Saturday, March 17, 2012

Aktiviti Lepas Jumpa Client

With Love Ied @ May at 9:42 PM
Khamis lepas jumpa client husband ajak makan asam pedas. And of course la tempat asam pedas fav kami kat gerai penjaja MPAJ Tmn Dagang kat Commando Kiosk. Dari belum kawen sampai anak dah nak masuk tiga (insyAllah) memang ni la kedainya. Sampai kami kawen pun pakcik commando ni bagi kami hadiah.

Oh ye. Pakcik ni memang bekas komando ATM. Dia ore kelate. Makcik aka wife dia org Melaka. Awal-awal buka dulu memang makcik dgn pakcik ni je yang jaga. Pastu ada anak dia lelaki masa tu blom masuk belajar. Kalau anak dia ni potong cili, abes biji-biji cili dia buang termasuklah biji cili api! Tapi sekarang diorg da pakai pekerja. Ada gak la anak perempuan diorg sekali dah skrg.

Btw dulu masa diorg bertiga je jaga kedai memang asam pedas diorg marvellous. Tip top to the mountain. Skrg ok cuma da tak mencapai standard saya je la kot. Maybe sebab asam pedas mak saya lagi meletup-letup kebaboom bila makan sampai meleleh air mata termasuk air hidung dan memercik mercik peluh jantan bila makan! Overstated pulak ye.

Anyway one set asam peda pari with rice, vege, telur asin & ulam2 RM 7 only!

0 comments:

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting