Thursday, December 03, 2015

WEDANG JAHE UNTUK MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

With Love May at 4:06 PM 0 comments

WEDANG JAHE / AIR HALIA

haaa... hari tu pos jamu asam kunyit kan. hari ni jap lagi time hujan² boleh la minum untuk hangatkan badan. yang ni orang mengandung boleh minum, breastfeed anak boleh minum, orang yang nak travel boleh minum. orang Indonesia minum wedang jahe ni macam-macam cara. tambah susu boleh, tambah rempah macam kulit kayu manis boleh, ada yang tambah herba-herba lain. tapi yang ni basic je

kelebihan dia hangatkan badan time hujan², buang angin, buang toksin, melawaskan, melancarkan peredaran darah. kulit merah gitu

Di indonesia, wanita mengandung suka minum air ni untuk kurangkan rasa loya morning sickness. sebab rasanya tak keras. macam minum teh halia je

untuk yang mabuk kenderaan, sebelum travel tu disarankan minum segelas. boleh kurangkan rasa mabuk tu

bahan

4 cawan air
1 besar ibu jari halia. bersihkan dan bakar. dah bakar halia bau wangi sgt
2 btg serai
sikit garam
gula melaka sesedap rasa

cara

Ketuk halia dan serai. rebus semua bahan sehingga menjadi 1-2-gelas air.

minum suam-suam

Sunday, November 29, 2015

JAMU JUS ASAM KUNYIT

With Love May at 5:55 PM 0 comments

Hari ni rajin sikit nak buat jamu jus asam kunyit ni bagus untuk kempiskan perut, kecutkan rahim, melancarkan period dan darah nifas. Jamu ini dapat mengharumkan tubuh, menyegarkan dan menghaluskan serta merampingkan tubuh badan jika rajin mengamalkannya.

bahan

1. kunyit besar ibu jari. saya buat double sbb nak simpan utk 3 hari

2. halia besar ibu jari. ni pun saya doublekan. tapi kalau x suka rasa pedas, x payah masukkan. saya masukkan sebab nak buang angin dlm badan

3. 1 genggam asam jawa. bancuh dgn 4 gelas air

4. gula melaka sesedap rasa

Cara

blend halus kunyit, halia dgn air asam jawa. tapis. masak atas dapur dari 4 gelas sampai jadi 2 gelas. masuk gula melaka sesedap rasa. sejukkan. tapis lagi sekali. blh minum suam atau simpan sejuk.

By the way, jamu ni tak boleh minum setiap hari ye. Nanti cepat menopous. Kunyit tu boleh mengeringkan rahim. Seeloknya minum 2 ke 3 hari berturut lepa period atau lepas habis nifas bagi mengeluarkan darah-darah yang tertinggal. Lepas tu ulang selepas 2 minggu.

Ada yg nak tambah manjakani tu. Letak je sebiji manjakani tanpa perlu pecahkan masa memasak jamu ni tadi.

Saya tak letak sebab tak nak pahit. Lagipun manjakani saya guna serbuk untuk luaran. Pakai manjakani banyak-banyak pun nanti akan mengeringkan miss v kita

Tuesday, October 27, 2015

Mula Hari Anda dengan Coklat Ajaib

With Love May at 11:23 AM 0 comments

Selamat pagi semua

Assalamualaikum

Mulakan pagi anda dgn bismillah.. Walaupn hari-hari sebelumnya kak yong buka jualan online jamu susuk dara tetapi inbox kak yong sentiasa dibuka untuk sebarang pertanyaan tentang JSD . Jom pagi ni kite ber JSD.

2 biji utk cik abang kite terus berstamina semasa berada di tempat kerja. Panas kan sekarang ni.. Dan 2 biji lagi untuk kak yong sentiasa bersemangat melakukan tugas seorang isteri dan ibu. Rasanya memang sedap dan harum baunya.. Senang sahaja cara makan COKLAT LOVE HABIBI ni cuma gentelkan sebesar hujung jari kelingking sebanyak 2 biji. Kemudian kunyah dan telan bersama air suam. Mudah je kan?

Kalau ikut tips mem Hanni Borhan, pengasas JSD, makan coklat love habibi dengn susu suam untuk stamina dan tenaga sepanjng hari

Kak yong pun suka makan coklat love habibi ni dengan kopi. Rasa sedap je badan tu

Fungsi lain COKLAT LOVE HABIBI ni:
~memberi tenaga
~Menstabilkan haid yg TIDAK TERATUR
~Melawaskan pembuangan
~Sesuai utk lelaki dan perempuan.

Nak order rangkaian produk Jamu Susuk Dara boleh

WHATSAPP +60192887041

Wednesday, October 21, 2015

DOA ELAK ATAU LINDUNGI DIRI DARI DIROGOL, CABUL, DERAAN SEKS DAN DIAKHIRI DENGAN PEMBUNUHAN

With Love May at 8:13 AM 0 comments

Assalamualaikum

Pagi yang jerebusss.. Pagi ni saya buka fb terus ternampak doa yang dikongsi oleh Ustaz Zaharuddin. Yang saya rasa doa ni sangat-sangat bermanfaat untuk kaum Hawa amalkan. Kaum Adam juga boleh amalkan. Ye lah. Situasi ni pada zaman sekarang semua diorang main sondol je. Ooopps...

Teks ni saya copy paste dan tidak buat sebarang perubahan pada makna dan maksud yang ingin Ustaz sampaikan supaya pembaca tidak keliru

DOA ELAK DARI TERPERANGKAP DARI SITUASI ROGOL, CABUL

Semoga bermanfaat

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻳﻘﻮﻝ ﻣﻦ ﻗﺎﻝ ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟﺬﻱ ﻟَﺎ ﻳَﻀُﺮُّ ﻣﻊ ﺍﺳْﻤِﻪِ ﺷَﻲْﺀٌ ﻓﻲ ﺍﻷﺭﺽ ﻭﻻ ﻓﻲ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﺀِ ﻭﻫﻮ ﺍﻟﺴَّﻤِﻴﻊُ ﺍﻟْﻌَﻠِﻴﻢُ ﺛَﻠَﺎﺙَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﻟﻢ ﺗُﺼِﺒْﻪُ ﻓَﺠْﺄَﺓُ ﺑَﻠَﺎﺀٍ ﺣﺘﻰ ﻳُﺼْﺒِﺢَ ﻭَﻣَﻦْ ﻗَﺎﻟَﻬَﺎ ﺣﻴﻦ ﻳُﺼْﺒِﺢُ ﺛَﻠَﺎﺙُ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﻟﻢ ﺗُﺼِﺒْﻪُ ﻓَﺠْﺄَﺓُ ﺑَﻠَﺎﺀٍ ﺣﺘﻰ ﻳُﻤْﺴِﻲ
َ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

ﺍﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺍِﻥْ ﻛُﻨْﺖَ ﺗَﻌْﻠَﻢُ ﺍﻧﻲ ﺁﻣَﻨْﺖُ ﺑِﻚَ ﻭَﺑِﺮَﺳُﻮﻟِﻚَ ﻭَﺃَﺣْﺼَﻨْﺖُ ﻓﺮﺟﻲ ﺇِﻻَّ ﻋﻠﻰ ﺯﻭﺟﻲ ﻓَﻼَ ﺗُﺴَﻠِّﻂْ ﻋَﻠَﻰَّ ﺍﻟْﻜَﺎﻓِﺮ
َ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Saturday, October 17, 2015

Lelaki Pukul Warga Bangladesh Yang Sedang Mencuci Keretanya

With Love May at 9:40 PM 0 comments

Tak ada sifat perikemanusiaan!

Tu je ayat yang sesuai untuk lelaki ni. Kaya manapun jangan angkuh sangat. Bukan selamanya pun awak kat atas.

Memangla dia busuk, kotor. Tapi dia buat kerja dia bersungguh-sungguh. Dia cari rezeki yang halal. Apa hak kau nak pukul dia?

Friday, October 16, 2015

BENTAN

With Love May at 12:04 PM 0 comments

APAKAH ITU BENTAN

Bentan adalah keadaan di mana seorang ibu yang berpantang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat diketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.

Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.

JENIS-JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA & CARA RAWATAN

1. Bentan Urat

Badan ibu tiba2 lemah / demam / bisa-bisa urat & setiap sendi badan seperti lutut dan sebagainya.

Seluruh otot badan akan berasa tegang & kekejangan.

**Selalunya keadaan ini berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau. Kerja yang orang berpantang boleh buat hanya : Lipat baju & belek baby.

Sesiapa yang sibuk nak sapu sampah, mop lantai, sendiri mau ingat la.
Kadang-kadang tak boleh terima alasan diorang yang kononnya "saya kesiankan mak saya, kak".

Tapi lepas dah bentan, korang still susahkan mereka. Tapi kali ini berkali ganda. Sebab diorang kena jaga korang, bayi yang baru lahir, anak-anak kecil yang lain & suami korang.

Jadi, mana relevannya sikap "kesian" kamu tu?

Kalau dah jadi macam ni tolong JANGAN MENGURUT. Sebab kalau mengurut, urat tu jadi lagi sakit. Apa yang perlu dilakukan adalah sapu minyak panas ke seluruh badan & mula bertungku / bertuam sehingga pecah peluh.

Tuaman / tungku perlu dilakukan di seluruh tubuh dengan sekata.

2. Bentan Urat Peranakan / Urat Rahim (ari-ari)

Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah.

Kadang2 kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.

Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat.

Kalau korang nak tau, masa dalam pantang ni, air dalam cerek tu pun dah dikira berat tau.

Sebab tu kalau dalam pantang, janganlah korang nak dukung anak-anak korang yang selain newborn korang tu.

Bentan urat peranakan juga boleh terjadi jika ada ibu-ibu langgar pantang ; berjimak masa dalam tempoh 44 / 100 hari berpantang.

Kalau bersalin normal, tak boleh bersama suami selama 44 hari.
Kalau yang menjalani pembedahan, tak boleh bersama dengan suami selama 100 hari.
Sesiapa yang melanggar pantang ni memang parah akibatnya.
Bukan sahaja berjimak, kalau korang na "ringan-ringan or stim-stim dengan suami sehingga menaikkan syahwat pun tak boleh sebenarnya nanti urat tu kembang.
Sebab tu jugak la orang tua dulu-dulu kalau time berpantang, memang kena halau suami tu dengan mak bidan / mak mertua.
Para suami kena tido luar sampai ibu abis berpantang.

3. Bentan Urat Besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum.
Ibu2 yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh & sakit di ats bahagian tongkeng (belakang). Selalunya terjadi pada ibu2 yang bersakin secara pembedahan.

Kadang2 kesakitan di bahagian pinggang & tumit yang serius sampai ibu jalan terjengket2.
Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup.

** kalau bentan urat besar ini terjadi, bakar batu tungku. Di atas alas batu tungku, tabur ibu kunyit dan limau nipis yang telah dikisar (blender). Letak batu tungku & balut.

Letak kain dibahagian pembukaan faraj & start bertungku. Lepas dah tungku bahagian permukaan faraj tu, letak batu tungku atas lantai, lepas tu dengan posisi satu kaki melutut & satu kaki lagi menegak sehingga bahagian alat sulit dan dubur berada di atas batu tungku.
Rawatan ini perlu dilakukan selama 3 hari berturut2.

Bagi yang sampai tahap tumpah darah, buat tangas kering.

Caranya : Cuma bahan tu hanya pakai ibu kunyit & pati limau nipis.

Sebab itulah ibu berpantang digalakkan banyak banyakkan berehat , jangan terkena hujan walaupon tempiasnya , jangan suka mandi lama lama , jangan main air ( kalau pinggan pun jangan basuh . minta tolong orang lain basuhkan ) , elakkan mandi budak , dan janganlah angkat berat berat (even anak kecil korang ) .

Kerana sakit bentan ni memang x tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu ibu berpantang merana .

Dan sebab itu digalakkan setiap wanita PERLU ada 1 batu sungai

Thursday, October 15, 2015

DIY Periksa Rahim Anda Di Rumah

With Love May at 5:17 PM 0 comments

DO IT YOURSELF CHECK RAHIM ANDA

1. Baring lurus, jangan guna bantal.

2. Sapu minyak pada perut dan atas ari-ari especially di bawah pusat.

3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.

4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.

5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.

6. Bernafas seperti biasa.

7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas ari-ari. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, itu tanda peranakan anda dah jatuh.

Jamu Susuk Dara Memang Ohsem

With Love May at 12:31 PM 0 comments

Jom isteri2 mantapkan diri ampa..ubah penampilan ampa..ubah luaran ubah dalaman...jangan nak ubah luaq ja dalam bau bangkai...

Kita ubah untuk kesihatan dan maruah kita utk laki kita..

Kang tersodok dek babi pulak...

Bukan kami kata dia yg kata
Meh wassap 0192887041

Sunday, September 20, 2015

Edazzrich dan Tutorial Hijab Cantik buat Giveaway

With Love May at 9:12 AM 0 comments
Ini adalah sticky post. Scroll ke bawah utk entry terbaru

Edazzrich dan Tutorial Hijab Cantik buat Giveaway dekat Instagram. Nak masuk pun mudah. Mana tau anda saah seorang pemenag. Dapat tudung percuma ye tak?

Follow je instruction kat gambar. Mudahkan?






Monday, September 07, 2015

Resepi Bubur Lambuk Ringkas

With Love May at 3:31 PM 0 comments
Hari ni kak yong masak bubur lambuk. Sebab sakit gigi. Keupayaan mengunyah tu kurang sikit.

Resepi ni kak yong dapat dari rakan forum aka rakan blogger dan skrg dah jadi rakan fb. Lepas tu kak yong adjust sikit supaya cepat siap dan anak-anak kak yong boleh makan. Tambahan pula kak yong hanya guna bahan yang ada dalam peti ais saja.

 Ameer 10 kali datang dapur masa tengah masak ni. Tanya " mama masak nasi bubur ke". Ni dah habis 2 mangkuk terus tidur

bubur lambuk moden/ringkas

bahan2:

bawang merah – blend
bawang putih – blend
ikan bilis sedikit – blend
lada hitam – tumbuk kasar
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
beras satu pot (ikut suka lah nak banyak mana pun.. :P)
ayam – dipotong dadu
daging (kalau nak, taknak tak payah)
kentang – dipotong dadu
karot – dipotong dadu ( ni tak ada dalam peti ais)
bunga kobis – dipotong kecil2 (ni pun takde dalam peti ais)
santan 500 g ( kak yong guna santan rm 2 lebih kurang 200g je)
garam secukup rasa

cara memasak:

1) tumiskan bawang kecil + bawang putih + ikan bilis + lada hitam + rempah tumis sehingga bau wangi
2) masukkan ayam/daging sehingga empuk
3) masukkan air 1/2 periuk
4) masukkan beras
5) setelah menggelegak, masukkan santan
6) masukkan kentang + karot + bunga kobis
7) taburkan garam
8) tunggu sehingga nasi bertukar menjadi bubur! 
untuk hiasan dan tambah perisa, masukkan daun sup, daun bawang, ikan bilis goreng dan bawang goreng.dan, kalau nak tambah sayur, ikut sesuka hati je.. nama pun bubur lambuk kan

tips:

– bubur perlu dikacau selalu supaya tidak melekat di dasar periuk
– bubur akan meletup2, jaga muka anda ye..
– kalau taknak bubur meletup2, boleh masak bubur nasi asing dan campur semua bahan tumis, ayam dan sayur yang telah dimasak terlebih dahulu.
– kalau nak guna santan kotak, masukkan santan akhir sekali sebelum tutup api.. kiranya sekejap je lah santan tu








Saturday, September 05, 2015

Suri Rumah & Work At Home Mom

With Love May at 1:21 PM 0 comments

Buka fb terbaca kawan-kawan share status cik puan nurul ni. Mashaa Allah. Memang betul la apa yg dia tulis ni.

Sebagai ibu yg pernah cuti utk jaga anak. Memang saya lalui semua ni. Memang kadang kala rasa nak breakdown dah. Tapi demi anak-anak kena juga kuatkan hati. Tengok anak membesar ni bukan dapat banyak kali. Bila mereka dah besar we surely missed those moments.

Boleh nampak everytime kami keluar anak beranak minum-minum atau kat kat masjid ke surau. Ramai yang tegur.

" dulu kami macam awak la. Anak deret deret. Bawak pergi jalan-jalan. Macam-macam ragam. Sekarang semua dah besar buat hal masing-masing. Bila umur dah meningkat, baru rasa sunyi." Kata-kata ni mmang selalu orang cakap kat kami.

Cik puan nurul. Thanks kerana meluahkannya. Bagi depa hat yang tak paham tu paham sikit. Credit to you.

" Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk jaga anak + bekerja dari rumah, ini apa yang saya rasa:

1. Jadi suri rumah jaga anak memang 200% ganda penat & stres daripada bekerja.

2. Jadi suri rumah, susah nak dapat Me Time. Time mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu. Ada yg ketuk pintu non stop sampai telinga kita bingit & terpaksa buka pintu. Bila buang air, ada orang kat sebelah tolong flush kan adalah perkara biasa. Sebab? Anak yg 24 jam duduk dengan mak ni manje dia lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Takpe dah besar nanti ok lah. Tak lama dah.

3. Jadi suri rumah, kadang2 akan rasa bosan sebab tiap hari rutin yg sama. Bangun. Kemas rumah. Masak. Mendobi. Rumah selerak, kemas semula. Lipat baju. Rumah selerak,kemas semula. Kadang2 tak sempat makan. Nak pulak kalau buat bisnes macam saya,terkejar2 antara kerja rumah & bisnes. Paling boring ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis tak boleh rumah selerak. Paling penting, time suami nak sampai dari pejabat, rumah wajib spotless clean. Anak2 pun dah tau...kalau saya kata papa dah nak sampai, dorang takkan selerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerak rumah

4. Jadi suri rumah, kita akan rasa lonely. Takde kawan. Time kerja dulu masuk kerja jumpa orang. Sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah sembang dgn anak, sembang dgn tv, sembang kat wasap. Makan sorang sambil layan fb. Itu aje. Antara benda yang paling rasa missing bila dah tak kerja ialah kurang bersosial. Time ambik anak balik sekolah dapat la jumpa mak-mak atau nenek yg ambik anak. Dapatlah sembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan2 dgn ofismate kadang2 rasa jealous.

5. Jadi suri rumah takde cuti sakit atau cuti rehat. Time kerja dulu, kalau sakit boleh ambik mc. Hantar anak kat taska & rehat kat rumah. Sekarang? Time sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takde nya nak dapat rehat tdo dengan tenang dan bahagia

6. Jadi suri rumah,dah bertahun tak berdating dengan suami. Dulu time kerja kami ambik cuti sehari, pergi jalan2 tgk wayang. Anak kat taska. Sekarang... dah tak merasa. Rindu moment tu. Takpe... anak2 dah sekolah nanti boleh repeat semula.

7. Jadi surirumah, orang akan pandang rendah kat kita. "Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak kat rumah je" "dulu lepas spm tak dapat offer masuk u ke?" "Tak kerja tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal" "syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak". Malah mertua saya pernah kantoi, taknak sebut saya suri rumah jaga anak. saya senyum je. Pasal suami buat hal tu.... apa yg kita fikir & sebut itulah yg akan jadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah...nanti betul2 jadi. Fikir benda baik,sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik, dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.

8. Jadi surirumah, kadang2 syaitan akan datang & bisik : kalau tak resign dulu... sekarang gaji mesti dah beribu bilion...bla..bla..bla.. berbaloi ke berhenti kerja jaga anak? Syaitan tu memang akan datang menjengah. Especially bila tgk kawan2 seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik kat pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan tu supaya pergi jauh-jauh.
Sebab tu ada ustaz yg kata surirumah adalah pekerjaan paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang tak mudah. Pengorbanan paling besar ialah tinggalkan kerjaya dengan jawatan & gaji kita semata-mata untuk anak & suami. Allah juga yg akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. Insya Allah! "

Monday, August 17, 2015

Motivasi Saya Pagi Ni

With Love May at 9:00 AM 0 comments

A photo posted by EDAZZ RICH GLOBAL NETWORK (@edazzrich) on

Wednesday, July 22, 2015

Jalan-jalan Hari Raya

With Love May at 7:59 AM 0 comments
A photo posted by EDAZZ RICH GLOBAL NETWORK (@edazzrich) on

Thursday, July 16, 2015

MUNAJAT RAMADHAN

With Love Ied @ May at 6:33 AM 0 comments
Ramadhan dah tiba ke penhujungnya. in Shaa Allah kita akan menyambut hari kemenangan esok hari. Dalam gembira menyambut tibanya Syawal jangan lupa mereka yg serba kekurangan tu. Yang pulang ke desa, apa kata jalan-jalan lah ke hujung kampung melihat atau bantu mereka yang serba kekurangan tu. Mungkin kehadiran anda sikit sebanyak dapat memberi sinar kegembiraan pada mereka


MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kepadMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan utknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa d syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2-anak yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadukankanlah puasa kami sebagai puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…

Aamiin, Aamiim, Aamiin, Ya Robb...

Tuesday, June 16, 2015

Dah berhabuk. Dah Bersarang Labah²

With Love May at 11:08 AM 0 comments

Ya Allah. Lamanya tak ber pot pet pot pet kat sini. Semenjak dah ada blog baru. Yang lama dilupakan. Bukan lupa. Sibuk uruskan blog² bisnes sebenarnya sampai lupa dah nak mencoret kehidupan peribadi ni

Kadang² biasa la nak lupakan hal² lama pun ada. Tapi tu la. Kehidupan masa ilam sebenarnya mencorakkan jalan hidup kita hari ni :)

Kalau sudi, jemputlah ke

www.mamaedazz.blogspot.com



Dan 

www.edazzonline.blogspot.com

 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting