Jika you pernah membaca post I
New York Skin Solution uols pasti terbaca I juga pernah mendapatkan rawatan di Klinik Ayu Jelita. Lagipun nak raya ni mesti ramai yang nak kulit cantik kan. So ni I share pengalaman I buat treatment di Ayu Jelita.
It was year 2007. Sebelum majlis perkahwinan I ada dapatkan treatment untuk scar removal. Acne scars sebenarnya. Ada yang kecik-kecik. Ada satu tu besar punya. Parut jerawat hitam-hitam. Seriously ianya memalukan.
I pergi consult dengan DermaGenesis at first. Tapi way too expensive. So I pergi Klinik Ayu Jelita. At first as I walked in, staff memang friendly. I register then masuk bilik Doktor. I tak ingat nama Doktor tu. It was a lady doctor. Doktor diagnose my scars and bagi two suggestions; TCA Peel ataupun IPL. Tapi the problem dengan IPL, I perlu buat few sessions untuk remove the scars. It will cost me alot more money. hehe... Berbeza dengan TCA peel, RM 700 untuk sekali application dan I can achieve desire result. So I opt for TCA Peel. I buat appointment for the next day untuk buat procedure ni.
Keesokkannya I datang ke klinik dan terus ke bilik rawatan. Dalam bilik tu mata I ditutup supaya tak kena cecair tu. Maklumla. Chemical peel kan. Masa doktor apply TCA tu mula-mula rasa sejuk lepas tu ada rasa pedih. Tapi pedih yang boleh tahan la. Kat tempat yang macam scars yang degil tu dia extra titikkan TCA. Lepas habis treatment tu, Doktor advise jangan bagi kena direct sunlight. Meaning I have to use umbrellas during outdoor activities. I juga kena pakai sunblock at least SPF 60. After two weeks I kena datang balik Doktor tengok balik perkembangan new skins.
Balik tu my skins start peeling. Menggelupas teruk tapi jangan dikopek ye. Dalam masa seminggu dah ok dah nampak cantik sangat kulit tu. Soft macam baby. Cerah sikit kulit I.Tapi ada satu du scars ni tak hilang lagi. Dan I kurang puas hati.
After two weeks I went to Ayu Jelita for my appointment. Looks like I'm loving my new skins except for that acne scars. Degil betul parut tu. Agaknya Doktor tu tengok I tak puas hati, she offfers me another treatment for free tapi hanya dekat scars yang belum hilang kesannya itu. See, for RM 700, I dapat 2 specialist treatments. hehe... Ok dah selesai proses macam biasa I kena datang balik untuk follow up.
Lepas seminggu all my acne scars pudar. Tak totally hilang. Tapi I puas hati. Parut hitam tu pudar almost my skin colour. Doktor kata suppose TCA Peel ni dibuat 6 bulan sekali or setahun sekali. Tapi I buat sekali tu je. Tak mampu nak lalui proses peeling itu lagi. So my skin tak maintain. Dah ada anak ni lagi la susah nak maintain. Tapi I guna Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen tu twice a week dengan sabun Eumora daily. So ok la sikit. Parut jerawat pun susah nak lekat. Lagi satu i cuba untuk tak picit jerawat tu. Tapi kadang-kadang tu tak mampu nak melawan godaan, I picit juga.
Sedikit info mengenai TCA Peel di Ayu Jelita
http://www.ayujelita-aesthetic.com.my/procedure02.php
p/s: Sepatutnya entry ni bergambar. I ada ambil gambar sebelum, semasa dan selepas treatment. Sayangnya gambar-gambar tu dalam laptop lama I.