serbuk-manjakani-mekah-aleppo-100-tulen-iid-148422522

Monday, December 06, 2010

Al Fatihah

With Love Ied @ May at 2:10 PM 0 comments Links to this post
Hari ni pejabat sunyi
Dah tak ada org yg bising-bising lagi
Yang menyakat anak-anak dara di pejabat lagi
Yang menyakat boss-boss lagi
Pergimu memang mengejutkan semua
Ye lah
Mungkin kau pergi utk mengingatkan kami semua
Yang mati itu pasti
Tak perlu tunggu tua
Tak perlu tunggu sakit

Allah Maha Mengetahui
Rupanya gelak tawa, sakat menyakat kita Khamis yang lalu
Adalah yang terakhir
Asam pedas ayam masakan ibu akak
Adalah yang terakhir
Kita makan semeja
Dan kini Mizan
Sedekah yang terbaik dari kakakmu ini

AL FATIHAH
dan semoga roh-mu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org-org yg beriman

Mohd Yamizan. Rakan sepejabat. Dalam kenang.

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting