Thursday, December 03, 2015

WEDANG JAHE UNTUK MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

With Love Ida Mansor at 4:06 PM

WEDANG JAHE / AIR HALIA

haaa... hari tu pos jamu asam kunyit kan. hari ni jap lagi time hujan² boleh la minum untuk hangatkan badan. yang ni orang mengandung boleh minum, breastfeed anak boleh minum, orang yang nak travel boleh minum. orang Indonesia minum wedang jahe ni macam-macam cara. tambah susu boleh, tambah rempah macam kulit kayu manis boleh, ada yang tambah herba-herba lain. tapi yang ni basic je

kelebihan dia hangatkan badan time hujan², buang angin, buang toksin, melawaskan, melancarkan peredaran darah. kulit merah gitu

Di indonesia, wanita mengandung suka minum air ni untuk kurangkan rasa loya morning sickness. sebab rasanya tak keras. macam minum teh halia je

untuk yang mabuk kenderaan, sebelum travel tu disarankan minum segelas. boleh kurangkan rasa mabuk tu

bahan

4 cawan air
1 besar ibu jari halia. bersihkan dan bakar. dah bakar halia bau wangi sgt
2 btg serai
sikit garam
gula melaka sesedap rasa

cara

Ketuk halia dan serai. rebus semua bahan sehingga menjadi 1-2-gelas air.

minum suam-suam

1 comments:

hailey said...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting