Monday, April 17, 2017

JALAN JALAN BATU BAHAT & JOHOR BAHRU

With Love May at 9:43 AM

Assalamualaikum & Haiiii

Edisi JJCM kali ni ke Batu Pahat dan Johor Bahru❗❗


Hari pertama kami gerak awal pagi. Plan asal nak singgah ke Melaka nak pekena mee bodo Hassan kat Tengkera tu.  Sekali tutup. Terpaksa la kami round kejap kat Tengkera cari port breakfast lain. Nak pergi kedai Roti Cabai Kayu Arang macam malas nak pusing jauh.  Sebab nak teruskan perjalanan ke Batu Pahat. 

On the way kat depan hitel Famosa tu kami nampak signboard Kedai Makan Hjh Robiah. Kami stop singgah & nak makan cepat-cepat

Kat dalam tu rupanya banyak gerai-gerai kecil jual macam-macam jenis makanan❗ Heaven makanan... Yang bestnya saya jumpa SERABAI❗ ALLAHUAKHBAR sebelum ni nak makan serabai dok fikir kat Penang je. Kali ni saya jumpa kat Melaka. Padahal serabai ni kuih tradisi negeri Melaka


Dah selesai sarapan, kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Ikut jalan lama. Seronok je tengok kampung-kampung,  pokok getah,  sawit,  hutan.  Sejuk je. Dah sampai kami check in kat hotel 7 Days Inn. Hotrl baru berdekatan pekan Air Itam. Refresh.  Kami sianp-siap cari makan. Lapar ni. Terus google cari Mee Racun je. Sebabnya Sup dengan Nasi Beriani dah terlalu mainstream. Kat KL pun boleh dapat 😛

Google tengok ramai recommend Mee Racun 3G. Terus waze la apa lagi. I tell you.  Memang sedap. Ada Mee Racun biasa RM 5. Saya order Mee Racun Daging RM 8. Husband pula order Mee Racun Tulang akak Gearbox RM 11. Gambar ni Mee Racun Daging. Tempting tak? Selain Mee,  boleh juga order Kueytwow,  meehun atau maggi. Nasi goreng pun ada jual kat sini. 

Saya bagi 5 ⭐⭐⭐⭐⭐


Dah selesai makan,  kami drive ke Rengit. Syurga barang-barang terpakai dari Singapore. Siapa yang berniaga bundle tu atau suka shopping bundle,  ni lah tempatnya. Sebenarnya ni Perkampungan Orang Asal. Husband cakap don't call them orang asli. Panggil orang asal. 

Datang sini rasa macam The Pickers sangat. Siapa tengok Astro History channel mesti tau cerita ni. 

Saya pun teruja tau.  Geram tengok perabut elok lagi. Ada fisher price. Walker. Haishh... Nasib tak bawa duit je ni 😛


Oh ye.  Ni sebelum kami ke Rengit, kami ke Pantai Minyak Beku. Orang kata dah sampai Batu Pahat,  mesti ke sini. Tak ada apa pun. Laut je.  Sebab kalau dah sampai Rengit tu of course la sampai malam.  Sepanjang jalan kampung tu kedai. Kedai dalam rumah. 

2, 3 kali juga lah kami naik turun kereta. 


Ok.  Inilah sebab utama kami ke Batu Pahat. TIKET FREE KE WET WORLD BATU PAHAT❗
Kami menang contest sempena Songkran Festival. Kami pilih ke Batu Pahat. Boleh berjalan sekali harung. Yang bagusnya. Kanak-kanak kena pakai life jacket ni untuk mandi. Safety first


Enjoy je sebab kat sini tak ramai orang.. Hehehe... Tapi tu la. Macam tak berbaloi sewa tube RM 16 sebab satu je permainan kat situ yang gunakan tube. Tu yang gelongsor pusing-pusing tu je. Wave pool pula dalam penyelenggaraan katanya. Jadi tak ada la ombak. 

Kolam yang macam sungai tu,  ada BIAWAK❗ Mestidatang dari tasik sebelah. Saya tak bagi anak-anak masuk situ sebab ada biawak. Anak-anak cakap macam buaya. Besar. Isk.  Takut



Bydak ni dah penat berendam 😴😴😴


Kita cerita sampai sini dulu lah.  Nanti sambung ke part kedua lak ye

Oh ya. Nak Jalan-jalan dalam Malaysia? Nak booking hotel atau pakej? Nak tiket theme park murah?  Whatsapp +60192887041 dia boleh buatkan untuk anda

1 comments:

Intan Saffyna said...

Hi, saya datang follow sini :)

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting