Follow je instruction kat gambar. Mudahkan?
Followers
My Twitter
Popular Posts
Blog Archive
-
►
2011
(31)
- December (1)
- November (7)
- October (3)
- September (1)
- August (2)
- July (2)
- June (1)
- April (5)
- March (2)
- February (2)
- January (5)
-
►
2010
(31)
- December (3)
- November (4)
- October (1)
- September (3)
- August (3)
- July (2)
- June (3)
- May (5)
- April (1)
- March (1)
- February (2)
- January (3)
-
►
2009
(39)
- December (1)
- November (7)
- October (4)
- September (1)
- August (6)
- July (1)
- June (2)
- May (3)
- April (3)
- March (5)
- February (3)
- January (3)
-
►
2008
(37)
- December (5)
- November (2)
- October (2)
- September (3)
- August (2)
- July (3)
- June (3)
- May (5)
- April (3)
- March (2)
- February (2)
- January (5)
Labels
Sunday, September 20, 2015
Edazzrich dan Tutorial Hijab Cantik buat Giveaway
Follow je instruction kat gambar. Mudahkan?
Monday, September 07, 2015
Resepi Bubur Lambuk Ringkas
Ameer 10 kali datang dapur masa tengah masak ni. Tanya " mama masak nasi bubur ke". Ni dah habis 2 mangkuk terus tidur
bawang merah – blend
bawang putih – blend
ikan bilis sedikit – blend
lada hitam – tumbuk kasar
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
beras satu pot (ikut suka lah nak banyak mana pun.. :P)
ayam – dipotong dadu
daging (kalau nak, taknak tak payah)
kentang – dipotong dadu
karot – dipotong dadu ( ni tak ada dalam peti ais)
bunga kobis – dipotong kecil2 (ni pun takde dalam peti ais)
santan 500 g ( kak yong guna santan rm 2 lebih kurang 200g je)
garam secukup rasa
1) tumiskan bawang kecil + bawang putih + ikan bilis + lada hitam + rempah tumis sehingga bau wangi
2) masukkan ayam/daging sehingga empuk
3) masukkan air 1/2 periuk
4) masukkan beras
5) setelah menggelegak, masukkan santan
6) masukkan kentang + karot + bunga kobis
7) taburkan garam
8) tunggu sehingga nasi bertukar menjadi bubur!
– bubur perlu dikacau selalu supaya tidak melekat di dasar periuk
– bubur akan meletup2, jaga muka anda ye..
– kalau taknak bubur meletup2, boleh masak bubur nasi asing dan campur semua bahan tumis, ayam dan sayur yang telah dimasak terlebih dahulu.
– kalau nak guna santan kotak, masukkan santan akhir sekali sebelum tutup api.. kiranya sekejap je lah santan tu
Saturday, September 05, 2015
Suri Rumah & Work At Home Mom
Buka fb terbaca kawan-kawan share status cik puan nurul ni. Mashaa Allah. Memang betul la apa yg dia tulis ni.
Sebagai ibu yg pernah cuti utk jaga anak. Memang saya lalui semua ni. Memang kadang kala rasa nak breakdown dah. Tapi demi anak-anak kena juga kuatkan hati. Tengok anak membesar ni bukan dapat banyak kali. Bila mereka dah besar we surely missed those moments.
Boleh nampak everytime kami keluar anak beranak minum-minum atau kat kat masjid ke surau. Ramai yang tegur.
" dulu kami macam awak la. Anak deret deret. Bawak pergi jalan-jalan. Macam-macam ragam. Sekarang semua dah besar buat hal masing-masing. Bila umur dah meningkat, baru rasa sunyi." Kata-kata ni mmang selalu orang cakap kat kami.
Cik puan nurul. Thanks kerana meluahkannya. Bagi depa hat yang tak paham tu paham sikit. Credit to you.
" Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk jaga anak + bekerja dari rumah, ini apa yang saya rasa:
1. Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat & stres daripada bekerja.
2. Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yg ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit & terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yg 24 jam duduk dengan mak ni manje dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpe dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.
3. Jadi suri rumah, kadang2 akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yg sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang2 tak sempat makan. Nak pulak kalau buat bisnes macam saya,terkejar2 antara kerja rumah & bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak2 pun dah tau...kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah
4. Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dgn tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambik anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambik anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan2 dgn ofismate kadang2 rasa jealous.
5. Jadi suri rumah takde cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambik mc. Hantar anak kat taska & rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tdo dengan tenang dan bahagia
6. Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambik cuti sehari, pergi jalan2 tgk wayang. Anak kat taska. Sekarang... dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe... anak2 dah sekolah nanti boleh repeat semula.
7. Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita. "Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je" "dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?" "Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal" "syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak". Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu.... apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah...nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.
8. Jadi surirumah, kadang2 syaitan akan datang & bisik : kalau tak resign dulu... sekarang gaji mesti dah beribu bilion...bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? Syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.
Sebab tu ada ustaz yg kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yg akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah! "