Lamanya tertangguh nak sambung trip selatan kami ni.
Ok sambung sikit. Malam tu kami ke Nasi Lemak Senibung. Seingat saya sekali je masa belajar dulu saya ke sini. Sedap sangat. Nasi dia perfect. Nasi saja pun dah sedap. Cukup lemak.
Menikmati nasi lemak sambil tengok Singapore kat seberang laut tu. Ni kalau surut air, confirm boleh jalan kaki je ke seberang tu
Kami tiba agak lewat. Tinggal ayam goreng je. Patutnya ayam rendang. Hihi.. Terbaik. Nak makan seafoid pun ada kat sini. But I tell u. Tengok dulu ye harga. Jangan main bantai je order. Kang tepuk dahi bayornya
Nasi lemaksss... Nanti mai JB kami repeat balik
Wajib singgah. Of course la JPO.
Haaa.... Ni tricky part. Hihi... Tak la. Ni Kacang Pool Haji. Memang sedap. Patutlah recommended sangat. Berebut kami anak beranak. Mujur kami tak ada G6PD. Kacaang pool ni kacang parang tau. Bukan semua orang boleh makan.
Macam mana nak cakap ye. Sedap sangat. Kami sampai beli extra roti tu. Balik KL memang kena belajar buat sendiri.
Edisi JJCM kami kali ni memang puas hati. Seronok pun ye.
Lagi satu attraction baru Forest City. Kat Nusajaya. Masa nak masuk tu kat highway nampak guard tabik hormat. Anak kata kesian tengok dia berdiri lama-lama. 😂..
Masa masuk tu, memang tengok tak ada apa-apa. Macam showhouse je. Dengan ramai pelancong China lagi. Maklumlah diorang tengah promote Malaysia as a second home. Ada replica Forest City once dah siap nanti.
Kami turun bawah. Kat bawah ada public pool. Memang open untuk semua. Boleh mandi. Jadi bawalah baju extra kalau nak ke sini ye.
Terus kami tuju ke laut. Jumpalah miniature ketam, nemo, penguins... Budak-budak memang suka la. Kat sini ada banyak aktiviti pantai. Tapi kami datang awan gelap. Nampak kilat. So ambil gambar je la.
Balik memang confirm singgah Melaka untuk semalam. Makan asam pedas Mas Mona dan sarapan Mee Goreng Hassan aka Mee Bodo
Best trip kali ni. Nak mudah booking hotel, kami pakai Cuti cuti Malaysia. Boleh Whatsapp www.wasap.my/60192887041
1 comments:
Seronoknya jalan-jalan/
Post a Comment