Friday, August 22, 2008

With Love Ied @ May at 2:02 PM 4 comments Links to this post
Baby...I'm Back


I'm back lepas lama bercuti. Balik dari Alor Setar ari tu pergi lak Setiu. Ikut Abg pegi shoot wedding. X baper best la pegi sana sebab masa pegi 9 jam dok dlm kete!!!!! Tensen wooooo!!!! Bila balik elok je 7 jam. Mana taknye rombongan lelaki tu ikut Jabor masa pegi Setiu tu. Padahal masa balik kitorg ikut jalan pantai 7 jam je. Balik kena selsema sebab tidor betul2 straight ngadap air cond. Amek ko! Actually ada pic tapi maleh nak upload. Nanti2 bila ada masa I upload ok. For the moment korg blh enjoy gambar2 wedding kat Setiu tu kat adryaziz.fotopages.com tu dulu.

Owh...masa pegi Alor Setar tu kitorg got the chance shopped till we drop kat Padang Besar! Best woooooo!!!!!! Me, of course la semua barang yg dibeli untuk souvenirs family. I bought tshirts for my father and brothers. Utk Mama dgn Mak Mun lak belikan handbag. By the way I'm not into diorg punye replica handbags. Mahal! Tgk takdela tegap mana. Besi dia pun nipis. Gam2 dia pun x kemas but still way too expensive. Takmo kurang langsung eventhough dah tawar bagai nak rak!!! Abg lak belikan tshirts for his father and brothers. For the ladies kesian lak x de barang. Sebab ingatkan pegi Terengganu sempatla kalo nak pegi shopping. Ghopenye x sempat jugak. Pastu Abg dpt beli beg satu for himself. As fo me, I just treat myself with 2 pairs of pants. Yang suitable for this pregnant lady. Ahakss....

Lepas shopping sakan kat Padang Besar, pegi ke Penang lak. Akhirnya tercapai gak hajat nak gi Penang dgn Abg. 3 hari 2 malam kitorg kat sana. Dok kat Wave Runner Beach Chalet. Exactly kat tepi laut. Ok la bilik tu. Just for the two and a half of us.... Teringin nak pegi Bukit Bendera. Setelah sesat2 jalan mencari Bukit Bendera, tgk2 TUTUP lak!!!! Dah sebulan lebih tutup sebab nak repair landasan keretapi dia tu!!!! Sedih wooo... Org pregnant mengidam nak naik Bukit Bendera. Bila dah sampai tak dpt lak naik. Actually our visit to Penang memang below expectation. Pegi makan Nasi Kandar Line Clear takde la sedap mana pun. Kari Ikan pun below expectation. Tapi harga untuk 2 org makan RM 16.00++!!! Sedap lagi kat Pelita dgn restoran kat bawah umah ni je haaa... Pastu pegi Padang Kota, orderla Mee Udang. Tau tak mcm mana rupe Mee Udang dia, Mee Jawa letak Udang sederhana besar 3 ketul!!! Yang lagi best harga sepinggang RM 8.00!!!!!!! Pastu Abg mkn Char Kuey Teow pun tak sedap! Abg nak sedapkan hati dia orderla Sotong Bakar dgn Kerang Bakar. Nak tau tak harga dua benda nih???? RM 16.00 untuk Sotong dan Kerang Bakar SAHAJA!!!! Nasib baik x amek pasembor. Kang entah bape la pulak. Baikla kitorg makan restoran biasa je.

Masa balik tu kitorg pegi makan biase2 je. Malas nak mencari. Takut keciwa lagi. Lepas tu terus shoot off ke Ipoh. Balik kampung. Tapi singgah ke Kuala Kangsar. Pegi round2 kawasan istana. Kalo datang sini logiknye pegile pekena laksa kat tepi sungai. Tapi tekak skrg ni mmg tak teringin langsung benda2 masam ni, jadi takdela cari. Ingatkan nak ajak Abg singgah Taiping mkn Char Kuey Teow yg famous kat sana. Tapi malas lak. Dah tu exit Taiping pun dh terlepas sebab gue tetido. Sampai Ipoh call Cik Ji nak tanya pasal Ipoh Noodle Soup. Cik Ji bagi la direction. Dalam hujan renyai2 tu, nasib baik la jumpe gerai tu. Gerai tu kat seberang pasar lama dan dekat2 dgn Super Kinta Ipoh. Tapi skarang Super Kinta dah takde. Padahal tu la trademark Ipoh dulu. Teringat zaman kanak2 dulu, asyik nak pegi sana je. Padahal yang ada Kamdar je. Owh...aku dilahirkan di Batu Gajah. Pastu dok dgn Arwah Atuk ngan Opah kat sana for 3 years. Lepas Arwah Opah takde, Mama bawak aku balik KL. Tapi masa cuti sekolah mesti balik sana. Dok umah Cik Ji ngan Mak Mun aku ni. Kalo 2 minggu cuti, seminggu mesti dok sana. Sebab kwn2 ramai kat sana dulu. Tapi skrg x tau dah mana pegi.... Tido semalam umah Cik Ji. Esoknye kami balik KL.

Lepas ni nak pegi Muar lak. Umah pak sedara, Abg Rudi @ Uncle Mi. Saje nak jln2 before meletop ni. Bawak adik ipar 2 org sekali. Maklum le cuti sekolah. Dapat rasa kehidupan kat kampung yg ada dusun sekelilingnye tu nanti.... Daaaa....

Monday, August 04, 2008

With Love Ied @ May at 1:28 PM 0 comments Links to this post
Panas


Panas btol kan skrg. Kalo dok umah ni mau aku pakai singlet je. Skrg ni tgh2 malam pun aku mandi. Panas. Dah la tgh preggie. Lagi la badan ni panas je. Mcm org demam. Tapi tak demam. Nak pasang air cond, rumah ni rumah sewa. So air cond kat kedai je la fully utillized.

Kelmarin pegi PC Fair. So dapat la beli RAM dgn hard disk baru. Murah gak. Tapi setelah survey setiap booth baru la dpt compare harga. Beli Internal je RM 150 utk 250Gb hard disk. RAM plak RM 107 utk 1 Gb. Beli DDR RAM je sebab PC kat umah ni PC lama. Kalau DDR2 lagi murah rasanye. Lepas pegi PC Fair naik pegi Rasa Food Court KLCC semata2 nak makan Mihun Udang. Sekarang ni tekak nak Mihun Udang je.

Kalau citer pasal makan lagi, semalam aku gi Veldrome Cheras. Makan Ayam Goreng Kampung yg famous amos kat sana. Siap masuk paper lagi tuh. Ok la gak. Daging Salai dia sedap gak. Pastu byk ulam. Boleh pilih sama ada nak kandar or berhidang. Tapi jgn tak tau, walaupun makan kat gerai boleh cecah sampai RM 200++ tau!!! Semalam makan utk 3 org pun dah kena RM 20++. Kalau air lak, highly recommend Jus Durian Belanda. Hari ni plan nak bawak Abg gi sana. Semalam Abg takde sebab pegi Karak. Ada photography job. Aku story kat Abg psl tpt tu. Hari ni dia lak nak pegi.

Before Abg pegi Karak, Abg bawak pegi makan kat Tupai-Tupai. Walaupun dah 24 tahun dok KL, ni la first time aku pegi Tupai-Tupai. Tau tpt dia kat sebelah DBP je. Peginye tak penah. Amek Steamboat Buffet. Tom Yam Air Kelapa. Sedap. Variety pun ada. First skali of course la aku sapu udang. Dah bosan baru makan benda lain. Tapi kalo gi sana baikla bawak air mineral dlm beg. Air Kosong dia pun RM 0.60 sen! Maybe aku prefer Nelayan Seafood more than Tupai-Tupai kot. Lagi byk makanan. Byk pilihan la. Dolu2 kitorg selalu celebrate Anniversary kat Nelayan. Cuma last year dah tak pegi sebab uruskan hal2 kawen. This year ingat nak pegi tapi tak tau la. Tgk keadaan. Sebab Anniversary tahun ni mungkin tgh dalam pantang.

Gambar takde la sebab Abg takde. Kalau Abg ada pun mesti tak amek gambarnye. Segan nak suruh abg amek gambar. Camera dah la gedabak. Maklum la Photographer. Mcm poyo je kuar kamera besar2 kat gerai. Walaupun sebenarnye lantakla org nak kata apa. Takpe tgk la jap lagi, kot2 dpt sesnap dua ke...

Travel log


End of this week Abg ada job dkt Alor Setar. Hehehee... Abg ajak follow dia. Of course la gue takkan menolak. Yea...yea...dpt pegi jalan2. Abg cakap lps tu kita round la Kedah, Penang pastu bolehla singgah kampung kat Perak. Bestnye... So sesape yg ada recommendation tpt2 yg menarik kat sana, recommend la. Especially tpt makan. Tpt shopping ingat dah sampai Kedah tu baek pegi je Perlis. Pegi Padang Besar ke. Tapi mcm tak larat je....

Skrg ni tgh survey2 pakej2 ke Sabah. KK je kot. Tapi utk tahun depan la. Bawak baby sekali. Honeymoon dgn baby. Kuching dah sampai. KK tak penah lagi. Ingat nak pegi Bali. Tapi macam tak sesuai je bawak baby.
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting