Thursday, December 08, 2022

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Naik Kapal Pelayaran Resort World Cruise

With Love May at 3:55 PM
Benda yang korang perlu tahu bila nak naik Resort World Cruise 

 1. Kapal akan berlepas dari Port Klang. Kalau dari Malaysia, biasanya ada 2 laluan pelayaran. Iaitu Port Klang - Penang - Singapura - Port Klang dan Port Klang - Singapura - Port Klang 

 2. Pakej naik cruise biasanya dah termasuk dengan makan. Makan dekat atas cruise di restoran halal ala buffet tau. Korang takyah risau tak cukup makan sepanjang pelayaran dan takkan kebulur 

 3. Biasanya dalam cruise ni orang akan bersantai dan enjoy dengan aktiviti yang ada di dalamnya. Antara kemudahan free yang korang boleh guna dekat sini ialah kolam renang, water slide, rope obstacle ala ninja warrior, wall climbing, gym, gelanggang bola keranjang, futsal, kids room (2 jam free), mini golf dan sebagainya, panggung Zodiak 

 4. Kalau aktiviti berbayar pula seperti karaoke, bowling, snooker, persembahan tertutup, game arcade, spa dan urutan, boleh shopping macam-macam juga dekat dalam cruise ni semua duty free. 

 5. Ada 3 jenis benda yang korang kena bayar bila nak naik cruise iaitu Cruise Fare, Port Charges dan Gratuity. Cruise Fare dan Port Charges korang boleh bayar dekat ejen semasa nak booking cruise, manakala Gratuity bayar masa nak check out dari kapal 

 6. Nak naik cruise kena ada passport. Sebelum naik cruise, pastikan bawa passport sekali ya 

 7. Parking kereta hanya RM20 sekali masuk. Korang boleh parking dekat depan Terminal Pelabuhan Klang 

 8. Bila dah sampai Singapura, korang ada option sama ada nak turun bersiar-siar di Singapura selama 4-5 jam, atau stay lepak dalam cruise. Masa ni paling best nak try facilities dalam cruise sebab masa cruise berlabuh ramai orang turun, facilities semua jadi lengang. 

 9. Ada wifi dalam ni, unlimited kuota tapi berbayar la ye. Korang boleh bayar pakai kad Bigpay atau debit pun boleh Kalau korang nak book cruise ni, boleh check tarikh available dan harga dekat sini
Cruise terbesar dunia
Kategori kabin dalam cruise
Makan memang meriah. 5 kali sehari ye.
pool kat atas kapal ni ada slides. Tinggi dan panjang. Satu-satunya kapal yang ada taman tema ye.
Kabin jenis Balcony
Kabin Balcony
Kabin jenis Interior


0 comments:

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting