Friday, June 02, 2017

Jalan-jalan Bukit Gambang Resort City

With Love May at 1:14 PM 14 comments
Okay. Bulan puasa baru sempat nak update trip kami ke Bukit Gambang Resort City❗ 
Yeay❗

Okay. Ini memang tak dirancang. Kebetulan kami dapat tiket percuma dari Unit Penjenamaan Utusan Malaysia. Tiket sponsor uols πŸ˜†

Hari Isnin 8/5/2017 tu kami gerak dari KL terus ke BGRC untuk explore Safari Park❗❗❗

Expectation kami?  Ala.  Mesti biasa-biasa je. Takat haiwan kecil-kecil tu je. Well. Saya silap. Sangat-sangat silap. Punyalah besar Safari Park tu. Macam Zoo❗

Yang lagi best kami dapat tengok haiwan liar macam singa,  harimau,  gajah, kuda belang, hyena dan lain-lain secara dekat menaikki tram. 

Boleh tengok kat fb saya. Hari tu saya ada buat LIVE feed masa kat dalam tram❗

Ya Allah. Seronoknya. Seronok sangat. Tak terkata. 


Masuk-masuk kami disambut dengan anak harimau putih ni. Ada tram RM 2 seorang. Kami tak naik tram tu sebab nak explore dari bawah ke atas


Mula-mula sekali ke perkampungan Melayu. Biasalah. Ada arab,  itik,  angsa

Itik ni minat si Ameer. Ke mana Ameer pergi dia ikut


Jalan je la ikut flow dia. Kura-kura besar-besar. Boleh pegang kalau nakπŸ˜†


Tengok tu. Iguana kat tengah jalan πŸ˜… Seram wei. Kat tepi tu banyak lagi yang tengah bersidai


Beruang ni. Kita boleh bagi makan. Makan roti tu je. Kesian tengok beruang ni dok tengok atas minta makanan. Belilah la sebekas dua untuk bagi makan. Budak-budak la syok. Dapat bagi beruang makan. Siap menyanyi lagu Pak Beruang Didi & Friends lagi



Kami berenam. Papa ambilkan gambarlah. Kami berjalan sampai ke Eagle Station. Kat Eagle Station ni kena naik tram. Tengok haiwan liar secara dekat. Kat sini lah kami tengok harimau mengaum cati pasangannya. Dua ekor singa. Ostrich yang dok mematuk-matuk tingkap tram. Ada LIVE video kat facebook masa kami kat dalam tram dan masuk Safari tu. Best sangat❗

Hari berikutnya kami berendam kat Bukit Gambang Water Park.  Best sangat. Pergi hari biasa kan orang tak ada. Main air puas-puas


Setakat ni. Ni lah trip yang paling best sebelum bulan puasa. Memang kalau dapat lagi ke sini. Kami tak akan lepaskanlah. Ada yang nak belanja tak?  Hahahah... 

Oh ye kalau korang nak merasai trip macam ni boleh hubungi May Herda +60192887041. Sayalah tu. Ada pakrj menarik dari Cuti-Cuti Malaysia untuk anda

Till then. πŸ‘‹ 

Thursday, April 20, 2017

JJCM BATU PAHAT & JOHOR BAHRU PART II

With Love May at 8:53 PM 1 comments
Lamanya tertangguh nak sambung trip selatan kami ni. 

Ok sambung sikit. Malam tu kami ke Nasi Lemak Senibung. Seingat saya sekali je masa belajar dulu saya ke sini. Sedap sangat. Nasi dia perfect. Nasi saja pun dah sedap. Cukup lemak. 

Menikmati nasi lemak sambil tengok Singapore kat seberang laut tu. Ni kalau surut air,  confirm boleh jalan kaki je ke seberang tu



Kami tiba agak lewat. Tinggal ayam goreng je. Patutnya ayam rendang. Hihi.. Terbaik. Nak makan seafoid pun ada kat sini. But I tell u.  Tengok dulu ye harga. Jangan main bantai je order. Kang tepuk dahi bayornya


Nasi lemaksss...  Nanti mai JB kami repeat balik



Wajib singgah. Of course la JPO. 


Haaa.... Ni tricky part. Hihi... Tak la. Ni Kacang Pool Haji. Memang sedap. Patutlah recommended sangat. Berebut kami anak beranak. Mujur kami tak ada G6PD. Kacaang pool ni kacang parang tau. Bukan semua orang boleh makan. 

Macam mana nak cakap ye. Sedap sangat. Kami sampai beli extra roti tu. Balik KL memang kena belajar buat sendiri. 

Edisi JJCM kami kali ni memang puas hati. Seronok pun ye.  

Lagi satu attraction baru Forest City. Kat Nusajaya. Masa nak masuk tu kat highway nampak guard tabik hormat. Anak kata kesian tengok dia berdiri lama-lama. πŸ˜‚.. 

Masa masuk tu, memang tengok tak ada apa-apa. Macam showhouse je. Dengan ramai pelancong China lagi. Maklumlah diorang tengah promote Malaysia as a second home. Ada replica Forest City once dah siap nanti. 

Kami turun bawah. Kat bawah ada public pool. Memang open untuk semua. Boleh mandi. Jadi bawalah baju extra kalau nak ke sini ye. 

Terus kami tuju ke laut. Jumpalah miniature ketam,  nemo,  penguins... Budak-budak memang suka la. Kat sini ada banyak aktiviti pantai. Tapi kami datang awan gelap. Nampak kilat. So ambil gambar je la. 


Balik memang confirm singgah Melaka untuk semalam. Makan asam pedas Mas Mona dan sarapan Mee Goreng Hassan aka Mee Bodo

Best trip kali ni. Nak mudah booking hotel, kami pakai Cuti cuti Malaysia. Boleh Whatsapp www.wasap.my/60192887041




Monday, April 17, 2017

JALAN JALAN BATU BAHAT & JOHOR BAHRU

With Love May at 9:43 AM 1 comments

Assalamualaikum & Haiiii

Edisi JJCM kali ni ke Batu Pahat dan Johor Bahru❗❗


Hari pertama kami gerak awal pagi. Plan asal nak singgah ke Melaka nak pekena mee bodo Hassan kat Tengkera tu.  Sekali tutup. Terpaksa la kami round kejap kat Tengkera cari port breakfast lain. Nak pergi kedai Roti Cabai Kayu Arang macam malas nak pusing jauh.  Sebab nak teruskan perjalanan ke Batu Pahat. 

On the way kat depan hitel Famosa tu kami nampak signboard Kedai Makan Hjh Robiah. Kami stop singgah & nak makan cepat-cepat

Kat dalam tu rupanya banyak gerai-gerai kecil jual macam-macam jenis makanan❗ Heaven makanan... Yang bestnya saya jumpa SERABAI❗ ALLAHUAKHBAR sebelum ni nak makan serabai dok fikir kat Penang je. Kali ni saya jumpa kat Melaka. Padahal serabai ni kuih tradisi negeri Melaka


Dah selesai sarapan, kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Ikut jalan lama. Seronok je tengok kampung-kampung,  pokok getah,  sawit,  hutan.  Sejuk je. Dah sampai kami check in kat hotel 7 Days Inn. Hotrl baru berdekatan pekan Air Itam. Refresh.  Kami sianp-siap cari makan. Lapar ni. Terus google cari Mee Racun je. Sebabnya Sup dengan Nasi Beriani dah terlalu mainstream. Kat KL pun boleh dapat πŸ˜›

Google tengok ramai recommend Mee Racun 3G. Terus waze la apa lagi. I tell you.  Memang sedap. Ada Mee Racun biasa RM 5. Saya order Mee Racun Daging RM 8. Husband pula order Mee Racun Tulang akak Gearbox RM 11. Gambar ni Mee Racun Daging. Tempting tak? Selain Mee,  boleh juga order Kueytwow,  meehun atau maggi. Nasi goreng pun ada jual kat sini. 

Saya bagi 5 ⭐⭐⭐⭐⭐


Dah selesai makan,  kami drive ke Rengit. Syurga barang-barang terpakai dari Singapore. Siapa yang berniaga bundle tu atau suka shopping bundle,  ni lah tempatnya. Sebenarnya ni Perkampungan Orang Asal. Husband cakap don't call them orang asli. Panggil orang asal. 

Datang sini rasa macam The Pickers sangat. Siapa tengok Astro History channel mesti tau cerita ni. 

Saya pun teruja tau.  Geram tengok perabut elok lagi. Ada fisher price. Walker. Haishh... Nasib tak bawa duit je ni πŸ˜›


Oh ye.  Ni sebelum kami ke Rengit, kami ke Pantai Minyak Beku. Orang kata dah sampai Batu Pahat,  mesti ke sini. Tak ada apa pun. Laut je.  Sebab kalau dah sampai Rengit tu of course la sampai malam.  Sepanjang jalan kampung tu kedai. Kedai dalam rumah. 

2, 3 kali juga lah kami naik turun kereta. 


Ok.  Inilah sebab utama kami ke Batu Pahat. TIKET FREE KE WET WORLD BATU PAHAT❗
Kami menang contest sempena Songkran Festival. Kami pilih ke Batu Pahat. Boleh berjalan sekali harung. Yang bagusnya. Kanak-kanak kena pakai life jacket ni untuk mandi. Safety first


Enjoy je sebab kat sini tak ramai orang.. Hehehe... Tapi tu la. Macam tak berbaloi sewa tube RM 16 sebab satu je permainan kat situ yang gunakan tube. Tu yang gelongsor pusing-pusing tu je. Wave pool pula dalam penyelenggaraan katanya. Jadi tak ada la ombak. 

Kolam yang macam sungai tu,  ada BIAWAK❗ Mestidatang dari tasik sebelah. Saya tak bagi anak-anak masuk situ sebab ada biawak. Anak-anak cakap macam buaya. Besar. Isk.  Takut



Bydak ni dah penat berendam 😴😴😴


Kita cerita sampai sini dulu lah.  Nanti sambung ke part kedua lak ye

Oh ya. Nak Jalan-jalan dalam Malaysia? Nak booking hotel atau pakej? Nak tiket theme park murah?  Whatsapp +60192887041 dia boleh buatkan untuk anda

Wednesday, March 22, 2017

Nasi Kandar Lawood, Nilai

With Love May at 8:56 PM 2 comments

Nasi Kandar Lawood, sekali dengar macam nasi kandar mamak, rupanya nasi kandar Melayu, orang Kelantan pula tu.

Kedai ni dengan penduduk Nilai dan sekitarnya memang tidak asing lagi. Kat sini, lauk tak banyak, tapi yang paling top, nasi + ayam goreng + sayur taugeh, dipadukan dengan 3 jenis kuahnya yang cukup rasa, ada masam sikit dan ada pedas sikit.

Ada dua jenis hidangan. Ayam penuh dengan ayam separuh.

Harga, mampu makan, tidaklah mahal. Ayam separuh RM 6++ manakala ayam penuh RM 9++ termasuk GST.

Waktu puncak, pukul 11.30 pagi sehingga pukul 3.00 petang, katanya kalau nak makan kat situ, terus duduk dan pelayan akan datang ambik pesanan, beratur hanyalah untuk bungkus, tapi berdasarkan notis yang ditampal, "Beratur Jika Nak Cepat"

Kebetulan waktu kami pergi,  waktu puncak juga. Sekitar 1.30 tengah hari. Terus duduk dan order nasi 5 ayam separuh 4.

Memang sedap. Memang terbaik. Sebiji nasi kandar Zainol Petaling Jaya. Orang Nilai tak payah jalan jauh sampai ke PJ dah. Boleh bagi 5⭐⭐⭐⭐⭐ lah restoran ni

Kalau anda nak pergi merasa sendiri

NASI KANDAR LAWOOD,
Desa Cempaka
(Bandar Baru Nilai),
71800 Nilai,
N.Sembilan
(berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka)

Koordinat GPS :
2.799131, 101.769627

Waktu Operasi :
10.00 pagi sehingga habis lauk

Contact :
06 - 850 2511
011-1566 9464

Kat sini haa..  Guna Waze memang sampai


Ya Allah. Sedap sampai hari ni dok teringat

Thursday, February 02, 2017

Ketatkan Yang Longgar

With Love May at 1:15 PM 0 comments

Dapat soalan :

Akak, miss v saya selalu kentut la. Normal ke?

Jawapan :

Tak normal. Punca rahim longgar , kembang, peranakan jatuh, beranak berulang kali dan rapat-rapat

Cara rawatan :

Buat senaman kegel. Meruang pakai Masker Vagina setiap hari

Jamu Susuk Dara

Saturday, January 28, 2017

PEMBERSIH WANITA TERBAIK FEMININE WASH JSD

With Love May at 4:58 PM 0 comments

Saya tak cakap produk feminine wash jenama lain tak bagus..

Saya cuma nak cakap Feminine Wash keluaran Jamu Susuk Dara adalah yang terbaik sekali saya pernah guna😘😘😘

Tak percaya?? Tak perlu percaya jika belum guna..meh try dulu baru komen tau.

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting