Friday, June 02, 2017

Jalan-jalan Bukit Gambang Resort City

With Love May at 1:14 PM 14 comments
Okay. Bulan puasa baru sempat nak update trip kami ke Bukit Gambang Resort City❗ 
Yeay❗

Okay. Ini memang tak dirancang. Kebetulan kami dapat tiket percuma dari Unit Penjenamaan Utusan Malaysia. Tiket sponsor uols πŸ˜†

Hari Isnin 8/5/2017 tu kami gerak dari KL terus ke BGRC untuk explore Safari Park❗❗❗

Expectation kami?  Ala.  Mesti biasa-biasa je. Takat haiwan kecil-kecil tu je. Well. Saya silap. Sangat-sangat silap. Punyalah besar Safari Park tu. Macam Zoo❗

Yang lagi best kami dapat tengok haiwan liar macam singa,  harimau,  gajah, kuda belang, hyena dan lain-lain secara dekat menaikki tram. 

Boleh tengok kat fb saya. Hari tu saya ada buat LIVE feed masa kat dalam tram❗

Ya Allah. Seronoknya. Seronok sangat. Tak terkata. 


Masuk-masuk kami disambut dengan anak harimau putih ni. Ada tram RM 2 seorang. Kami tak naik tram tu sebab nak explore dari bawah ke atas


Mula-mula sekali ke perkampungan Melayu. Biasalah. Ada arab,  itik,  angsa

Itik ni minat si Ameer. Ke mana Ameer pergi dia ikut


Jalan je la ikut flow dia. Kura-kura besar-besar. Boleh pegang kalau nakπŸ˜†


Tengok tu. Iguana kat tengah jalan πŸ˜… Seram wei. Kat tepi tu banyak lagi yang tengah bersidai


Beruang ni. Kita boleh bagi makan. Makan roti tu je. Kesian tengok beruang ni dok tengok atas minta makanan. Belilah la sebekas dua untuk bagi makan. Budak-budak la syok. Dapat bagi beruang makan. Siap menyanyi lagu Pak Beruang Didi & Friends lagi



Kami berenam. Papa ambilkan gambarlah. Kami berjalan sampai ke Eagle Station. Kat Eagle Station ni kena naik tram. Tengok haiwan liar secara dekat. Kat sini lah kami tengok harimau mengaum cati pasangannya. Dua ekor singa. Ostrich yang dok mematuk-matuk tingkap tram. Ada LIVE video kat facebook masa kami kat dalam tram dan masuk Safari tu. Best sangat❗

Hari berikutnya kami berendam kat Bukit Gambang Water Park.  Best sangat. Pergi hari biasa kan orang tak ada. Main air puas-puas


Setakat ni. Ni lah trip yang paling best sebelum bulan puasa. Memang kalau dapat lagi ke sini. Kami tak akan lepaskanlah. Ada yang nak belanja tak?  Hahahah... 

Oh ye kalau korang nak merasai trip macam ni boleh hubungi May Herda +60192887041. Sayalah tu. Ada pakrj menarik dari Cuti-Cuti Malaysia untuk anda

Till then. πŸ‘‹ 
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting