Saturday, December 12, 2009

Rindu Sangat

With Love Ied @ May at 1:28 AM 2 comments

Setahun saya menatang dia bagai minyak yang penuh. Saya rindu sangat detik2 dia membesar depan saya. Tak sanggup rasanye nak hantar dia kat babysitter. Boleh ke org tu jaga dia mcm saya jaga dia? Boleh ke dia sabar kalau Aryff menangis? Boleh ke dia tidurkan Aryff kalau Aryff mengantuk? Boleh ke dia serba serbi? Tengok tu dia pasang sendiri beg IKEA tu kat tangan dia...


 Terus dia rasa dia jadi power la tuh. Boleh lalu bawah console table lagi. Macam superhero. Belum lagi dia tunjuk skill panjat tangga dengan beg IKEA tuh.

 

Bila da penat mula la cari cara nak lepaskan diri. Agak-agak macam mana dia nak tanggalkan beg tu?

 

Mestila dengan menangis. Supaya Mama dgn Papa tolong dia lepaskan dia dari "mantel" buatan sendiri tuh.



Nak main dengan benda ni kena minta kebenaran Papa dulu. Agak-agak Papa bagi tak? Aryff pun nak jadi fotografer macam Papa. Boleh tak?

Rindu sangat masa bersama dengan budak kecik ni. Ooohhh... I really need 48 hours per day. Balik dari kerja badan dah penat. Maklumla pompuan mengandung. Nak main-main dengan Aryff dapat sekejap je. Bila bawak dia naik bilik, trus dia macam paham-paham je, cari susu dia then terus tido. Maafkan Mama ye. Mama dgn Papa perlu berfikiran positif dan rasional untuk masa depan kita sekeluarga.

Ya Allah, bantulah aku membahagikan masa aku dengan lebih baik. Semoga aku boleh menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu yang baik. Semoga pengorbanan hari ini memberikan hasil yang terbaik untuk masa depan. AMIN.

Monday, November 30, 2009

With Love Ied @ May at 4:38 PM 0 comments
*STICKY MODE*
Ini adalah sticky mode entry
*Scroll ke bawah untuk entry lain*

Saya kini menjadi mobile stokis untuk ECPI Drinking Water.

Harga Jualan

Botol Besar RM 8.00
Sekotak (12 Botol Besar) RM 96.00
Sekotak (24 Botol Kecil) RM72.00

Harga Agen

Sila isi no keahlian anda (sekiranya ada) untuk mendapat harga agen.


Kepada agen-agen ECPI Water dan pelanggan - pelanggan baru. Boleh juga sekiranya berminat menjadi agen ECPI.

Mode Pembayaran 

Bank In / Bank Transfer

Bank Islam 14023010035358 A M D Enterprise
Maybank    114085816567     Adry Abd Aziz

Selepas pembayaran telah dibuat sila email slip bank / pembayaran ke eda910@hotmail.com

Mode Penghantaran 

Pos : Kos pos akan ditanggung pelanggan. Mengikut berat.
Ambil Sendiri : Galaxy Ampang Shopping Centre, Taman Dagang, Ampang

Penghantaran @ Pengambilan hanya setelah bayaran diterima.

Pertanyaan? 

Emel saya di eda910@hotmail.com

Borang Pesanan




Nama:




Email




Alamat Penghantaran




No Telefon




No. Keahlian (sila isi utk dapatkan harga agen)




Kuantiti : Botol (Hanya untuk botol besar sahaja)




Kuantiti : Kotak (12 Botol Besar)




Kuantiti : Kotak (24 Botol Kecil)




Mode Penghantaran

Pos

Ambil Sendiri



Nota (Jika ada pertanyaan mengenai pesanan yg dibuat)













create web form

Thursday, November 26, 2009

Cuba untuk berfikiran Positif...

With Love Ied @ May at 12:00 PM 5 comments
...dan percaya that everything is going to be alright. Saya sedang cuba untuk berfikir setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ya, bukan mudah untuk saya lakukan semua ini. Bukan mudah untuk saya mengawal mentaliti saya. Jika sebelum ini saya bekerja under my own terms, kini saya perlu mengikut arahan. Masuk pukul 8 pagi. Keluar pukul 5 petang. Mungkin mudah bagi sesetengah orang untuk mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan. Tetapi saya? Saya sedang CUBA. Jadi jangan perlekehkan apa yang saya boleh lakukan.

Saya juga sedang mencuba untuk menjadi seorang yang humble. Belum masanya untuk saya menonjolkan diri. Bukan slow. Tapi perancangan. Saya sudah merangka perancangan masa depan saya. Penting. Sebab  SYMP.

Saya sajikan anda gambar-gambar Aryff's 1st birthday on 14th November 2009 baru-baru ini. oooppsss..saya tak curi tulang ye...

Thursday, November 19, 2009

Silence equals to Sengal

With Love Ied @ May at 6:18 PM 0 comments
Aryff kena asma, Papa Aryff pun asma, Mama Aryff demam. Sekarang ni asyik hujan je kan. Kadang-kadang tu sehari suntuk hujan. Sejuk sampai ke tulang temulang.


By the way, Aryff is now one year older. Kami celebrate his birthday with families and some long lost friends. Terima kasih kepada mereka yang sudi hadir dan bawa presents for Aryff. Insyallah tahun depan kami buat lagi. All the food courtesy from me, my mother and in-laws. Alhamdulillah.

Aryff's getting smarter today. Kalau tak dapat apa yang dia nak, trus nanges. Dari mana dia belajar, kami pun tak tau. Panjat perut Mama dia satu kemestian. Sakit woo...Hopefully baby dalam perut ok la. Tapi terasa my tummy dah turun ke bawah. As if da nak bersalin sgt. Sabar ye sayang. Sayang keluar la bila sampai masanye nanti ye. Ye la kalau bersalin awal sangat, takut byk sgt complication. Nauzubillah.

Insyallah Isnin ni aku akan melapor diri ke Kerajaan Malaysia. Kementerian mana? Tak yah tau dulu la ye. Aku ingatkan hidup mati aku akan megerjakan bisnes aku nih. Dapat lak tawaran Kerajaan Malaysia nih. Nak2 suratnye sampai ke rumah mak bapak. Kerat jari la nak tolak tawaran tu. Semua org beria-ia suruh aku amek offer nih. Ye la kalau tak accept nanti kena blacklist. So like it or not, aku kena la prepare mind and body for work. Kembali ke office enviroment setelah 3 tahun beb! Sengal rasa otak.

Friday, November 13, 2009

A Remnder (sesuai utk org yg blom tapi mau kawin)

With Love Ied @ May at 5:02 PM 2 comments

Be there...i might see you there.
Look for me at booth no 40 tau... Redhut. Only on Sunday
Booth ape? jeng...jeng....jeng...
Cari sendiri la beb

Monday, November 09, 2009

Bila Takde Tempat Nak Mengadu...

With Love Ied @ May at 2:50 PM 2 comments
Pendam?

Sabar?

Period. The only face yang menenangkan hati ialah wajah Aryff sedang tidur. Yes. He's sleeping right now. Rasa kosong bila dia tidur. Nak buat kerja skrg ni pun tgh malas. Mungkin hari ni hari Isnin. Kedai bayak tutup. Lega. Kedai kasut yang selalu pasang radio kuat-kuat tu tutup hari ni. Senyap sket. Takde la menambahkan pening di kepala.

Rasa macam bodoh nak fikir semua ni. Tapi melibatkan masa depan tak ada benda yang bodoh. Every little thing counts. Dari yang sebesar zarah sampaila ke besar gajah. Mungkin kena tetapkan hati. Org lain boleh buat kenapa tak aku? Berkorban dulu sikit, hasilnya mungkin manis. Lagipun tak semua yang ada depan mata akan kekal. Sekelip mata je boleh berubah. Semuanya MUNGKIN.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Aku memang nak tapi tak dimudahkan jalan lagi. Dugaan. Mungkin bukan betul-betul nak kot, tu yang jadi tak mudah. Cabaran.

Wednesday, November 04, 2009

Saya Tak Pandai Menulis Tapi Saya Suka Baca Blog Makanan

With Love Ied @ May at 4:37 PM 3 comments
I'm a food lover. Suka sangat blog hopping cari-cari resipi utk dicuba di rumah. Ada gak resepi yang tak dicuba2 pun. Tadi blog hopping jumpa resepi ayam tandoori goreng. Meleleh air liur ku. Terasa lapar lak perut ini. Ayam ada kat rumah. Boleh la cuba. Nampak macam easy cooking tapi kena perap lak ayam tu dgn ramuan2 lain for half an hour. Kena balik awal la gamaknye hari nih.

Jalan punya jalan lg blog org, jumpa resepi masak hati ayam dgn kacang buncis. Macam sedap. Boleh try lagi. Ada lak prawn omelette. Meleleh lagi air liur. Mak uihh...lapar sungguh aku nih. Berenti jap pegi makan...

Tuesday, November 03, 2009

Memujuk Hati Yang Duka Adalah Sangat Susah

With Love Ied @ May at 1:49 PM 3 comments
I always love watching chick flick movie or drama. It's my favorite genre. Watching this kind of movie kadang-kadang buat aku rasa life is a fairy tale. Hakikatnya, tak pun.

Yup. Otak tgh celaru skrg. Org kata it's hormone. Maybe they're right. Yes, blame it to your hormone raging. Always looking for someone or something to blame if things didn't workout the way we want.

Too much thinking can burst you into tears. Muka nampak tenang, hati menjerit-jerit mohon pengertian. Tapi siapa nak mengerti kalau tak diluahkan.

Some things are better left unsaid. Takut akan lukakan hati mereka yang mengharap.

Harapan. A word I hate the most. A noun equals to a burden. A verb similar to disturbance.

I need a distraction. I need air to breath. I need time.

Taking a tag questions from kelly as a distraction. For 5 minutes, at least.

01. Bekas kekasih saya adalah :
Manusia biasa

02. Saya sedang mendengar :
Tak tau. Dengar dari kedai kasut cina. Mungkin lagu cina.

03. Mungkin saya patut:
Berhenti berfikir

04. Saya suka :
Kacau Aryff tgh tido. Cium pipi dia yang gebu. Saya sudah mula merinduinya. Dia ikut papa skrg

05. Sahabat-sahabat baik saya :
Yang memahami saya luar dan dalam

06. Saya tak paham :
Kenapa org tak boleh menerima diri saya seadanya

07. Saya kehilangan :
Masa lalu saya yang buat saya tersenyum

08. Ramai yang berkata :
Saya dah lain

09. Makna nama saya :
Takde makna

10. Cinta itu adalah :
Give and Take

11. Di suatu tempat seseorang:
Berharap

12. Saya akan cuba :
Menjadi terbaik dengan cara saya sendiri bukan mengikut rentak org lain

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Forever

14. Telefon bimbit saya :
SE. Hadiah dari si suami

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Tengok jam. Mulakan hari seperti biasa tetapi jadikan ia hari yang lebih baik dari semalam

16. Saya paling meluat apabila :
Saya jadi manusia hipokrit

17. Pesta/Parti adalah :
Hari saya sibuk

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Kucing

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
1996 - 2003

20. Hari ini :
Jaga kedai

21. Malam ini saya akan :
Habiskan masa bersama keluarga sebelum tidur

22. Esok pula saya akan :
Mulakan hari seperti biasa dan jadikan ia hari yang lebih baik dari hari ini

23. Saya betul-betul inginkan :
Ketenangan

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Age does matter

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Sama saja bagi saya. A place where we spend

26. Makanan Barat atau Jepun :
Buat masa skrg, Jepun. Saya sudah terbayang sushi

27. Bilik yang terang atau gelap :
Gelap

28. Makanan segera adalah :
Tak healthy tapi sedap

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? :
Org nak jugak ada org yg tolong org

30. Tag ini datang dari :
Kelly910. Ratuhati Member.
Tag lama ku dah lupa. Ku cekup je la tag yg baru ni je. Ok kan kelly???

Friday, October 30, 2009

Bahagianye...

With Love Ied @ May at 5:54 PM 4 comments
Bahagianya rasa kalau

  • Hari-hari boleh berblog
  • Boleh pegi manjakan diri sendiri
  • Ada org spoil kita with love and gifts
  • Boleh SHOPPING hari-hari
  • Friends to share ups and downs
  • Duit berpuluh2 ribu masuk akaun setiap bulan...muahahaha...

Tapi lebih bahagia kalau

  • Dirahmati Allah S.W.T
  • Ada tujuan hidup
  • Dikelilingi org yang menyayangi kita tanpa syarat
Apa yang membahagiakan kita? Hanya diri kita saje yang boleh menjawab soalan cepu emas tu. Sebab kadang2 apa yang kita nampak pada zahirnya tak seindah yang disangkakan.

Thursday, October 22, 2009

Saya Sangat Lapar Tapi...

With Love Ied @ May at 4:22 PM 0 comments
Saya sangat lapar tapi saya tak nak makan apa. Perut saya dah mula menyanyi lagu keroncong. Ni sume gara-gara saya suka googled pasal masakan. Asyik pikir nak masak apa malam ni. Saya sudahpun melantak McD semalam

image by google

Saya juga sudahpun masak begedil daging idaman saya tuh. First time masak tu dan sangat bangga begedil itu menjadi. 3 biji kentang boleh makan untuk 3 hari berturut2. Saya tak buat berempah sangat supa anak saya boleh makan masakan saya.

image by google

Saya tak scan2 lagi iklan yang saya keluarkan dalam Harian Metro minggu lepas. Saya malas nak pasang kabel scanner di kedai saya ni. Jadi saya keluarkan la apa yang saya iklankan dalam bentuk jpeg. Lebih kurang je dalam paper tuh. Pada sesapa yang terlepas, ni la dia


Nampak ke tulisan2 kat gambar tu? Kalau tak nampak, kepada mereka2 yang hendak membeli tshirt round neck cotton dan kolar tshirt lacoste dengan harga borong, boleh la datang ke kedai saya di G 35, Galaxy Ampang Shopping Centre Taman Dagang Ampang. Dibuka Isnin hingga Jumaat. Requirement : Sila bawa business card anda untuk tujuan rekod. Digalakkan mereka yang membuat bisnes printing tshirt. Tak ada minimum kuantiti. Tak ada diskaun sebab harga memang harga borong aka harga dealer aka harga agen. So please jangan tanya boleh kurang ke tak kalau amek banyak mana pun. Sebab saya selalu dapat SMS tanya soalan ni. Dan banyak jugak walk in yang tanya macam ni. Kalau anda sume biasa dengan oren, qm dsbnya mesti korang pun tau harga diorg mcm mana kan... Sekarang ni, ini la harga saya. Tshirt ni KOSONG shj. Takde printing tau. Dan kami pun ada servis printing tshirt ni. Kalau nak, datang kedai bawak design supaya kami boleh evaluate. OK?

Harga
T-SHIRT Round Neck RM 6.00
T-SHIRT Berkolar RM 10.00


No Telefon
019 288 7179
019 288 7041

Tuesday, October 20, 2009

Masuk Keluar... Wad la

With Love Ied @ May at 2:58 PM 3 comments
Minggu lepas haru biru sket. Aku baru je keluar wad. Kenapa?

BP rendah + Pulse tinggi + Tiroid problem < Human Error = HOSPITALIZED

Paham ke korang equation yang aku bagi nih?

Sebenarnye aku gi ANC for the first time plus utk booking for labour kat HKL nanti. Aku mmg kena beranak kat sana sebab aku memang ada tiroid condition and every month aku mmg check up kat PC HKL. So bila preggy PC akan refer aku O&G so that O&G refer aku ke Combined Clininc every Wednesday. Combine Clinic akan ada doktor ante natal dgn endokrine dalam satu bilik utk check ibu2 yang ada masalah tiroid masa pregnancy.

Nak dijadikan cerita ceriti, first time la aku gi O&G for my 2nd pregnancy. Aku mmg dh tau procedure sume dah. Masa staff nurse check BP aku, mende yg gelembung2 yg diorg balut kat tangan tu terbukak. Aku bg tau la nurse, diorg wat la balik semula. Nak dijadikan kes, mende terbukak jugak tapi depa wat tak tau pasal masa tu ramai lak ibu2 nak check BP mcm kelam kabut sket misi tu. Aku ni lak igtkan xde pape, proceed je la to the next step.

Tunggu turn punye la dgn hati girang sebab iklan kedai kami dah kuar paper (takdan nak scan lagi laaa...) dan dapat byk enquiries lak tuh. Hati sape tak sonok kan??? Bila masuk bilik, dgn bilik kecik pastu mcm serabut doktor dgn staff nurse tuh. Diorg lalu lalang kat bilik yg kecik sang doktor ni check la PULSE. Korg tau dia dpt baper reading aku???? 160!!!!! Bapak tinggi! Trus di ckp kene masuk wad. Aku cakap aku takmo masuk. Aku suruh dia amek balik pulse aku. Dia lak tanak! Dia ingat DOKTOR TAK PENAH BUAT SALAH KE? Yang bestnye dia cakap kat aku ape tau, "Kalau tanak masuk wad kenapa datang hospital!" Bangang tak? Sebenarnya macam2 diorg cakap dgn intention nak takut2kan aku. Malas nak tulis sini sebab sakit hati lak aku nanti. Ni 2nd pregnancy aku dan aku dah tau procedure dia. Nak tanak aku kene ikut mcm 1st pregnancy aku dulu. Kalo aku leh choose hospital mana aku nak memang aku pegi tempat lain.

So aku masuk la wad dgn hati yg x tenang. Cakap banyak pun malas. Doktor kat wad pun bengang. Sepatutnye aku ni dihantar ke Combined Clinic bukannye ke wad. Surat sume dah ada. Tapi sebab doktor pemalas katanye, kena la aku ditahan ke wad. Bila dah masuk wad susah la nak kuar. Pung, pang, pung, pang... Aku merayu, plus jadi patient yang sedikit rude, esoknye aku kuar. pukul 12 lbh tgh2 malam tu aku insist nak kuar gak. Atas risiko sendiri.

Elok pun aku wat macam tuh. Elok2 aku balik, aku tgk Aryff dah start batuk2. Lepas tu demam. Hari ni dah kena sedut nebulizer dah...

Semuanye gara2 ko, Dr. M. Sivamuralitharan kat O&G Clinic HBKL dengan sorg lagi MO pompuan tgk muka mmg aku ingat la ko. Korang ingat korang doktor, korang tak blh buat salah, takleh salah diagnose. Sebabkan kecuaian korg, aku jadi mangsa. Anak aku jadi mangsa. Menangis sampai demam2 dan hampir kena asma.

Reaksi Aryff masa memula nampak aku, dia mcm tak percaya. Terus peluk je aku. Kat Papa dia pun tanak. Dia demam sebab rindu kot aku.

Nak tanak aku masih kena pegi check up kat HKL. Tapi bukan kat O&G sebaliknya Combined Clinic. Aku harap aku tak jumpe diorg2 ni lagi lps ni.

Sabtu baru ni lak biras aku lak keguguran. Takde rezeki. Takpe la. Boleh cuba lagi. Sedih memang sedih. Tapi sume tu keje Tuhan kan...

Sunday, October 11, 2009

Bila 24 Jam Dah x Cukup...

With Love Ied @ May at 3:59 PM 2 comments

Sangat lama tak update blog. Ni la jadinye kalau 24 jam tu dah x cukup. Tugas sebagai coolie utk diri sendiri, isteri dan ibu rasa macam dah x terbuat dah... Oh ya... kedai kami di Galaxy Ampang telahpun dibuka semula. Isnin ni insyallah iklan pertama kami kami akan keluar di akhbar.

Aryff dah semakin lasak nyahhh... Penat gak layan dia. Perutku dah semakin membuncit. Jalanku dah x selaju dulu. Lenguh kaki.

Jumaat lepas mungkin holiday terakhirku untuk tahun ni. Takde la pegi jauh sgt. Melaka je. Ahad cik Abg ku keje. So 1 malam je la holiday. Sempena anniversary kami. Happy 9th anniversary to encik hasben and I pada 9 Oktober lalu. Semoga berkekalan ke akhir hayat. Semoga bisnes kita berjaya. Semoga apa yang kita usahakan membuahkan kejayaan dan halal. Semoga anak2 kita menjadi anak yang baik, soleh dan solehah, berjaya.

Oh ya... Happy Birthday to me too... Thank you kpd mereka yg bagi well wishes. Yang telefon sebelum tgh mlm dan tepat 12.00 malam. Yang anta birthday SMS. TQVM. Tq juga hadiah dan kad "paddayappa" dari hasben terchenta. Akan aku cube jadi yang terbaek punya dari setiap segi kehidupan.

Nendaku di Singapore kini terlantar di hospital. Semoga kesihatan beliau semakin baik. Cuma aku dgn Aryff je yang xde passport lagi. Kalau ada kelapangan dan umur yang panjang, insyallah kami akan datang melawat.


Monday, September 14, 2009

Raya Dah Nak Dekat Dah

With Love Ied @ May at 10:21 AM 3 comments
Tahun ni tahun kedua aku beraya dgn perut yang makin memuncit. Last time raya time tuh 7 bulan, this time 5 bulan lak. Teringat masa pregnantkan Aryff mmg besar betul badan aku. Sampai malu nak letak gambar. Tapi kali ni tak teruk sgt. As for today berat aku 64kg. Berat juga la tuh. Hopefully tak cecah 80kg mcm last time. Apa lagi, consume la Herbalife during pregnancy. Tapi problem aku ialah aku sgt allergic pada soy product kali ni. Terus uwekk bila makanan berasaskan air soya masuk ke rongga tekak. Air soya je ye kawan2. Tempe ok lagi... Pregnant kali nih byk btol dugaan. Start2 pregnant dah batuk2 teruk. Dah la musim H1N1. Batuk bagai nak rak lagi. Pastu en. suami lak batuk2. Lepas tu Aryff lak demam. Demam yang agak panas. Sampai tak tido aku menjaga Aryff. Bawak Aryff pegi klinik pakar kanak-kanak terus. Bagus juga Klinik Pakar Kanak-Kanak Rosnah dekat Taman Dagang. Aryff agak rasi dgn ubat2 yang doktor bagi. Alhamdulillah he's getting better.

Aku dpt kad raya digital dari cik puan kelly 910 (shama la nick kita...mine is eda910). Thank you.


Tag nnt ida jawab ye.

Monday, August 31, 2009

Lepas Cuci Rumah

With Love Ied @ May at 7:53 AM 3 comments
Lepas cuci rumah baru tuh semalam, inila aktiviti kami. Skrg ni susah sgt nak amek gambar budak kecik ni. Nak amek gambar berdua lagi la payah. Dah tak boleh dok diam2 dah dia ni. Banyak sangat projek dia. Projek "mengemas" la paling dia suka. Hari ni nak start angkat2 barang. Confirm penat. Flat la aku bulan pose nih. Pasni nak uruskan kedai lak. Nanti akan ku updatekan lagi...

Btw, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52

tgh layan astro 188 konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
di pagi Hari Merdeka

Saturday, August 29, 2009

Tak Suke La

With Love Ied @ May at 7:20 AM 0 comments
Saya sgt tak suka bab2 packing. Ye. Saya tgh sibuk packing barang2 sebab kami akan berpindah tak lama lagi. Nila benda yang paling...paling saya tak suka. Dah la tgh bulan pose. Kena buat keje2 berat. Ada tak sesape yang boleh meringankan beban? Saya kena pilih benda2 yang saya nak buang. Agak banyak. Terutamanya tuperware plastik kat dapur tuh, kertas yang ntah dari mana datang ntah. Maklumla dah lebih dua tahun duduk kat sini. Belom pindah dah ada org suruh kami buat open house rumah baru. Boleh. Tapi korang bawak makanan masing2 la ye. Saya rasa sampai lepas raya pun kami takkan abes unpack balik barang2. Owh...ada juga barang yang kami sedekah je. Lepas pindah kami nak pilih baju2 pulak utk disedekahkan. Mama kata dia ada kawan boleh bagi baju2 tu kpd petani2 atau pesawah2 kat sebuah negeri. Owh....sangat formal bahasaku ini. Saya sgt mengantuk dan teringin sangat nak sambung tido. Da....

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Menjelma

With Love Ied @ May at 8:56 PM 0 comments

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kpd semua kaum muslimin dan muslimat....

Baru2 ni dpt hadiah dari encik Abang kite....jeng...jeng...jeng...


Best wooo...sebab aku takyah kuar 1 sen pun nak beli2 gadget ni.

Cite pasal puasa kali ni, rasanye takde la kot nak jual2 kuih tahun ni. Kalau dulu aku jual brownies yg pada aku teramatlah sedap. Disebabkan masalah teknikal, pengeluar brownies tu dah bercuti buat seketika. Apa yg aku nak buat skrg ialah belajar menjahit... Nanti dah terer aku amek tempahan ok...

Aryff baru je baek demam. Alhamdulillah. Agak tinggi tempreture dia 38.5c. Terpaksa bagi antibiotik sebab tekak dia sakit. Kalo bagi susu dia asyik merengek je. Sket2 lepaskan pastu nanges. Bawak jumpa pakar kanak2. Ubat demam pun bagi yg strong sket. Doktor advice jgn byk bwk baby kuar time2 mcm ni. H1N1 punye pasal la...ape lagi. Kalo nak bwk kena pakai mask. Tapi budak dah pandai, letak apa kat muka or kepala dia, mesti dia cabut. Kalo dulu kemain bergaya siap baju melayu dgn songkok or kopiah lagi. Badan Aryff pun dah ringan sket. Dia dah start panjat2 nak berdiri. Terer betol anak mak sorang ni...

Yang aku pulak, MS kali ni kuingatkan tak la seteruk yg lepas. Harapan je la... Lagi teruk. Kalau nak uwek tu, batuk punye teruk. Lepas muntah baru ok sket. Tercipta la sejarah aku muntah dalam kete. Nasib baik bukan aku yg drive.

Tapi Insyallah tahun puasa ku cukup sebulan. Insyallah. Abang kata dah diberi peluang utk puasa penuh, cuba la puasa penuh. Akan ku cuba. Caiyok!!!

Monday, August 17, 2009

Banyak Sgt Benda Nak Tulis Tapi...

With Love Ied @ May at 2:04 AM 1 comments

Memang banyak sangat benda nak di update dalam blog ni sampai ada yg aku dah lupa. Ada la few things yang aku ingat

1. Dapat kasut CROCS dgn button Hello Kitty (saje nak bg Pn Reena jeles)


2. Dapat Sewing Machine Singer Futura CE-250.



Mahal woo beli nih. Thank you Abg sebab menyokong minat yg tetiba datang masa pregnat nih. Hopefully kekal sampai bila2. Mesin ni 2 in 1 function. Boleh sulam dgn jahit biasa. Very2 convenient walaupun mahal. Value for money. Aku pun dah beli buku2 untuk projek2 akan datang menggunakan mesin ni. Sekarang tgh dok pikir sama ada nak pegi kelas2 menjahit. Nak berguru. Tapi nak cari tempat yg tak kisah bawak anak masa belajar. Ada tak??? Kalau ada, bagitau la. Kita share2 info. Yang aku tau belajar dgn mak atau mak mertua mmg blh la bawak anak. Tapi diorg pun keje. Lepas tu mesti tak jadi belajar kalau dah ada cucu diorg yg sorg ni...


Tuesday, August 11, 2009

I’m Addicted to Olay Game

With Love Ied @ May at 11:25 AM 5 comments

I'm Addicted to Olay Game and I want you to challenge my score...muahahaha *gelak jahat* That 5 people I must tag and challenge in this game are....jeng..jeng..jeng..Click sini utk main game nih Olay Game

Fatimi
Sya
Krsty
Reena
Ellanie

p/s: Rugi wooo x msk. hadiah besh....




The Lux Masquerade Princess Search

With Love Ied @ May at 10:30 AM 1 comments
While I'm surfing the net in a hotel, nearby the beach after swimming with my son, I've found this!


I've missed the roadshow. I'm not going to enter the contest as the minimum age for this contest is 29 yo and I'm 29 this coming October! But I really want the makeover by professionals!!!! Just spent RM 30 in a single receipt at their roadshows and you can have the makeover. So those who will be in Penang and JB, you guys still have the chance to go to the roadshows and spend, spend, spend Lux products and get full makeover and enter the contest.... Click here for more info. Have fun!


Saturday, July 11, 2009

Saya Bukan Stay-At-Home-Mommy

With Love Ied @ May at 2:21 AM 12 comments
Lama dah sbnrnye nak wat entry ni. Tapi mcm harsh pulak. But there's an incident that makes me wanna make this statement. Org boleh cakap apa saje diorg nak. Tapi aku nak diorg2 ni tau, aku bukan duduk boodoh makan hasil laki. Apa yang aku dpt, ada skrg ni memang hak aku. Aku akui bkn aku sorg je yg berhak atas hak tu. Kalo org2 ni nak tau apa yg kami ada skrg bkn hasil titik peluh laki aku sorg je! Aku tau cara aku buat statement ni mcm angkuh tapi bile korg2 ni merendah2kan, menghina, memijak2 maruah aku sebagai salah seorg pencari rezeki, aku sgt terguris! Aku tak penah persoalkan mcm mana korg2 cari duit. Sebab aku tau korg2 ni makan gaji. Tapi hina sangat ke aku sebagai peniaga? Tak halal ke cara aku cari rezeki dgn berniaga? Jangan hanya kerana korg2 tgk kereta kenariku buruk dan season, korg kata aku takde duit! Jangan kerana aku duduk menyewa rumah org, korg kata aku tak mampu! Sekurang2nya aku tak hidup merempat dan mengharap ihsan org okay! Jangan kerana aku menyusukan anak aku dgn susu badan, korg kata aku tak mampu nak beli susu utk anak aku! Kalau aku tak bagi susu badan, anak aku takkan sesihat ini!

Korg tak tau sblm beranak aku bekerja smpi hari aku nk beranak. Bile dah ada anak aku kena kurangkan keje. Aku jaga sendiri anak aku sebab aku keje sendiri. Lagipun laki aku kan ada hak jugak kat bisnes ni. Takkan dia x boleh handle sementara aku jaga anak? Jangan sebab dia buat semua skrg, korg kata aku takde part dlm bisnes ni! One of the person who make everything happen was me! Aku jugak yg perkenalkan laki aku dlm dunia photography. It was me who support everything he has now! Mentally and physically! Not you, you, you or you! Dan laki aku jugak yg perkenalkan aku dgn dunia kerjaya aku skrg. Bukan korg2 ni!

Aku tak ajar korg2 ni how to run your life, so don't teach me how to run my life! Nasib aku, takdir aku, rezeki aku, hidup aku bukan ditentukan oleh korg2 ni. Tapi Allah dan aku. Jangan sebab mulut2 jahat korg ni, aku bergaduh laki bini, rumahtangga aku berantakkan. Aku bernasib baik sebab laki aku skrg seorg pencari rezeki yang CEMERLANG. So tak salah aku duduk jaga Aryff dan perut aku yang bakal memuncit dgn jayanye sekarang. Tak salah kalo aku melayan uwek-uwek aku skrg kan??? Tapi aku bukan duduk bodo2 je ye korg2...

Hati aku sakit korg tau tak??? Takpe la korg buat aku dan keluarga aku mcm ni. Ni ada pantun 2 kerat utk korg2 ni.

Ada ubi ada batas
Ada hari pun aku takkan balas...

Friday, June 19, 2009

Aku Pregnant ...Lagi

With Love Ied @ May at 12:17 AM 12 comments
Seperti tajuk di atas...

Pagi semalam buat UPT setelah pulang dr Terengganu. Aku dapati badanku tersgt la lemah. Aku ingatkan jet lag. Lepas je abes kenduri belah mertua
Aku mula loya2. Memang ada syak preggie lagi. Sebab dah "lewat".Tapi malas nak check dulu.

Btw, memang Aryff kecik lagi. Memang Aryff masih lagi BF. Memang kesian kat dia. Tapi kalo dah rezeki kami mcm ni. Apa boleh buat kan??? Allah tahu apa yang terbaik untuk umatNya.
Lagipun nak wat camne, hasben aku hensem sangat blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah. Morning sickness tak seteruk masa pregnantkan Aryff. Tapi uwek-uwek tu ada la jugak blogger-emoticon.blogspot.com.

Badan rasa tak baper nak sedap la. Bebile sambung balik with picture my BIL kawen tu hari

Wednesday, June 03, 2009

Bile Ada Masa...Ada ke??

With Love Ied @ May at 1:40 AM 3 comments


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :

a: cikgu sekolah
b: nama hasben dia sama mcm bekas presiden Palestin
c: ada anak nama darwisy
d: hasben dia 1 sekolah dgn kita kat TIKL (which aku dok 3 bln je)
e: chubby

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

a: aku syg hasben aku (kalau x, xkan bertahan smpi skrg kan!!!)
b: next year 1 dekad kitorg live as a couple
c: kawen thn 2007
d: dapat anak 15/11/2008
e: nama anak Aryff Azhad Adry
f: byk abeskan masa dgn anak n suami sbb keje sendiri (x suke mkn gaji, tapi kalau terpaksa akan dipertimbangkan)
g: hari2 pakai t shirt hasben (senang)
h: suke bile org cakap anak aku bijak dan comel :P
i: tak suke masalah (best btol kalau btol2 xde masalah)
j: suka nyanyi slow2 dgn harapan xde org dengar

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka. (kalau belum dapat lagi ye…)

a: anda (sebab anda sgt comel… :P )
b: anda (sebab anda sgt comel… :P )
c: anda (sebab anda sgt comel… :P )
d: anda (sebab anda sgt comel… :P )
e: anda (sebab anda sgt comel… :P )
f: anda (sebab anda sgt comel… :P )
g: anda (sebab anda sgt comel… :P )
h: anda (sebab anda sgt comel… :P )
i: anda (sebab anda sgt comel… :P )
j: anda (sebab anda sgt comel… :P )

Okeh tu sbnrnye award dr Sya. Dah lama x update blog psl xde masa yg sesuai ditambah pula dgn malas. Memang kronik btol kalau dah kena virus malas nih. This Saturday my brother in law punye wedding. Kawen dgn org Ganu kite (sebuk gune lagu Iklim tu ye...). Next week lak belah parents in law lak. Busy sket kot nanti. Kot je la... Aku takde take part ape2 pun. Lagipun aku x minat wedding business. Penat. Bukan tak penah try. Aku penah tolong Mama buat bunga telur.
Haremm... Separuh jalan je. Penah jadi pengapit. Boring. Penah ikut hasben amek gambar. Lagi penat. So macam mana??? Aku lebih sesuai buat bisnes aku skrg je. Praktikal dan menenangkan tapi chaos kalo byk keje.

Kat Ganu nanti kitorg akan naik bot kat Tasik Kenyir. Tido dalam bot lak tu! Ni la part yang paling aku x suke. Aku dah le ada anak kecik. Pegi tempat macam tu mengurangkan kegembiraan aku je. Nape la xde org yg backing aku dlm hal mcm ni.

Aku takde la mintak apa2 benda jadi, tapi bukan ke lebih baik mencegah drpd merawat. Kalau tempat terang2 takpe la. Ni kan dah la tido atas bot, dikelilingi hutan belantara lak tu! Budak2 kan ada 6th sense. Dari elok2 anak aku bkn jenis teroyak2 punye baby, apa2 jadi aku yg susah. Sebab yg menjaganye AKU. Memangla org2 tua banyak, tapi......

Kang kalo tak naik kang ada yg tarek muke. Tu yg aku x suke. Nak2 ada org baru masuk family ni, kena compare2 lak kang. Aku paling benci org yg suke compare2 ni. Letih tau tak??? Lebih2 lagi aku bukan jenis suka kipas mengipas. Aku tau jaga hati org je. Apa yg aku x suka, aku simpan dlm hati walaupun kadang2 aku bgtau hasben aku (apa guna ada hasben kalo aku x blh luahkan perasaan x berapa suke aku kan!!!)

Okey la. Aku baru teringat aku selimutkan anak aku dgn gebor besar tadi. Kelam kabut aku tadi check dia. Aku nak pastikan dia tido safe and sound. Bebila continue lagi. Daaaaaaaa......

Monday, May 25, 2009

Leverage

With Love Ied @ May at 1:02 AM 0 comments
Korang tgk Leverage tak?
Aku baru tengok tadi.
Tgh2 tidokan Aryff tadi layan AXN Channel 701.
Boleh tahan gak citer tu.
Mau ku follow till end of the season nih.



Cerita pasal baby Aryff pulak



Siang tadi Aryff, Mama Aryff, Ma Nurul, Opah Ma dgn Tok Pa
Pegi jln2 kat Jusco Wangsa Maju
Tgh sale beb
Boleh tahan!!!!!
Tapi aku belikan Aryff sepasang je baju
Baju jarang2 yg memang aku nak beli utk dia dari dia belum lahir lagi
Akhirnye dapat jugak beli
Banyak memang banyak
Tapi tak tau nape x beli
Beli gak petang tadi

Pastu beli CD lullaby
Baby Songs Good Night
by Parents' Choice winner, Hap Palmer
Tak try pasang lagi
Tak tau lak lagu2 dia camne
Whether old time favourite ke
Ataupun new songs
It's okay
Aryff can learn

Aryff dah ngesot ke dpn
Tapi sket2 la
Dia akan ke depan bila dia nak something really bad
Memang dia akan berusaha la
Paling dia suka ASTRO Remote Control
Memang fav dia la remote tu
Bagi la remote lain pun
Dia nak yg tu gak

Okayla
Aryff dah jaga la
Daaaa.............

Monday, May 18, 2009

THE MOVIES vs ANAK WAYANG ASTRO

With Love Ied @ May at 7:32 PM 4 comments
Artis2, stesen2 TV kat Malaysia ni selalu laung2kan isu HAKCIPTA kannn???? Ini ada 1 contoh

Mesti korang pernah tengok iklan / lambang / logo ni kat ASTRO kann???




Lebih kurang x dengan lambang / logo ni???




The Movies ni PC game.
Disebabkan aku ni memang suka main game ni dari sebelum kawin sampai la dah beranak,
bila keluar kat ASTRO iklan realiti show terbaru ASTRO which akan ditayangkan bulan Jun ni,
memang laaaaaaaaaaaa aku notice sangat2 persamaan logo/lambang diorang tuh!!!!!!!!!
Aku start main game ni dari tahun 2004/2005 tuh.....
Mestila boleh nampak persamaan logo ANAK WAYANG nih!!!!

Logo ANAK WAYANG tu pun ada background biru
Lps tu tambah2 & ubah2 sket star dgn font
Takkan diorg nak wat sejibik sama kan
Walaupun telah diubah2
Masih lagi ada persamaan kan???



Thursday, May 14, 2009

Mangkuk Tingkat

With Love Ied @ May at 12:32 PM 0 comments
Apa pasal la masa aku beranak dulu x de pakej ni??
kan senang
Tak yah la susahkan bonda tercinta
Dah la dua2 bonda bekerja
Nak masak lagi untuk org tgh berpantang
Untuk org yg x berpantang lagi

blogger-emoticon.blogspot.com







Tengok la menu dia
Tak berpantang pun leh terliur




Credit to GG

Sunday, April 26, 2009

Aryff's First Book

With Love Ied @ May at 8:50 PM 0 comments
Aryff chumel

Budak comel ni skrg ada duduk kat riba ni. Dia tgh asyik nengok gambar dia ni haaa....
Sambil berkata2 "vuahvuahvuah......"

Nampak x kat hidung dia tuh calar balar?
Tu dia punye kerja tu
Bukan salah Mama or Papa dia tau
Kuku dah potong
Tapi dia very strong
Dia calarkan la
Supaya nampak sket kebrutalan dia

Tadi pegi The Curve
He got his first book
I bought for him Wonder Pets series
Plus Baby First Words flashcards
I read for him just now

He's behaving very well at the shops
So Papa bought a romper for him
As a gift
Papa loves buying cloths for him

Rasanye gusi dia dah gatal2
He loves to bite lately
He bites his fingers
He even like to bite Mama's finger
We have teether for him
But he prefers fingers

Tak amek gambar buku lagi la
Nanti sambung la
Sebab Aryff dah macam boring dok depan PC lak
Dia nak tido


Friday, April 17, 2009

I've Been Nominated!!!!

With Love Ied @ May at 1:05 PM 0 comments
Hey guys and girls.

Do vote for me!
I've been nominated for Supermummy Amazing Blogger Award!
Tak dpt grand prize pun ok
Dapat Top 10 pun dah best
Waaaa..... blogger-emoticon.blogspot.com

Important notes :
Setiap kali singgah ke blog ni, Click on this banner tau!!!!!





Rabu lps pegi Workshop Herbalife
Jumpa dgn sorg akak ni
Surprisingly she has 10 kids and still maintain her weight
Perut dia makk aiiii...
Kimpis wa cakap lu!!!
Her secrets...of course la Herbalife
Well, she taught me another secret which is....

Herbalife Tea Mix ni la
Dia ckp at least minum Tea Mix ni
4 to 5 litre per day
Which my husband and I have been practicing since we came back from the Workshop
Utk pastikan perut kami kimpis semula
Plus I've lost 16 kgs after delivered
Dan masih lagi berharap untuk turun lagi
Sebab my ideal weight is 55kg
Nampaknye kena rajin mkn Herbalife and continue BF my little bundle of joy.... Aryff!!

Cerita psl Aryff
Rabu pagi tu pegi check up
Aryff kene inject
The 3rd dose
Apa nama injection tu pun tak ingat la
Balik terus demam
Sampai hari ni
Alhamdulillah, demam dia tak begitu serius
Dah 3 hari tampal Kool Fever kat dahi dia
Mudah2an Aryff cepat sembuh
Walaupun demam, Aryff masih lagi blh senyum dan ketawa
Dan dia sedikit manja daripada biasa
Suka sgt bile dia merengek manja
Comel sgt anak Mama dan Papa ni

Ok la
I have to stop
Tak dan nak upload gambar Aryff
Sebab dia tgh mengamuk hentak tangan atas meja
Koyakkan all the papers in front of him
Jatuhkan semua barang2 yg ada atas meja skrg ni
Will continue soon

Daaaa.....

Sunday, April 05, 2009

Tuan Kecik Tuan Besar

With Love Ied @ May at 1:57 AM 1 comments

Ini lah pic tuan kecik yg latest. Pic tuan kecik dgn Mama dia. Chumel tak? Comell sgt kan??? Aku sgt sayang tuan kecik. Maklumle, anak pertama. Anak yang aku dan tuan besar tunggu2 selama ini. Ingatkan kawen awal rupenye kawen lewat sket. Dapat anak pun lewat la. Tapi takpe. Kalau kawen awal ntah2 aku tak dapat tuan kecik. Dapat tuan kecik yg lain kotttt... Disebabkan aku sgt sayang tuan kecik, kalau tuan besar marah tuan kecik, aku marah tuan besar balik blogger-emoticon.blogspot.com Kalau nyamuk geget tuan kecik, akan ku buru specificly nyamuk yang geget tuan kecik itu. Kesian tuan kecik. 3 biji benjol akibat gegetan itu blogger-emoticon.blogspot.com Tuan kecik ku dah pandai meniarap. Berguling-guling dia skrg. Dah pandai gelak kalau org agah2 dia. Dah pandai jelir2 lidah dia yg tirus itu. Dah pandai hisap2 jari sampai berbunyi2 nyonyotan dia. Sangat comel blogger-emoticon.blogspot.com

Teringat masa mude2 dulu. Zaman bercinta sakan dgn tuan besar. Zaman lautan api sanggup kurenangi. Berkira2 agak2 berapa anak kite nak? Soalan yg selalu la aku tanya tuan besar. Tuan besar cakap kalau budget tak cukup, 2 org ok la. Nanti anak2 kite x rasa tempias tak cukup budget. Kalau rezeki lebih, lagi ramai lagi best. Mesti korang nak muntah baca ni kan????blogger-emoticon.blogspot.com

Tapi kalau boleh aku nak ramai anak. Takde la sunyi di usia emas itu nanti. Sekarang pun dah rasa nak preggie lagi. Tapi tuan kecik baru 4 bulan stengah. Kalau ada rezeki, kalau boleh la next year nak la beranak lagi. Kalau boleh nak la Cik Kecik pulak...

blogger-emoticon.blogspot.com
 

happy. dont hate me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Make Money from Zazzle|web hosting