Monday, September 05, 2011

Post Raya Syndrome

With Love Ied @ May at 4:54 PM
Jennifer Hudson dah kurus wei. I ni bila lagi???

Waaa... I sangat jeles tgk gambar u ni jennifer ooii
Nak nak lepas raya ni. Tak sanggup you nak timbang berat badan. Belum raya pun I tak sanggup, inikan pula lepas raya.

Citer raya raya ni, so how's your raya. Mine , biasa biasa aje. Anak dah dua noks. Semua persiapan tertumpu kat diorang. Gambar raya pun takde. Teruk kan? Nama je isteri kepada fotografer, tapi satu haram gambar raya pun takde. Dia dah nak gantung kamera dah kot. Tapi kan I pun tak sanggup nak letak full body photo I untuk tatapan umum sekarang ni memandangkan confidence level I memang down sebab badan macam tong drum dah ni. Sungguh merapu ayat ini. Tapi I ada satu benda best. You scroll down kat p/s/s nanti tau.

Balik raya, nah amek kau. Suara I yang lemak manis disukai ramai dah takde. Hilang terus. Jangan harap la nak dengar ala ala serak serak basah ke apa ke. Kapussshh...suara takde ye. Tu yang rajin tetiba lepas raya nak tulis blog. Alasan tak hengat. Kurang berkata kata I la nampaknya dua tiga hari ni. Harus ke jumpa doktor? Tapi hari ni idak le. Malas nak menunggu. Confirm ramai orang. Banyak woo post raya punya penyakit ni. Adik I kata umur 23 pun masuk ICU koma sebab sugar level tinggi. Jadi sila jaga sugar intake anda ye.

Rasanya sebelum raya hari tu I tak sempat nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kat semua kan. Except yang dalam FB je la kan. Di kesempatan ni I nak ucapkan SALAM AIDILFITRI untuk semua. Salah & silap dalam blog ni, kita kira 0-0 la ye. Yang lain-lain tu kita kira halal je la ye.

p/s : jangan lupa beli Serbuk Manjakani Mekah/Aleppo 100% Tulen hanya dari sini ye http://www.facebook.com/manjakani.mekah

p/s/s : I tak mampu nak pakai undergarment yang sedang hangat di pasaran sekarang tapi I ada pakai satu lagi undergarment yang lebih kurang je fungsi dengan harga yang lebih rendah. Serious I kurang rasa lapar sejak pakai undergarment ni. Maybe sebab long bra dia tekan perut so kita bila kita makan sikit dia turun ke perut tu slowly kot dan penghadaman boleh berlaku naturally. hahah...Pandai - pandai je aku. Hopefully aku selim melim la pasni...

4 comments:

MaSLiNa said...

undergarment yg brand apa ko pakai? mmg PB tak mampu jugak la den nak beli.. aku pun dah nak mcm tong jugak ni.. adeiii

Ied @ May said...

aku pakai jealousy.
harga half dr pb.
function sama mcm pb.
satisfaction guaranteed sbb baju raya aku dah boleh pakai size s
hehehe...

MaSLiNa said...

Ida, bg la details pasal Miss J tu.. aku nak try la.. harga seribu lebih la kan kalo half dari PB? nanti kalo ko ada masa, email aku kat maslina4880@yahoo.com atau dlm inbox FB psl ni ye? aku mcm berminat je :)

Ied @ May said...

orait bebeh

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting