Thursday, February 04, 2010

Saya Sedang Menjalani Proses Berpantang

With Love Ied @ May at 8:49 PM
Salam semua,

Saya telah selamat melahirkan puteri kedua saya pada 23 Januari 2010 pada pukul 4.40 pagi di Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Kini saya sedang menjalani proses berpantang seperti anda semua sedia maklum. Sekarang ni my little princess sedang lena diulit mimpi di sebelah saya sementara saya meng update blog yang dah bersawang ni. Nama baby dah ada tapi biarla suami saya pegi register dulu baru saya reveal tapi yang pasti ia bermula dari huruf A. Ye, legasi A mesti diteruskan. Itu permintaan papa kepada anak2 saya.

Sekarang saya dah ada sepasang anak. Seronok sangat. Seronok sebab saya ada 2  orang cahayamata sebelum berumur 30. Seronok sebab keluarga saya dah lengkap. Yes, princess . You complete our little family. Alhamdulillah.

Saya akan bercuti selama 60 hari which is so rugi sebab bulan Februari banyak sgt cuti umum. Rugi. Rugi. Rugi. Ada sesapa tau tak macam mana nak mintak cuti menyusu aka cuti tanpa gaji? Ada org yang saya kenal dekat hospital bagitau tapi dia Staff Nurse of course la kalau dia mintak senang dapat sebab HKL memang support EBF ni. What about kementerian yang lain? Dapat sebulan pun jadi la...

Gambar baby nanti saya akan upload sedikit masa lagi. Mungkin selepas saya pulang ke rumah saya sendiri. Till then. Daaa....

4 comments:

Lady of Leisure said...

tahniah tahniah....
lady tumpang gumbira...
selamat berpantang ye..
:)

Zuhaini said...

wah.. tahniah ya!

cuti menyusu tu cuba la apply.. kot2 dapat.. :)

Sweetlilcraft said...

tahniah may..sukanye dh tmbah bb baru :)

Ied @ May said...

tq semua...

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting