Baru-baru ni saya ada terbaca dalam satu laman sesawang yang menceritakan tentang nasib kakak beliau yang baru sahaja kehilangan suami. Suami kakak beliau itu masih muda. Baru berumur 41 tahun. Tegap & sihat. Tiba-tiba saja meninggal dunia akibat hepatitis B. Sememangnya ajal & maut itu di tangan Allah, tiada siapa yang dapat meramal kedatangannya
Kakak beliau itu, mempunyai 6 orang anak. Selama ini, hanya si suami sahajalah yang bekerja, manakala, kakak beliau itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sudah tentunya, selama ini, hanya si suami lah tempat mereka sekeluarga bergantung dan mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka sekeluarga.
Kini tiba-tiba semuanya berubah dalam sekelip mata. Si suami, meningalkan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya tanpa “sempat mengucapkan selamat tinggal” dan meninggalkan apa-apa bekalan untuk si isteri & anak-anak meneruskan hidup mereka.
Cuba kita bayangkan andai kita berada di tempat si ibu tadi..
Tidak bekerja. ada 6 orang anak dan baru sahaja kehilangan suami yang merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Mana nak cari duit bayar hutang kereta? hutang rumah? duit sekolah anak-anak? makan-minum anak-anak? pakaian? Memang sesuatu yang menyedihkan.
Kepada golongan-golongan suami, jangan biarkan perkara ini terjadi kepada isteri & anak-anak anda.
Kepada golongan-golongan isteri pula. sila ingatkan suami anda agar tidak meninggalkan anda dalam keadaan yang terkontang-kanting seperti ibu malang di atas.
Apa yang boleh anda lakukan, paksa mereka dapatkan polisi insuran/takaful sekarang juga! (jika mereka masih tidak mempunyai sebarang polisi insuran lagi). buat masa ini, itulah salah satu kaedah yang terbaik untuk menghalang “nasib malang” tersebut menimpa diri anda. Tetapi kalau suami anda masih berdegil juga dan tidak mahu mendapatkan polisi insurans. takde masalah beb! Anda boleh sahaja dapatkan polisi insuran dan meletakkan nama suami anda sebagai “pihak yang diinsurankan”.
Alangkah bersyukurnya jika si suami tadi meninggalkan sedikit bekalan kewangan yang bernilai RM100,000 (hasil pampasan dari polisi insuran). Tidaklah hidup si isteri tadi amat tertekan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan sedikit ruang untuk si isteri & anak-anak mengatur hidup mereka dan menampung perbelanjaan hidup mereka buat sementara waktu. Sebelum si isteri tadi dapat mencari pekerjaan & sumber pendapatan yang baru untuk menyara keluarga mereka.
Itu cerita kalau si suami tadi belum meninggal dunia. tetapi dalam kisah kakak di atas, si suami telah meninggal dunia, tiada sebarang polisi insuran, tiada harta & wang simpanan, isteri tidak bekerja dan terpaksa menangung 6 orang anak yang masih lagi kecil dan bersekolah.. ditambah lagi.. anak yang paling kecil berusia 2 tahun dan masih menyusu badan.
Bayangkan jika semua ini berlaku pada diri kita sendiri.
Bukanlah kita meminta sesuatu yang buruk berlaku pada orang yang kita sayang, cuma ianya sekadar peringatan. Hidup ni kita tak dapat nak jangka apa yang akan terjadi, Hari ni kita sihat, esok lupa kita tak akan tahu di mana kita akan berada
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)
IDA
PruBSN Takaful
019 288 7041
emay910@gmail.com
0 comments:
Post a Comment