Monday, September 05, 2011

Post Raya Syndrome

With Love Ied @ May at 4:54 PM 4 comments
Jennifer Hudson dah kurus wei. I ni bila lagi???

Waaa... I sangat jeles tgk gambar u ni jennifer ooii
Nak nak lepas raya ni. Tak sanggup you nak timbang berat badan. Belum raya pun I tak sanggup, inikan pula lepas raya.

Citer raya raya ni, so how's your raya. Mine , biasa biasa aje. Anak dah dua noks. Semua persiapan tertumpu kat diorang. Gambar raya pun takde. Teruk kan? Nama je isteri kepada fotografer, tapi satu haram gambar raya pun takde. Dia dah nak gantung kamera dah kot. Tapi kan I pun tak sanggup nak letak full body photo I untuk tatapan umum sekarang ni memandangkan confidence level I memang down sebab badan macam tong drum dah ni. Sungguh merapu ayat ini. Tapi I ada satu benda best. You scroll down kat p/s/s nanti tau.

Balik raya, nah amek kau. Suara I yang lemak manis disukai ramai dah takde. Hilang terus. Jangan harap la nak dengar ala ala serak serak basah ke apa ke. Kapussshh...suara takde ye. Tu yang rajin tetiba lepas raya nak tulis blog. Alasan tak hengat. Kurang berkata kata I la nampaknya dua tiga hari ni. Harus ke jumpa doktor? Tapi hari ni idak le. Malas nak menunggu. Confirm ramai orang. Banyak woo post raya punya penyakit ni. Adik I kata umur 23 pun masuk ICU koma sebab sugar level tinggi. Jadi sila jaga sugar intake anda ye.

Rasanya sebelum raya hari tu I tak sempat nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kat semua kan. Except yang dalam FB je la kan. Di kesempatan ni I nak ucapkan SALAM AIDILFITRI untuk semua. Salah & silap dalam blog ni, kita kira 0-0 la ye. Yang lain-lain tu kita kira halal je la ye.

p/s : jangan lupa beli Serbuk Manjakani Mekah/Aleppo 100% Tulen hanya dari sini ye http://www.facebook.com/manjakani.mekah

p/s/s : I tak mampu nak pakai undergarment yang sedang hangat di pasaran sekarang tapi I ada pakai satu lagi undergarment yang lebih kurang je fungsi dengan harga yang lebih rendah. Serious I kurang rasa lapar sejak pakai undergarment ni. Maybe sebab long bra dia tekan perut so kita bila kita makan sikit dia turun ke perut tu slowly kot dan penghadaman boleh berlaku naturally. hahah...Pandai - pandai je aku. Hopefully aku selim melim la pasni...

Friday, August 19, 2011

Dak Aryff

With Love Ied @ May at 4:10 PM 1 comments
Dak Aryff dah pandai bahasakan dirinya Ajwad (Azhad)
Dak Aryff dah nak masuk 3 tahun
Dak Aryff dah pandai cakap
Dak Aryff dah pandai mengira 1,2,3...10
Dak Aryf dah pandai minta handphone untuk main game
Dak Aryff dah pandai cakap Sayang Mama
Dak Aryff dah pandai cakap Sayang Akma
Dak Aryff dah pandai Sayang Papa
Dak Aryff dah pandai pujuk orang
*
*
*
Dak Aryff dah pandai baca doa makan



p/s : rasanya orang yang bukan dalam friendlist saya tak dapat tengok video nih. sorry.

Monday, August 08, 2011

Ayu Jelita

With Love Ied @ May at 7:42 AM 1 comments
Jika you pernah membaca post I New York Skin Solution uols pasti terbaca I juga pernah mendapatkan rawatan di Klinik Ayu Jelita. Lagipun nak raya ni mesti ramai yang nak kulit cantik kan. So ni I share pengalaman I buat treatment di Ayu Jelita.

It was year 2007. Sebelum majlis perkahwinan I ada dapatkan treatment untuk scar removal. Acne scars sebenarnya. Ada yang kecik-kecik. Ada satu tu besar punya. Parut jerawat hitam-hitam. Seriously ianya memalukan.

I pergi consult dengan DermaGenesis at first. Tapi way too expensive. So I pergi Klinik Ayu Jelita. At first as I walked in, staff memang friendly. I register then masuk bilik Doktor. I tak ingat nama Doktor tu. It was a lady doctor. Doktor diagnose my scars and bagi two suggestions; TCA Peel ataupun IPL. Tapi the problem dengan IPL, I perlu buat few sessions untuk remove the scars. It will cost me alot more money. hehe... Berbeza dengan TCA peel, RM 700 untuk sekali application dan I can achieve desire result. So I opt for TCA Peel. I buat appointment for the next day untuk buat procedure ni.

Keesokkannya I datang ke klinik dan terus ke bilik rawatan. Dalam bilik tu mata I ditutup supaya tak kena cecair tu. Maklumla. Chemical peel kan. Masa doktor apply TCA tu mula-mula rasa sejuk lepas tu ada rasa pedih. Tapi pedih yang boleh tahan la. Kat tempat yang macam scars yang degil tu dia extra titikkan TCA. Lepas habis treatment tu, Doktor advise jangan bagi kena direct sunlight. Meaning I have to use umbrellas during outdoor activities. I juga kena pakai sunblock at least SPF 60. After two weeks I kena datang balik Doktor tengok balik perkembangan new skins.

Balik tu my skins start peeling. Menggelupas teruk tapi jangan dikopek ye.  Dalam masa seminggu dah ok dah nampak cantik sangat kulit tu. Soft macam baby. Cerah sikit kulit I.Tapi ada satu du scars ni tak hilang lagi. Dan I kurang puas hati.

After two weeks I went to Ayu Jelita for my appointment. Looks like I'm loving my new skins except for that acne scars. Degil betul parut tu. Agaknya Doktor tu tengok I tak puas hati, she offfers me another treatment for free tapi hanya dekat scars yang belum hilang kesannya itu. See, for RM 700, I dapat 2 specialist treatments. hehe... Ok dah selesai proses macam biasa I kena datang balik untuk follow up.

Lepas seminggu all my acne scars pudar. Tak totally hilang. Tapi I puas hati. Parut hitam tu pudar almost my skin colour. Doktor kata suppose TCA Peel ni dibuat 6 bulan sekali or setahun sekali. Tapi I buat sekali tu je. Tak mampu nak lalui proses peeling itu lagi. So my skin tak maintain. Dah ada anak ni lagi la susah nak maintain. Tapi I guna  Serbuk Manjakani Mekah / Aleppo 100% Tulen tu twice a week dengan sabun Eumora daily. So ok la sikit. Parut jerawat pun susah nak lekat. Lagi satu i cuba untuk tak picit jerawat tu. Tapi kadang-kadang tu tak mampu nak melawan godaan, I picit juga.

Sedikit info mengenai TCA Peel di Ayu Jelita http://www.ayujelita-aesthetic.com.my/procedure02.php

p/s: Sepatutnya entry ni bergambar. I ada ambil gambar sebelum, semasa dan selepas treatment. Sayangnya gambar-gambar tu dalam laptop lama I.
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting