Monday, September 07, 2015

Resepi Bubur Lambuk Ringkas

With Love Ida Mansor at 3:31 PM
Hari ni kak yong masak bubur lambuk. Sebab sakit gigi. Keupayaan mengunyah tu kurang sikit.

Resepi ni kak yong dapat dari rakan forum aka rakan blogger dan skrg dah jadi rakan fb. Lepas tu kak yong adjust sikit supaya cepat siap dan anak-anak kak yong boleh makan. Tambahan pula kak yong hanya guna bahan yang ada dalam peti ais saja.

 Ameer 10 kali datang dapur masa tengah masak ni. Tanya " mama masak nasi bubur ke". Ni dah habis 2 mangkuk terus tidur

bubur lambuk moden/ringkas

bahan2:

bawang merah – blend
bawang putih – blend
ikan bilis sedikit – blend
lada hitam – tumbuk kasar
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
beras satu pot (ikut suka lah nak banyak mana pun.. :P)
ayam – dipotong dadu
daging (kalau nak, taknak tak payah)
kentang – dipotong dadu
karot – dipotong dadu ( ni tak ada dalam peti ais)
bunga kobis – dipotong kecil2 (ni pun takde dalam peti ais)
santan 500 g ( kak yong guna santan rm 2 lebih kurang 200g je)
garam secukup rasa

cara memasak:

1) tumiskan bawang kecil + bawang putih + ikan bilis + lada hitam + rempah tumis sehingga bau wangi
2) masukkan ayam/daging sehingga empuk
3) masukkan air 1/2 periuk
4) masukkan beras
5) setelah menggelegak, masukkan santan
6) masukkan kentang + karot + bunga kobis
7) taburkan garam
8) tunggu sehingga nasi bertukar menjadi bubur! 
untuk hiasan dan tambah perisa, masukkan daun sup, daun bawang, ikan bilis goreng dan bawang goreng.dan, kalau nak tambah sayur, ikut sesuka hati je.. nama pun bubur lambuk kan

tips:

– bubur perlu dikacau selalu supaya tidak melekat di dasar periuk
– bubur akan meletup2, jaga muka anda ye..
– kalau taknak bubur meletup2, boleh masak bubur nasi asing dan campur semua bahan tumis, ayam dan sayur yang telah dimasak terlebih dahulu.
– kalau nak guna santan kotak, masukkan santan akhir sekali sebelum tutup api.. kiranya sekejap je lah santan tu








0 comments:

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting