Friday, June 02, 2017

Jalan-jalan Bukit Gambang Resort City

With Love May at 1:14 PM
Okay. Bulan puasa baru sempat nak update trip kami ke Bukit Gambang Resort City❗ 
Yeay❗

Okay. Ini memang tak dirancang. Kebetulan kami dapat tiket percuma dari Unit Penjenamaan Utusan Malaysia. Tiket sponsor uols ๐Ÿ˜†

Hari Isnin 8/5/2017 tu kami gerak dari KL terus ke BGRC untuk explore Safari Park❗❗❗

Expectation kami?  Ala.  Mesti biasa-biasa je. Takat haiwan kecil-kecil tu je. Well. Saya silap. Sangat-sangat silap. Punyalah besar Safari Park tu. Macam Zoo❗

Yang lagi best kami dapat tengok haiwan liar macam singa,  harimau,  gajah, kuda belang, hyena dan lain-lain secara dekat menaikki tram. 

Boleh tengok kat fb saya. Hari tu saya ada buat LIVE feed masa kat dalam tram❗

Ya Allah. Seronoknya. Seronok sangat. Tak terkata. 


Masuk-masuk kami disambut dengan anak harimau putih ni. Ada tram RM 2 seorang. Kami tak naik tram tu sebab nak explore dari bawah ke atas


Mula-mula sekali ke perkampungan Melayu. Biasalah. Ada arab,  itik,  angsa

Itik ni minat si Ameer. Ke mana Ameer pergi dia ikut


Jalan je la ikut flow dia. Kura-kura besar-besar. Boleh pegang kalau nak๐Ÿ˜†


Tengok tu. Iguana kat tengah jalan ๐Ÿ˜… Seram wei. Kat tepi tu banyak lagi yang tengah bersidai


Beruang ni. Kita boleh bagi makan. Makan roti tu je. Kesian tengok beruang ni dok tengok atas minta makanan. Belilah la sebekas dua untuk bagi makan. Budak-budak la syok. Dapat bagi beruang makan. Siap menyanyi lagu Pak Beruang Didi & Friends lagi



Kami berenam. Papa ambilkan gambarlah. Kami berjalan sampai ke Eagle Station. Kat Eagle Station ni kena naik tram. Tengok haiwan liar secara dekat. Kat sini lah kami tengok harimau mengaum cati pasangannya. Dua ekor singa. Ostrich yang dok mematuk-matuk tingkap tram. Ada LIVE video kat facebook masa kami kat dalam tram dan masuk Safari tu. Best sangat❗

Hari berikutnya kami berendam kat Bukit Gambang Water Park.  Best sangat. Pergi hari biasa kan orang tak ada. Main air puas-puas


Setakat ni. Ni lah trip yang paling best sebelum bulan puasa. Memang kalau dapat lagi ke sini. Kami tak akan lepaskanlah. Ada yang nak belanja tak?  Hahahah... 

Oh ye kalau korang nak merasai trip macam ni boleh hubungi May Herda +60192887041. Sayalah tu. Ada pakrj menarik dari Cuti-Cuti Malaysia untuk anda

Till then. ๐Ÿ‘‹ 

14 comments:

Siti Yang Menaip said...

plan ke Bukit Gambang few times tapi x menjadi jadi hehe..

Gja said...

Wah.. bestnya

Nurjuwaini said...

Sekali sekala bawa famili utk aktiviti macam ni best juga kan

Pa'an Healers said...

Penah jadi dalam listing nak gi sana...
Tapi x kesampaian lagi...

Done Follow...

She Is Farahain said...

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa

Baby Breath said...

seronoknya tempat tu, teringin nak pergi, sebelah negeri je ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu next entry. saya suka cara awak menaip hehehe. kalau sudi meh lah singgah ke blog saya, saya followers ke 92

Celine astan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Friscillia Hanna♥ said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ray said...

seronoknyeee. i've actually never been to the zoo even though dekat je haha

ejulz said...

menarik tempat ni :)


follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com :)

Anna said...

Nnt syifaa dah setahun nak bawak dia jenjalan sini la.. dia suke betul dengan animal.

Anonymous said...

Bestnya bila la dpt pi hehe

wan zaleha said...

Hai sy follower br. Jmput singgah my blog ๐Ÿค—

https://wzalehawismail.blogspot.com/2019/07/rapid-run-for-fun-2019.html?m=1

Riyanlaiyan said...

Assalamualaikum..
Salam ukwah dari saya untuk anda..
saya sudah follow anda #

Jom follow blog klik profil

Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
Komen yang baik2 sahaja ye..
Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting