Thursday, December 18, 2008

1st Experiance

With Love Ied @ May at 1:42 PM
Sebenarnya hari ni aku x bape sihat. Kena batuk & selsema. Hopefully tak bentan. Sebab hari tu kuar pegi Pediatrik amek result tiroid test Aryff. Alhamdulliah Aryff punye tiroid normal. Aircond kete sejuk sgt lak.

Atas permintaan ramai, hari ni aku nak story pengalaman bersalin. 1st experiance. Kalau diingatkan balik memang seriau tapi tu la pengalaman paling bermakna bagi seorg yg dipanggil IBU. Ceeewwaaahhhh.......

12 Nov 2008 - Sebenarnya dah overdue dah ni. EDD sepatutnya 11 Nov 2008. Tapi masa pegi check, baru buka 1 cm. Doktor kata belum masa utk bersalin lagi. So boleh discharge. Lagipun tak sakit. Memang takde contraction pun ujung2 pregnancy. Rasa mcm biasa je. Doktor cakap kalau sakit or keluar darah baru datang balik.

14 Nov 2008 - Masih belum bersalin. Contraction pun takde. Sihat walafiat. Alhadulillah. Tapi memang niat nak pegi hospital sebab nak tanya option yang ada. Lepas Abg balik Solat Jumaat, aku pun pegi bilik air nak siap2 pegi hospital. Tetiba tgk kuar darah. Cepat2 siap utk pegi hospital. Excited sgt nak bersalin, lupa nak makan dulu. Amek ko. Lepas tu kelaparan. Tapi bagus gak tak payah hospital bagi ubat utk buang air. Tapi sempat minum air selusuh (big mistake!) Bila sampai hospital, dah buka 2 cm. Disebabkan ada bleeding, maka kenala masuk wad. Pukul 4 lebih masuk wad tu ok lagi. Takde contraction. Call Mama dgn Papa suruh diorg dtg bwk nasi sebab lapa. Pukul 6 lebih tu baru rasa 1st contraction. Sakit. Tapi boleh tahan lagi. Mama, Papa dgn Nurul dtg bawak nasi. Tapi masa tu dah takde selera dah. Sebab contraction datang 1/2 jam sekali. Suap 1 sudu nasi, contraction. Suap lagi sesudu, contraction lagi. Last2 nasi tu Abang yang makan. Mintak maaf siap2 kat Mama, Papa & Abg. Org cakap kalau kembar darah, bersalin sakit. Memang sakit. Masa kat wad baru tau tak boleh minum air selusuh selagi tak buka 4 cm or more. Oppsss...dah ku minum masa kat rumah. Amek haaa... Sakit memang teruk kalau minum air selusuh awal2. Pukul 11 lebih baru buka 3 cm. Sepanjang sakit contraction tu tak henti2 aku mengucap dgn baca selawat Nabi Yunus. Doktor budget pukul 4 dah buka 4 cm and boleh hanta labour room terus utk pecahkan air ketuban. Doktor check saiz baby. Kata dia kecil je ni. Takde masalah. Mungkin dalam 2 kilo lebih je.

15 Nov 2008 - Pukul 3 pagi aku dah rasa sakit sangat. Rasa mcm nak terberak pun ada. Pelan - pelan aku jelan pegi ke meja Nurse and cakap " Nurse kalau saya rasa sakit sgt dan rasa nak terberak, maknanya dah sampai masa ke?" Cepat2 Nurse2 kat situ amek katil dan suruh aku baring sebab aku cakap mcm tu. Masa nak naik katil tu lak kaki aku blh cramp. Terpaksa la nurse2 kat situ angkat aku naikkan atas katil. Tolak aku ke bilik pemeriksaan. Confirm dah buka 4 cm. Terus tolak masuk labour room. Aku pun call Abg suruh masuk labour room. Masa kat labour MO pecahkan air ketuban. Masa tu la rasa sakit yang sebenar. Actually aku ada mintak epidural tapi disebabkan aku masuk labour pagi2 buta lps tu weekend lak tu, maka doktor utk epidural tu takde. Yang ada gas apa ntah aku pun x ingat. Pastu dia inject aku dgn 1 ubat tahan sakit katanya. Masyallah. Kalau ku tahu ubat tahan sakit tu boleh buat aku mengantuk, memang aku takkan amek. So dalam mengantuk2 tu dok menahan sakit. Tetiba aku dah rasa nak meneran sangat. Aku suruh Abg panggil doktor. Bila doktor dtg aku cakap aku dah rasa nak push. Masa tu dah buka 9 cm. Dalam diorg tgh prepare semua benda, diorg dah suruh aku push. Bila dah buka 10 cm, diorg suruh push, aku pun push la. Push punya push tak kuar2. Bila kepala baby dah nampak. lagi la diorg suruh push. Abg dah jerit suruh push sebab dah nampak kepala. Aku lak dah takde tenaga nak push. Nurse dah panggil doktor lain sebab heartbeat baby dah makin lemah. Bila doktor dgn MO lain datang diorg suruh Abg kuar sebab dah jadi kes kecemasan. 2 org MO pegang kaki aku & kangkang kan kaki aku besar2. Masa tu aku rasa nak push lagi. So aku push sekuat hati. Aku nampak baby aku tercampak kuar. Nasib baik doktor kat depan sempat sambut. Aku nampak mata anak aku terkebil2. Pipi dia bulat. Masa tu doktor ckp ni bukan 2 kilo lebih, ni 3.9! (3.56kg je yg betulnye) Lepas diorg bersihkan, diorg suruh aku tgk jantina baby. Sempat lagi aku tgk jam. Pukul 5.40 pagi aku selamat melahirkan anak pertama kami. Aryff Azhad kuar tepat2 azan Subuh hari tu. Aku tanya nurse bape byk aku kena jahit. Dia ckp byk. 1st baby dah besar. Lps tu tau2 je aku dah tetido sebab ngantuk sgt. Tapi sempat dengar Abg azankan anak kami.

Sedar2 aku rasa darah keluar berketul2. Byk lak tu. Aku tanya nurse yang nak discharge aku dari labour, darah nifas kuar berketul2 ke? Bila dia check rupa2nya darah tak keluar habis. Dia mintak kebenaran aku nak bersihkan. Aku bagila. Rupa2nya bila dah jahit nak bersihkan balik darah yang tak keluar tu punya la sakit. Korg bayangkanla, dah jahit lepas tu kena korek balik utk kuarkan darah beku kat bawah nun! Sakitnya yang amat. Dahla kena jahit hidup2, takde bius ape kebendanya. Korek lak lagi hidup! Rasanya mcm nak bersalin lagi! Bila dah bersihkan sekali, nurse kata 1/2 jam lagi dia dtg check balik. Takut ada lagi. 1/2 jam lagi tu dia check ada lagi darah beku. Lagi sekali kena korek! Lagi sekali aku menahan sakit yang amat. Bila dah clean baru aku discharge dari labour.

Kalo korg nak tau masa tgh sakit nak push tu aku boleh tanya kat nurse kat labour room tu takde cara lain ke nak keluarkan anak ni? Lepas tu pesanan buat ibu2 mengandung, instead of menjerit masa deliver, lebih baik baca selawat Nabi Yunus. Salah satu amalan la....

Tu la pengalaman pertama aku bersalin. Kalau org tanya aku, serik ke nak beranak lagi? Jawapan aku, TAK. Sebab aku tau, ada org lain lagi teruk rasa sakit nak bersalin dari aku. Sakit contraction tak sampai 12 jam. Alhamdulillah. Aku pun takde masalah teruk masa pregnant. Anak kami pun bebas dari penyakit tiroid which penyakit yang aku ada during pregnancy. Aryff pun tak kena Jaundis.

Sekarang Aryff dah sebulan. Berat dia dah 4.8kg! Memang patut pun. Dia kuat menyusu. Tiap2 malam dia tido sambil "gantung" je kat aku. Tido dalam pelukan mak dia. Dia tak tido meniarap tapi leher dah kuat. Maknanye dia dah boleh angkat kepala dia. Geram aku tengok dagu dia yang berlapis tu. Pipi lagila bulat. Sekarang ni everything about Aryff memang buat aku geram nak gigit2 dia. Comel sgt. Menggeliat pun comel, meneran pun comel. Pandai wat memek muka. Kalau dia muncungkan mulut dia tu, rasa nak gigit je bibir dia. Lagi comei bila dia buat muka puas hati dia lepas BF/minum susu. Comei sgt....

Gigit bukan guna gigi ye. Gigit guna bibir je.


5 comments:

Anonymous said...

12 jam.. ohh.. berdebar pulak rasanya nk tunggu turn.. tskk

Aidura said...

alhamdulillah.. yg penting sume selamat dan sihat...

nk gigit gak lh x? aku ni x lh tgk baby wat memek muka... cm nk picit2 jek

Ied @ May said...

ad - tgh menghitung hari ke? gud luck! ida sakit sket sbb menurut doktor yg check bukaan tu "laluan" sempit.

ros - alhamdulillah sume selamat. gigit guna bibir blh. picit x boleh haaaa...

arale said...

uisssh...horror baca yg masa nk kuar darah tu...cam leh rasa apa yg ko rasa...anyway, congrats yek dpt baby boy....

Unknown said...

haha..lbh kurg experience kite mase danish dedolu...tapi mase danish cume kite amek epidural...sbb dah takde tenaga nak push nanti...

eee...salin kat mane nih yang?? apehal truk sgt doc smpi tak bersihkan abes2...uhhh....saketnyee...

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting