Tuesday, January 31, 2012

Ada Duit Lebih. Nak Buat Apa Ye?

With Love Ied @ May at 2:13 PM
Entry kali ini saya nak cerita pasal “duit lebih"

Maklumlah, awal-awal tahun, kebanyakkan company dah buat kira-kira penutupan akaun. pekerja-pekerja pula mungkin dah dapat bonus.

Dengar kata, ada yang dapat bonus 4 bulan gaji. tahniah! Teruskan kecemerlangan anda, Insyallah mana lah tahu kot-kot next year boleh dapat bonus 7-8 bulan pula.

Namun begitu, ramai juga yang “jammed” kepala apabila menerima duit yang banyak ini. Maklumlah, sebelum ini, tak pernah dapat duit banyak-banyak sekaligus. sekali, rezeki Allah nak bagi. dapat pula selepuk! Maybe 10K atau 20K!  “Terus blank.. nak buat apa pula dengan duit nie?” 

Boleh blank pula ye tiba-tiba dapat duit banyak. hehe...

Kepada mereka yang menerima durian runtuh ini, ada beberapa tips untuk anda!

1) Penuhkan Tabung Emergency/Reserved Fund!

Perkara pertama yang anda perlu lihat adalah pada “tabung kecemasan” anda. Jika anda masih belum mempunyai “tabungan kecemasan”, inilah masanya untuk anda penuhkan tabung kecemasan anda. Seeloknya, cuba penuhkan tabungan kecemasan anda untuk 6 bulan. Maksudnya, jika perbelanjaan anda RM3,000 sebulan, maka anda perlu simpan RM18,000 dalam akaun bank, Tabung Haji atau ASB anda untuk tujuan kecemasan.
Perkara kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti JIKA ANDA
  • dibuang kerja
  • Kereta eksiden
  • Ahli keluarga dimasukkan ke hospital
  • Peralatan rumah yang penting rosak, seperti peti sejuk, mesin basuh dan dapur masak. 

     

    2) Dapatkan Insurans/Takaful

    Jika tabung kecemasan anda sudah penuh, lihat pula kepada sistem “perlindungan kewangan”. Iaitu insuran / takaful. Insuran yang mesti dimiliki sekurang-kurangnya, ialah insuran perubatan (medical card) dan juga insuran kemalangan peribadi (Personal Accident). Jika anda belum ada sebarang insuran, inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan perlindungan insuran.

    3) Melabur / Membayar Hutang

    Setelah mempunyai simpanan kecemasan serta perlindungan insuran. Jika masih ada lagi “duit lebih”. Maka, bolehlah berkira-kira untuk melaburkan wang itu.  Namun begitu, sebelum melabur kepada mana-mana instrumen pelaburan, adalah AMAT baik untuk melabur untuk diri sendiri terlebih dahulu. Beli & baca buku, pergi kursus/seminar dan sebagainya.

    Setelah anda benar-benar faham tentang sesuatu pelaburan itu, barulah melaburkan wang terlebih itu.
    Jangan teburu-buru melakukan sesuatu pelaburan sebelum betul-betul memahaminya. Risikonya akan menjadi sangat tinggi.

    bak kata Warren Buffet..
    “Risiko adalah keadaan dimana anda tidak tahu apa yang sedang anda lakukan”
    Tetapi, jika masih keliru dan tidak tahu mahu melaburkan wang kemana-mana,  adalah lebih baik gunakan sahaja wang tersebut untuk melangsaikan hutang-hutang sedia ada. Sekuarang-kurangnya, bolehla melepaskan diri dari bebanan kadar faedah sebanyak 4-18% yang mencengkam kewangan. Tak guna juga jika membuat pelaburan, dan memperolehi keuntungan 10% sedangkan terpaksa membayar faedah hutang kad kredit sebanyak 15%.

    Pendek kata, laburkan wang jika pulangan pelaburan yang ingin diceburi itu lebih tinggi dari kadar bayaran faedah hutang. Jika tidak, lebih baik setelkan sahaja hutang terlebih dahulu.

    4) Barang Impian Anda

    Jika katakan dah ada reserve fund, dah ada polisi insuran, dah setelkan hutang dan juga sudah melaburkan  sedikit wang. Tetapi masih lagi ada wang lebihan.

    Pada waktu ini, bolehlah menggunakan “wang lebih” itu untuk membeli barang-barang yang diimpikan. iPhone 4? iPad? DSLR? Rantai Emas? Kereta? Rolex? dan sebagainya.


    Apa-apa pun yang ingin dibeli, kena beringat-ingat, jangan sampai tambah hutang dan membebankan diri sendiri dikemudian hari ye.

    Saya rasa tu saja buat masa ni. Untuk dapatkan khidmat nasihat mengenai perlindungan Takaful, hubung

    IDA
    PruBSN Takaful
    019 288 7041
    emay910@gmail.com



    2 comments:

    amirah said...

    saya prefer nak bayor utang dulu..hehe

    Ied @ May said...

    bagus juga tu. ok. nanti saya citer 3 jenis orang pula ye

     

    happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting