Dalam dunia ni terdapat TIGA kategori orang.
1. SIMPAN dulu baru BELANJA
2. BELANJA dulu baru SIMPAN
3. BELANJA saja tak ada SIMPAN
Antara ketiga - tiga ni, yang mana satu kategori anda?
Saya tidak malu untuk mengakui bahawa saya punya tabiat susah menyimpan wang.
Kedudukan kewangan pada tengah bulan seperti paras air banjir mencecah dagu. Gawat! Pada hujung bulan, air banjir mencapai mulut dan hidung. Mujur, masih boleh bernafas bila bertenang.
Sekarang baru saya tahu kenapa saya begitu susah menyimpan wang.
Semua orang gembira bila ada wang. Ada sesiapa yang tidak gembira bila dia memiliki wang? Dan gembira tentang wang ini hanya dikaitkan dengan belanja. Bila berbelanja, akan gembira.
Saya perlu ubah skrip hidup saya berkaitan dengan wang.
Kalau sebelum ini saya akan gembira bila berbelanja, skrip ini perlu diubah yang saya akan gembira bila menyimpan. Bila menyimpan, akan gembira.
Kalau sebelum ini saya selalu berkata,
“saya berasa gembira apabila saya membelanjakan wang.”
Maka selepas ini saya akan berkata,
“saya berasa gembira apabila saya mempunyai simpanan wang.”
Saya juga tidak boleh hanya berfikir dan berkata mahu menyimpan wang. Saya perlu buktikan dengan tindakan. Saya perlu bertindak secara berdisiplin dengan menyimpan wang sekarang! Tidak ada istilah lewat untuk menyimpan wang.
Apa yang perlu dibuat?
Brian Tracy dalam bukunya No Excuses, edisi Bahasa Melayu terbitan PTS memberi saranan, pertama sekali dalam disiplin menyimpan wang ialah membuka akaun wang khusus,
#1 Akaun ini dibuka khusus supaya kita bebas daripada masalah kewangan.
#2 Akaun ini untuk wang masuk, bukan untuk wang keluar.
#3 Wang yang keluar hanya untuk membeli aset yang memberi pulangan tinggi, bukan untuk membeli makanan, baju, tv dan seangkatan dengannya.
#4 Bila ada wang lebih, simpan dalam akaun ini. Jangan habiskan dengan berlibur atau membeli barangan yang akan habis sekali guna.
Perkara ajaib akan berlaku
Brian Tracy juga memberitahu, bila kita menabung dengan cara ini, sesuatu yang ‘ajaib’ akan berlaku,
#1 Kita akan rasa gembira bila sedar, kita ada simpanan yang bertambah dalam bank.
#2 Walaupun kita hanya dapat simpan RM10 sebulan, namun bila dilakukan secara istiqamah, kita akan mempunyai perasaan yang berbeza kerana itulah bukti kepada diri sendiri, kita telah dapat mengawal diri.
#3 Akaun khusus dan wang di dalamnya akan menjadi seperti magnet yang akan menarik wang dari arah yang tidak disangka-sangka. Sebelum ini wang gaji bulanan dirasakan asyik tidak cukup bagi menampung belanja bulanan. Dengan adanya akaun khusus ini, timbul kekuatan dalaman untuk berbelanja sepatutnya dan selebihnya disimpan.
#4 Akan timbul banyak idea untuk menambah pendapatan bagi mengisi akaun khusus. Sebelum ini bila ada peluang menambah pendapatan, kita asyik mengelak atau bertangguh. Kini tidak lagi.
#5 Kepekaan kita terhadap wang akan meningkat. Tabiat berbelanja tanpa berfikir akan berkurang. Jika sebelum ini, baju yang koyak sedikit terus dibuang dan beli yang baru. Kini akan timbul kesedaran untuk menjahitnya.
#6 Dan lagi? Kita akan tahu dan alami ‘ keajaiban’ itu bila kita sudah memiliki akaun khusus ini.
Bagaimana hendak membuka akaun khusus ini?
Hubungi
IDA
PruBSN Takaful
019 288 7041
emay910@gmail.com
Untuk dapatkan maklumat PruBSN Takaful Saver
0 comments:
Post a Comment