Friday, August 22, 2008

With Love Ied @ May at 2:02 PM
Baby...I'm Back


I'm back lepas lama bercuti. Balik dari Alor Setar ari tu pergi lak Setiu. Ikut Abg pegi shoot wedding. X baper best la pegi sana sebab masa pegi 9 jam dok dlm kete!!!!! Tensen wooooo!!!! Bila balik elok je 7 jam. Mana taknye rombongan lelaki tu ikut Jabor masa pegi Setiu tu. Padahal masa balik kitorg ikut jalan pantai 7 jam je. Balik kena selsema sebab tidor betul2 straight ngadap air cond. Amek ko! Actually ada pic tapi maleh nak upload. Nanti2 bila ada masa I upload ok. For the moment korg blh enjoy gambar2 wedding kat Setiu tu kat adryaziz.fotopages.com tu dulu.

Owh...masa pegi Alor Setar tu kitorg got the chance shopped till we drop kat Padang Besar! Best woooooo!!!!!! Me, of course la semua barang yg dibeli untuk souvenirs family. I bought tshirts for my father and brothers. Utk Mama dgn Mak Mun lak belikan handbag. By the way I'm not into diorg punye replica handbags. Mahal! Tgk takdela tegap mana. Besi dia pun nipis. Gam2 dia pun x kemas but still way too expensive. Takmo kurang langsung eventhough dah tawar bagai nak rak!!! Abg lak belikan tshirts for his father and brothers. For the ladies kesian lak x de barang. Sebab ingatkan pegi Terengganu sempatla kalo nak pegi shopping. Ghopenye x sempat jugak. Pastu Abg dpt beli beg satu for himself. As fo me, I just treat myself with 2 pairs of pants. Yang suitable for this pregnant lady. Ahakss....

Lepas shopping sakan kat Padang Besar, pegi ke Penang lak. Akhirnya tercapai gak hajat nak gi Penang dgn Abg. 3 hari 2 malam kitorg kat sana. Dok kat Wave Runner Beach Chalet. Exactly kat tepi laut. Ok la bilik tu. Just for the two and a half of us.... Teringin nak pegi Bukit Bendera. Setelah sesat2 jalan mencari Bukit Bendera, tgk2 TUTUP lak!!!! Dah sebulan lebih tutup sebab nak repair landasan keretapi dia tu!!!! Sedih wooo... Org pregnant mengidam nak naik Bukit Bendera. Bila dah sampai tak dpt lak naik. Actually our visit to Penang memang below expectation. Pegi makan Nasi Kandar Line Clear takde la sedap mana pun. Kari Ikan pun below expectation. Tapi harga untuk 2 org makan RM 16.00++!!! Sedap lagi kat Pelita dgn restoran kat bawah umah ni je haaa... Pastu pegi Padang Kota, orderla Mee Udang. Tau tak mcm mana rupe Mee Udang dia, Mee Jawa letak Udang sederhana besar 3 ketul!!! Yang lagi best harga sepinggang RM 8.00!!!!!!! Pastu Abg mkn Char Kuey Teow pun tak sedap! Abg nak sedapkan hati dia orderla Sotong Bakar dgn Kerang Bakar. Nak tau tak harga dua benda nih???? RM 16.00 untuk Sotong dan Kerang Bakar SAHAJA!!!! Nasib baik x amek pasembor. Kang entah bape la pulak. Baikla kitorg makan restoran biasa je.

Masa balik tu kitorg pegi makan biase2 je. Malas nak mencari. Takut keciwa lagi. Lepas tu terus shoot off ke Ipoh. Balik kampung. Tapi singgah ke Kuala Kangsar. Pegi round2 kawasan istana. Kalo datang sini logiknye pegile pekena laksa kat tepi sungai. Tapi tekak skrg ni mmg tak teringin langsung benda2 masam ni, jadi takdela cari. Ingatkan nak ajak Abg singgah Taiping mkn Char Kuey Teow yg famous kat sana. Tapi malas lak. Dah tu exit Taiping pun dh terlepas sebab gue tetido. Sampai Ipoh call Cik Ji nak tanya pasal Ipoh Noodle Soup. Cik Ji bagi la direction. Dalam hujan renyai2 tu, nasib baik la jumpe gerai tu. Gerai tu kat seberang pasar lama dan dekat2 dgn Super Kinta Ipoh. Tapi skarang Super Kinta dah takde. Padahal tu la trademark Ipoh dulu. Teringat zaman kanak2 dulu, asyik nak pegi sana je. Padahal yang ada Kamdar je. Owh...aku dilahirkan di Batu Gajah. Pastu dok dgn Arwah Atuk ngan Opah kat sana for 3 years. Lepas Arwah Opah takde, Mama bawak aku balik KL. Tapi masa cuti sekolah mesti balik sana. Dok umah Cik Ji ngan Mak Mun aku ni. Kalo 2 minggu cuti, seminggu mesti dok sana. Sebab kwn2 ramai kat sana dulu. Tapi skrg x tau dah mana pegi.... Tido semalam umah Cik Ji. Esoknye kami balik KL.

Lepas ni nak pegi Muar lak. Umah pak sedara, Abg Rudi @ Uncle Mi. Saje nak jln2 before meletop ni. Bawak adik ipar 2 org sekali. Maklum le cuti sekolah. Dapat rasa kehidupan kat kampung yg ada dusun sekelilingnye tu nanti.... Daaaa....

4 comments:

arale said...

may, nasi kandar line clear tu feveret aku..maybe ko x suka jenis yg camtu kot..dia mmg otai...nk makan mi udang gi sg dua...nk lg best kat matang pun ada...lg murah, 5 inggit je dan udang byk gila...char kuey teow lak kat sunshine, bayan baru....gi tepen lak gi mkn kuetiaw doli...mmg best...tp kuetiaw kerang bukan char keuy tiaw...tp skrg ni pd aku biasa je pasal kg laki aku kat tepen..balik je mmg gi mkn situ...

SlumbeRaja said...

bercuti sakan nampak.. best gak jalan jauh2 nie...

just dropping by slumbeR@J@!

My Life said...

arale

tu la mi udang sg dua tu br ku tau lps smpi umah pak cik aku. kuetiaw kerang doli tu aku tau sbb hasben aku sekolah SERATAS kat Taiping dulu. Tapi mana dia nak bwk aku gi sana. Dia bwk gf dia je. Bini takmo bwk...hehehe.... Nasi Kandar tu maybe aku dah rasa yg lagi sedap such as dkt PJ tu, ntah apa ntah nama restoran tu. Yg kat dlm food court bangunan kaler biru kuning mcm bagunan mpaj tuh. Tu yg aku kecewa sket...

Slumberaja

Mmg jln sakan. Next week dah nak pose. Pastu raya dah nak dkt meletop dah. Susah nak jln2. Skrg ni la cuti2 Mesia....

arale said...

Yg kat pj tu pun ok gak...biasa gak gi sana....tu pun otai gak...dia kat sebelah a&w...sakan ye ko jalan...jeles gak...aku x tau bila lak nk cuti2 mesia...laki aku keje sabtu, tu yg payah tu...

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting