Wednesday, October 21, 2015

DOA ELAK ATAU LINDUNGI DIRI DARI DIROGOL, CABUL, DERAAN SEKS DAN DIAKHIRI DENGAN PEMBUNUHAN

With Love May at 8:13 AM

Assalamualaikum

Pagi yang jerebusss.. Pagi ni saya buka fb terus ternampak doa yang dikongsi oleh Ustaz Zaharuddin. Yang saya rasa doa ni sangat-sangat bermanfaat untuk kaum Hawa amalkan. Kaum Adam juga boleh amalkan. Ye lah. Situasi ni pada zaman sekarang semua diorang main sondol je. Ooopps...

Teks ni saya copy paste dan tidak buat sebarang perubahan pada makna dan maksud yang ingin Ustaz sampaikan supaya pembaca tidak keliru

DOA ELAK DARI TERPERANGKAP DARI SITUASI ROGOL, CABUL

Semoga bermanfaat

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻳﻘﻮﻝ ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟﺬﻱ ﻟَﺎ ﻳَﻀُﺮُّ ﻣﻊ ﺍﺳْﻤِﻪِ ﺷَﻲْﺀٌ ﻓﻲ ﺍﻷﺭﺽ ﻭﻻ ﻓﻲ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻭﻫﻮ ﺍﻟﺴَّﻤِﻴﻊُ ﺍﻟْﻌَﻠِﻴﻢُ ﺛَﻠَﺎﺙَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﻟﻢ ﺗُﺼِﺒْﻪُ ﻓَﺠْﺄَﺓُ ﺑَﻠَﺎﺀٍ ﺣﺘﻰ ﻳُﺼْﺒِﺢَ ﻭَﻣَﻦْ ﻗَﺎﻟَﻬَﺎ ﺣﻴﻦ ﻳُﺼْﺒِﺢُ ﺛَﻠَﺎﺙُ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﻟﻢ ﺗُﺼِﺒْﻪُ ﻓَﺠْﺄَﺓُ ﺑَﻠَﺎﺀٍ ﺣﺘﻰ ﻳُﻤْﺴِﻲ
َ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

ﺍﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺍِﻥْ ﻛُﻨْﺖَ ﺗَﻌْﻠَﻢُ ﺍﻧﻲ ﺁﻣَﻨْﺖُ ﺑِﻚَ ﻭَﺑِﺮَﺳُﻮﻟِﻚَ ﻭَﺃَﺣْﺼَﻨْﺖُ ﻓﺮﺟﻲ ﺇِﻻَّ ﻋﻠﻰ ﺯﻭﺟﻲ ﻓَﻼَ ﺗُﺴَﻠِّﻂْ ﻋَﻠَﻰَّ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮ
َ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

0 comments:

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting