1. Stok susu dapat dijimatkan dan ianya tidak membazir
2. Susu boleh ditingkatkan kepada sukatan yang lebih setelah bayi sudah mula pandai menghabiskan sukatan yang kecil
Saya pernah menyimpan EBM 5oz sebotol. Memang rugi. Kenapa? Setiap kali saya mengambil anak saya dari taska, mesti ada lebihan EBM. Kadang-kadang tu sampai 3oz! Tu baru sebotol yang saya nampak. Belum yang botol-botol lain yang saya tak nampak. Untuk ib-ibu seperti saya yang mana kadang-kadang pengeluaran susu kurang produktif, 3oz sebotol yang dibuang, adalah amat merugikan.
Jadi sekarang, apa yang saya buat ialah menyimpan stok EBM saya 3-4oz sahaja. Alhamdulillah. Setakat ni belum nampak pembaziran terlampau. Stok simpanan saya juga semakin banyak. Setiap hari saya akan bekalkan 4-5 botol EBM. Kalau ada lebih, pihak taska akan simpan dalam freezer. Begitulah cycle EBM saya setiap hari...
2 comments:
sgt2 bersetuju...
masa awal2 dulu, ayu pun kerap juga simpan banyak2..
kdg2 satu botol tu 5 oz sedangkan time tu danial hanya perlukan 3oz shj..huhu...masa tu serius susu mmg mewah...skrg ni, baru la terasa....wpn ayu bersyukur dgn setiap rezeki yg ada..klu boleh, juz nak guna fresh sahaja..yg frozen tu back up utk next2 emergency...^_^
hmmm..mmg kalau blh nak bg yg fresh from farm...hehehe..what can we do, we are working moms. dalam masa yg sama nak ebf anak.
Post a Comment